Rate

Bab 37 : Pantang Berundur!

Romance Completed 77102

"Dua dari asset Utama di Astet mewah sudahpun dibeli oleh syarikat dimana tuan sedang bekerja sekarang."

"Macam mana dengan saham?Beza berapa point?"soal Leo sambil berjalan mendekati lif untuk turun ke tingkat bawah.

"Seperti yang tuan jangkakan, kita kalah tiga mata dengan syarikat mereka.

Kalah lagi! Haish! "Fine...call saya lepas dapat report seterusnya."beritahu Leo sewaktu menekan butang turun setelah tiba di depan lif. Dia alihkan telefonnya jauh dari telinga lalu tunduk membelek skrin telefon dengan kening berkerut.

DING!

Pintu lif terbuka tidak lama kemudian. Leo yang dengar terus jalan ke depan meluru begitu saja tidak tengok-tengok. Dan kebetulan ada penumpang lain dalam lif tersebut. Oleh kerana penumpang itu sendiri sedang tunduk melihat dokumen didalam fail yang di pegang, dia yang tak sempat nak elak akan kehadiran Leo, di langgar kemudiannya.

PAK!

Fail yang ada di tangannya jatuh ke lantai sebaik saja orang di depannya tiba-tiba merempuh dia dengan laju.

Leo tersentak setelah dia dengan tidak sengaja melanggar orang di depannya. Serta merta dia tunduk mengutip fail di bawah kakinya lalu berdiri tegak menghadap penumpang lif di depannya itu. Pandang saja dia, Leo terpaku sekejap. Matanya tidak berkedip kerana melihat Eva turut memandang dia dengan reaksi terkejut.

"Maaf"ucap Leo sambil menghulurkan fail tersebut ke tangan Eva.

"It okay...saya tak apa-apa."balas Eva sewaktu capai fail itu lalu undur sendiri hendak jarakkan dirinya dari Leo.

Leo pun tekan butang lif untuk tutup lalu berdiri disitu dengan tangan dalam poket. "Lama tak Nampak. Awak sihat?"tanya dia.

Eva peluk fail tadi rapat ke dadanya. Dia mengetap bibir kerana berasa janggal berada dekat dengan Leo setelah apa yang berlaku beberapa hari yang lepas. "Okay je."balasnya semasa pandang dinding lif di sebelahnya.

Buat beberapa saat Leo diamkan diri. Tak tahan dengan suasana yang menghuni mereka berdua, Leo buat muka bengangnya sebelum tekan butang berhenti pada lif itu. Tindakannya buatkan lif yang dinaiki oleh mereka berhenti dengan mendadak sejurus itu.

Eva tersentak,dia palingkan kepala ke Leo dengan cemas. "Apa yang awak buat Leo?"

"We need to talk."beritahu Leo setelah itu. Dia jalan dekati Eva dengan renungan mencerun tak suka. Lama dia diamkan diri. Cuba untuk muhasabah dirinya. Cuba faham kenapa Eva tak nak terima dia. Dan setelah itu, dia terfikirkan sesuatu. Sesuatu yang buatkan dia rasa tak masuk akal! "Beritahu saya.awak gunakan nama Harris sebagai alasan saja kan?Awak berdua bukan pasangan kekasih ya tak?"

Eva dengan takut bersandar pada dinding lif di situ nak menjauhkan diri. "Ma-mana ada."nafinya tergagap-gagap.

Mata Leo mengecil sewaktu dia pandang curiga akan jawapan Eva. "Awak sure?Kalau betul dia teman lelaki awak?Kenapa awak tak pernah beritahu saya sejak awal lagi selepas kita bertemu?Kenapa lepas saya ajak berkahwin baru awak sibuk kata awak Bersama dengan lelaki lain?"Leo memerangkah Eva di disitu. Dia letakkan kedua-dua tangan di dinding lif.

Shoot!

Eva pandang tak berkedip ke mata Leo sewaktu gigi di ketap erat. Tangan dia erat mencengkam fail yang ada di dadanya. "Sekarang baru awak nak salahkan saya?Bukan ke pada hari pertama awak temui saya, saya dah beritahu saya tak boleh terima awak. Dari awal lagi saya beritahu saya bantah akan pelawaan awak. Dan sekarang awak persoalkan hubungan saya?Kalau saya ada hubungan dengan harris atau tidak. Ianya bukan masalah untuk awak. Jadi berhenti ganggu saya dan hentikan kegilaan awak ni. Move on Leo. Saya tak boleh terima awak lagi. Tolong la faham."

BAM!

Berang dengan jawapan itu, Leo menumbuk kuat dinding lif sebelah kiri kepala Eva kuat-kuat hingga Eva berkedip mata kerana terkejut.

"No!Saya takkan percaya yang awak dan Harris adalah kekasih. Saya yakin awak gunakan dia hanya sebagai alasan sahaja."deram Leo depan muka Eva.

Mata Eva mula berkaca seperti mahu menangis. Dia pandang dengan bengang akan Leo. Lantak situ. Kalau Leo tak nak percaya, bukan masalah dia untuk fikirkannya. "Terpulang...awak nak percaya atau tifak. Saya tak peduli."tangannya di silang ke dada tanda protes.

Leo tolak dirinya jauh dari Eva lalu pandang kanan dan kiri dengan muka tak faham. Dia bertanya. "Saya tak faham...apa yang ada pada Harris sampai awak sanggup tolak saya?Rupa?Saya ada. Harta?Saya pun ada. Kuasa?Sama, dia dengan saya tiada beza. Dia?Dia hanya seorang lelaki lumpuh yang bergantung pada kerusi roda untuk bergerak."

Apa?Lelaki lumpuh?Sesuka hati! "Hei!Tarik balik kata awak tu!"berani-berani kutuk bos dia. Sesiapa tahu kalau ada yang berani cakap perkara tak elok tentang keadaan Harris di depan dia, orang tu akan dapat masalah! "Hormat sikit eh!"

"Dah memang betul pun...ada saya cakap yang salah?Dia bergantung pada awak. Layan awak seperti hamba. Awak ingat saya tak tahu ke?"marah Leo lagi.

Eva kejengkelan. Dia tolak dirinya jauh dari dinding lif tu. "Saya kata Tarik balik kata-kata awak tadi."arahnya dari balik ketapan gigi.

"No. Saya takkan Tarik balik sebab itu memang kenyataannya!Awak sanggup Bersama lelaki lumpuh tu dari lelaki yang cukup sifat seperti saya ni!"marah Leo.

ARGHHH!!!!!

Tanpa amaran, Eva angkat fail yang di pegangnya lalu di pukul-pukul ke tepi lengan Leo berkali-kali dengan berang. "Tarik balik!Tarik balik kata-kata awak!Tarik balik!!!!"jerit dia sambal pukul badan tu.

"Apa ni Eva!!"Leo angkat tangan mahu memegang Eva.

Namun baru sahaja Leo hendak berbuat begitu, tiba-tiba pintu lif itu terbuka dan dua orang pengawal keselamatan berdiri di situ dengan muka gelabah mereka. Namun begitu reaksi itu berubah menjadi tergamam apabila melihat Eva memukul Leo.

"Apa yang tengah berlaku ni?"tanya pengawal keselamatan yang bertanggungjawab membuka pintu lif itu. Dia ingatkan pintu rosak atau terkandas ke apa melalui bilik operasinya tadi. Sebab ini la dia berada di sini. Tapi tak sangka pulak, lain yang difikirkan, lain pula yang terjadi.

Mendengar suara itu buatkan Eva kaku tidak bergerak Mata dia bulat memandang dua orang pengawal keselamatan di situ. Sh*t!

"Ahhah...hai."ketawa Eva yang cepat-cepat betulkan rambut dia dan kembali berdiri tegak dengan normal. "Saja...kami bergurau. Tak perlu ambil kisah. Terima kasih ya."katanya sambil berjalan keluar dari lif itu melintasi dua orang pengawal tersebut.

Leo yang dalam keadaan kesakitan dan terkejut itu pandang tak percaya ke Eva. Tangannya ketika itu menggosok-gosok bekas pukulan Eva dengan kening berkerut menahan sakit.

"Tuan tak apa-apa?"soal pengawal itu pada Leo.

Masa itu la Eva berpaling. Dia toleh memandang Leo, membuat mulut memberi amaran sebelum beri dua jari ke lelaki tu dari mata dia ke mati Leo. Isyarat supaya lelaki tu berhati-hati lain kali.

"Ya saya tak apa-apa"beritahu Leo sambil memandang Eva yang jalan ke depan tapi toleh memandang dia memberi amaran kepadanya. Sedih betul la macam ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience