Rate

Bab 8 : Nekad!

Romance Completed 77102

Okay!

Kalau sekali tu dia boleh tahan!

Tapi dah tiga kali dia terkena perkara yang sama macam ni dalam satu hari berturut-turut!

Memang tak la!

What the hell!

"Apa tuan cakap tadi?"tanya Eva dengan kening berkerut dan mulut terbuka sebab tergamam.

"Siapkan kertas kerja ni pada hari ni jugak. Dah pekak sangat telinga sampai saya perlu ulang semula?"soal Harris sambil pandang skrin computer.

Tangan Eva jatuh hilang semangat dekat sisi masa pandang muka Harris. Masih terkesima dengan apa yang dia baru dengar. "Tapi tuan kertas kerja ni bukan tugas saya untuk selesaikannya. Bukan ke jabatan akauntan kena handle paper work dan audit ni?"soal dia. Dah masuk jam 9 malam kot! Ada ke suruh dia siapkan kerja malam ni jugak dekat office. Buang tebiat apa lelaki ni?

BAM!

Tapak tangan berurat timbul pada permukaan kulit tangan menghentak permukaan meja dengan kuat.

Tersentak dengan bunyi kuat itu, Eva pandang ke Harris dengan mata terbutang luas. Terundur sikit dia ke belakang sejurus itu.

"Adakah kamu mempersoalkan arahan saya sekarang ni Eva?Bila saya cakap buat, buat je la. Kenapa nak dipertikaikan!"bentak Harris dengan lantang.

Cepat-cepat dia menggeleng kepala.Tercebik bibir Eva kerana terasa. Yalah dah berapa kali dia terkena dengan situasi ni. Banyak kali tahu. Kalau memang tugas dia tak apa jugak. Ini tidak, kerja orang lain dia pula yang kena settle kan. Ada ke patut!

"Saya bukan pertikaikan..masalahnya se-"

"Buat. Selagi tak siap selagi tu kamu tak dibenarkan pulang. Saya nak paperwork ni ada di meja saya sebelum jam 12 nanti."Harris potong kata-kata Eva. Langsung tak beri Eva peluang untuk bersuara.

Malas hendak bertekak lagi, Eva capai fail dekat meja tu lalu berpaling dari situ dan keluar dari pejabat Harris. Menyumpah-nyumpah dia masa berjalan tu. Si grumpy ni dah kenapa ya?Hairan tahu tak?Asal macam cuba nak balas dendam dekat dia je gayanya ni?

Tadi siang dia di tinggalkan pergi ke pejabat sendiri lepas keretanya di bawa oleh driver Harris.

Tak cukup dengan tu, gara-gara terpaksa naik teksi, Eva terlambat masuk ke meeting. Yang mana telah menyebabkan pengerusi meeting marahkan dia sebab Harris salahkan pengerusi meeting kerana dia tak maklumkan meeting tu pada Harris. Padahal dia dah beritahu awal. Nampak sangat Harris nak buat dia kena maki dengan orang tua kepala botak tengah tu.

Ingatkan dah habis, rupanya belum lagi. Harris telah buatkan dia terpaksa turun naik bangunan untuk belikan minuman di starbuck yang berjarak tiga block dari pejabatnya. Dah dibelikan, tak suka pula. Terpaksa dia turun semula beli minuman lain. Dan masuk kali kelima baru Harris berpuas hati. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa penatnya dia waktu itu!

Dan sekarang dia kena hadap kerja akaun pulak!

Dengan marah, Eva pun henyak punggungnya ke kerusi sambil pandang skrin computer. Hatinya sakit sangat sampai dia tak boleh nak menangis!Terus dia pandang mencerun ke pintu pejabat Harris.Tak guna punya bos!Ini adalah satu penindasan!Kepalan penumbuk di genggamnya dengan erat.

Tak boleh jadi ni!

Lantas fail tadi di capai dia sebelum di buka dengan kasar sebelum Eva tunduk meneliti butiran yang ada di dalamnya. Dia akan lakukan kerja ni. Tapi kerja ini adalah kerja terakhir dia. Dia akan hantar kertas kerja ni Bersama dengan surat peletakan jawatannya.

Yup!

Dia nekad!

Dia akan letak jawatannya secepat mungkin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience