Rate

Bab 43 : Starry Night

Romance Completed 77102

"Okay bro...gentle remind. Apa yang kau nampak lepas ni..semua atas tanggungjawab Eva eh. Dia yang plan, dia yang uruskan semuanya. Kalau kau tak puas hati salahkan dia jangan salahkan aku."pesan Harith semasa memandang pintu lif di depannya.

Hariss yang dengar berkerut kening tak puas hati. "Apa yang berlaku sebenarnya ni?"tanya dia dengan suara kecil.

DING!

Lif berhenti di suatu tingkat.

Harith hadapkan badannya ke Harris sesaat sebelum pintu lif terbuka. "So..here we go...selamat ulang tahun kelahiran Harris."ucapnya sewaktu pintu lif terbuka dan letupan meriah kedengaran pada masa yang sama.

Semburan percikan kertas warna-warni berkerlipan di depan pintu lif berterbangan menyapa kehadiran Harris di situ.

Melompat terkejut Harris mendengar bunyi-bunyi letupan itu.

"Wohhoooo....happy birthday bos!"

"Selamat hari lahir Harris!"

"Wooooo!Happy birthday sepupu!!"

Suara sorakan demi sorakan ikut diselang-seli oleh mereka yang beratur kanan dan kiri depan lif itu.

Dengan mata terbutang kaku Harris gerakkan kerusi rodanya keluar dari lif dan tiba disebuah ruangan seperti ballroom hotel yang dihiasi indah dengan hiasan bintang dan bulan di atas siling tempat itu. Para tetamu mengenakan dress dan suit formal. Lagu hari lahir yang diremixkan turut didendangkan melalui latar belakang.

"Apa semua ni?"tanya Harris dengan bingung. Hari ni hari lahir dia ke?

Pada masa itu Brenda, nenek Harris dapatkan Harris lalu iringi Harris ke arah podium kecil di ballroom itu. "Ayuh Harris...masa untuk potong kek."

Lamunan Harris tersentak taktala tangan neneknya memegang bahu dia ketika itu.  Dia pandang bingung ke neneknya. "Mana Eva?"

Brenda tersenyum. "Ada...sekarang potong kek dulu ya. Semua orang dah tunggu kamu lama ni." dalihnya.

Harith dekat belakang tersenyum lebar. Tunggu eh!

Tiba saja di depan kek dua tingkat yang sangat besar dan cukup untuk bagi makan para tetamu di situ, Harris diberikan mikrofon untuk menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para tetamu yang hadir ke situ. Yang terdiri daripada ahli keluarga Harris, rakan sepejabat dan kenalan rapat Harris sendiri. Dan tidak lepas jugak Harrison. Semua ada di situ, kecuali Eva.

Yang mana buatkan Harris kerling setiap orang disitu sewaktu memberi ucapan. Cuba mencari kelibat Eva. Namun begitu tidak kelihatan. Habis saja ucapan, upacara potong kek pula dimulakan. Masa nak potong keknya,Harris dongak pandang ke Harris.

"Eva dekat mana?Kenapa aku tak nampak dia?"

Harrith tersenyum. Alah...tak menyabar betul. Tahu la rindu. Sabar. Nama pun suprise kan. Kena la ada element rahsia dan tertunggu-tunggu baru la seronok."Potong dulu keknya." arah dia masa tunduk memandang Harris.

Harris buat muka tak suka lepas dengar. Itu bukan jawapan. Dia nak dengar jawapan.

"Cepat nak.."mintak Harrison sambil pegang belakang badan Harris.

Sambil buat muka tak mahunya, Harris pun pandang kek didepannya lalu dipotong. Serta merta tepukan gemuruh yang amat memenuhi ballroom hotel tersebut.

Tak sempat Harris nak mintak diri mencari Eva, Harith heret Harris ke sesi penerimaan hadiah dari para tetamu pula.

Dekat 10 minit jugak Harris tersekat di situ. Sehingga la tiba masa giliran Harith beri hadiah pulak.

"Nah..."sua Harith kepada Harris sekeping kad. "Hadiah yang kau tunggukan sejak tadi."

Harris pegang kad tu sebelum pandang Harith. Hadiah...hadiah...bukan ini yang dia nak. Dia nak orang beritahu dia ke mana Eva pergi. Frust la lama-lama macam ni."Aku tanya mana Eva...bukannya hadiah. Kenapa aku tak nampak dia sejak tadi?"tanya dia dengan kening berkerut kesal.

"Baca la kad tu dulu...aku tinggalkan kau dekat sini okay...kemudian pandai-pandai urus." pesan Harith dengan sengih meleretnya. Dia tepuk bahu Harris sebelum bergerak mendapatkan neneknya yang sedang berdiri di sisi datuk dan berdekatan dengan ayahnya.

Sambil berkerut kening jengkel, Harris tunduk membuka kad kecil itu lalu dibacanya. Hafal dengan tulisan yang tercoret di situ, jantung Harris melonjak girang serta merta. Tanpa membuang masa dia pun baca coretan di permukaan kad tersebut.

Ianya tertulis sebuah arahan. Arahan yang menyuruh Harris untuk keluar dari situ. Naik lif dan naik ke beberapa tingkat ke atas dimana sebuah beranda berlaman berada.

Tanpa berlengah Harris luncurkan kerusi rodanya ke arah lif yang sama lalu tekan tingkat 25 dan tunggu ia sehingga tiba di destinasinya. Tapi itu la...rasa macam selamanya pulak tunggu lif itu tiba. Makin tak sabar dia.

DING!

Pintu lif terbuka selepas ia berhenti di tingkat tersebut.

Pandang saja Harris ke depannya, perkara pertama yang menyambutnya ialah sebuah belon terapung di depan pintu lif. Di belon itu tertulis perkataan 'Ke depan lagi..'

Dia capai belon itu dengan tangan kanannya lalu diketepikan sebelum keluar dari lif tersebut. Perlahan-lahan kerusi roda Harris pun menyusuri laluan yang tersusun dengan lampu kecil sehingga tiba di laman berumput.

Tiada kelibat Eva pun dekat situ. Apa yang ada hanya la lampu yang di susun ikut perkataan yang membentuk nama dan ucapan hari lahir di dinding tembok batu depan laman itu.

Tanpa sedar Harris tersenyum lebar. Dia bersandar senang hati ke kerusi rodanya. Jadi ini ke yang Eva lakukan beberapa hari ni? Balik awal untuk prepare semua ni untuk dia?

Comel je.

Dah lama dia tak rasa perasaan happy ni. "Tak payah menyorok lagi, saya tahu kamu ada di belakang Eva..."kata Harris tiba-tiba semasa dongak memandang langit malam yang berbintang di atasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience