Rate

Bab 4 : Ex Sebumbung!

Romance Completed 77102

Apartment Elit Sky Blue.

Apartment untuk orangkaya dan bergaji besar.

Dengan megah nama yang diarca dengan batu berkilat seperti ais terletak di tengah-tengah laman kawasan apartment 40 tingkat dua menara itu. Lalu sebuah kereta hitam seperti minivan berkilat diparkir depan lobi utama bangunan lalu diikuti sebuah lagi kereta mewah ikut berhenti di belakangnya.

Dua orang valet bertugas yang berjaga dekat depan pintu masuk pun bergegas ke arah dua kenderaan tersebut tanpa berlengah-lengah lagi.

Mulanya pemandu minivan hitam yang keluar dari kereta, baru la pemandu kereta mewah di belakang tu.

Sewaktu Eva keluarkan kerusi roda dari belakang bonet yang dibantu oleh valet, waktu itu la suara seorang wanita kedengaran.

"Hai...baru balik ke?"lembut saja suara tu kedengaran.

Tapi ianya sikit pun tak buatkan Eva yang dengar susah payah palingkan kepala. Sebab dia tahu siapakah empunya suara ni. Of course...lain tak bukan, kenalkan tunang a.k.a bekas bakal isteri Harris, Sadie Ruth. Yang mana menjadi musuh Eva sejak lima tahun ini. Bukan sebab cemburu. Tapi sebab tindakan yang wanita ini telah lakukan kepada bosnya. Alasan yang telah menyebabkan Harris jadi manusia tiada hati dan tiada perasaan. Punca kenapa Harris jadi manusia dingin dan menyakitkan hati seperti ini.

Dengan alasan, Harris tidak lagi dapat berjalan dan tidak berupaya, Sadie telah putuskan pertunangannya dan larikan diri sewaktu di hari perkahwinan pada masa yang sama begitu sahaja. Bukan saja telah retakkan perasaan Harris, tindakan Sadie juga telah menyebabkan ibu kepada Harris kena heart attack pada hari itu juga lalu meninggal dunia. Sejak itu Harris jadi berubah jadi manusia kejam seperti ini!

Kerana itu Eva bencikan Sadie. Sebab Sadie, dia ada dalam situasi ni!

"Hai Cik Sadie..."balas Eva acuh tak acuh sewaktu tunduk membetulkan kerusi roda Harris.

Sadie dekati Eva sehingga la Eva buka pintu tempat duduk belakang bersama kerusi roda berada hampir pada pintu itu. Tergerak hendak lakukan hal yang sama, dia cepat-epat dekati Eva lalu tolak wanita itu jauh. "Biar saya buat."katanya.

Tidak menjangka hal itu, Eva terundur ke belakang dengan muka kebingungan.

Terkejut Harris lepas nampak Sadie berdiri dekat depan pintu tu. Keningnya terus mencerlung tajam.

"Mari saya bantu awak keluar Harris."aju Sadie sambil hulur tangan mahu menyentuh Harris.

Sepantas kilat, Harris tampar tangan Sadie sebelum menempik. "EVA!"bentak dia dengan berang.

Melompat Eva dan Sadie dekat situ bila dengar suara lantang tu. Valet yang berdiri dekat situ buat muka kayu tak ada perasaan. Sebab dah terbiasa dengan kepala angin tuan punya bangunan apartment mewah ni.

"Halau perempuan ni!"arah Harris yang cuba mahu keluar sendiri dari situ.

"Harris...please. Jangan macam ni. Saya cuba mintak maaf pada awak bukan.."Sadie cuba pegang lengan bekas tunangnya namun tangannya di tampar dengan kuat sekali lagi.

SLAP!

Eva pandang silih ganti ke Harris dan Sadie. Tidak tahu hendak buat apa. Salah langkah, dia pulak yang kena penampar nanti. Sadie ni bukannya boleh agak orangnya. Nampak je baik dekat luar, lemah lembut je suaranya, tapi sebenarnya perempuan ni boleh tahan jugak sadisnya. Pernah sekali tu dia kena tampar dengan Sadie sebab ingat dia teman wanita Harris pada minggu kedua dia bekerja sebagai setiausaha Harris.

"EVA!"panggil Harris lagi sambil pandang bengang ke Eva.

"Ya tuan!"sambut Eva sambil buat muka cuak dan gelabahnya, dapatkan Harris. Dia peluk badan tu dan bantu Harris turun dari kereta lalu di dudukan ke kerusi roda dengan selamat. Kenapa la dia tersepit di antara konflik mereka ni?Tak boleh ke dia kerja yang normal dan biasa-biasa saja?Tanpa drama?Tanpa pertelingkahan?

Sadie perhatikan tangan Harris yang memeluk badan Eva dengan erat bersama kepalan penumbuk di kedua-dua tangan. Sakit di tangan bekas tamparan Harris menambahkan rasa sakit di dadanya saat ini!

"Harris...please..bagi saya satu peluang.."rayu Sadie semasa ikut kerusi roda tu sewaktu Harris mula bergerak hendak masuk ke dalam bangunan.

Eva yang ditinggalkan dekat belakang hanya lepaskan keluhan panjang lalu gerak hendak keluarkan barang dari dalam kereta.

Harris tidak pedulikan panggilan Sadie. Dia malah lajukan luncuran kerusi rodanya. Dia tak mahu berada dekat dengan Sadie. Kalau dia boleh berjalan dan berdiri, lama dah dia tampar muka Sadie dan tolak perempuan ni jauh dari dia!

"Harris...awak tak nampak ke effort saya ni?Hah?Saya sanggup berhenti dari jadi model dan berpindah ke sini. Satu apartment ini demi pujuk awak semula..."kata Sadie sambil berjalan laju dengan high heels dia mengejar Harris.

Namun tak jauh mana, Harris terpaksa berhenti lepas tiba depan pintu lif. Dia tekan dengan lekas butang lif tu. Sumpah dia nak jauh dari Sadie sekarang ni!

"Harris."panggil Sadie semasa melutut di sebelah kerusi roda tu. "Dengar dahulu penjelasan saya."mintanya.

Harris tidak membalas, dia diam mengetap gigi sambil cengkam alat controller di lengan kerusi rodanya.

"Saya tahu saya salah..saya tahu saya tak patut pergi macam tu je dari wedding kita.Saya menyesal okay."ucap Sadie dengan lemah lembut sambil pegang lengan Harris.

Perkataan 'menyesal' Sadie telah buatkan Harris palingkan kepala. Dia pandang kosong ke Sadie. "Menyesal?Kau rasa perasaan menyesal kau tu boleh hidupkan ibu aku semula?Boleh kembalikan hidup normal macam dulu?"tanya dia dengan nada mendatar. "Sejak kau hilangkan diri dari wedding tu, sejak tu hati aku dah tertutup Sadie. Tak kira la apa sekalipun yang kau buat. Sampai akhir nafas, aku takkan terima kau semula ."

Sadie pandang tergamam ke Harris sebaik mendengarnya.

Pada masa itu Eva muncul bersama brief case dan barangnya sendiri dekat tangan. Dia atur langkahnya selangkah demi selangkah mendekati dua orang tersebut. Nak kesian, tapi tak layak. Nak marah, siapa pulak dirinya dekat sini kan. Jadi baiknya dia diamkan diri.

Harris ternampak kelibat Eva pada masa yang sama. Dia pandang akan langkah Eva lalu bersuara. "Cepat sikit jalan tu tak boleh ke?"sentapnya.

Tidak peduli untuk lekas, Eva jalan sehingga tiba di belakang Harris. Dan pada masa itu la pintu lif terbuka sebaik saja dia berdiri dekat situ. Tanpa membuang masa. Harris bawa dirinya masuk. Sementara Eva masih berdiri dekat situ termenung memandang Sadie yang berlutut dekat lantai tu. Niatnya nak bangunkan Sadie, sekali bila Eva baru nak tunduk, Harris menempik.

"Eva!"

Cepat-cepat Eva berdiri tegak dan memandang ke dalam lif dengan mata terbutang luas.

"Masuk."arah Harris dengan kening mencerlung ke Eva.

Eva pandang ke Sadie semasa atur langkah masuk ke dalam lif. Nak buat macam mana, salah Sadie jugak buat Harris macam ni. Dia nak tolong pun tak dibenarkan."Baik." sambutnya sambil tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience