Rate

Bab 7 : Tersedak anak!

Romance Completed 77102

Eva menyumbat makanan dalam mulutnya tanpa rasa segan silu. Dia kelaparan yang amat sangat!Malam tadi disebabkan terlampau penat, dia terus tertidur lepas siap mandi. Bangun pun sebab dapat panggilan. Ini baru la dapat makan.

Mereka yang ada di meja makan itu sibuk dengan makanan masing-masing tidak perasan, yang perasan adalah orang yang duduk bertentangan dengan Eva di seberang meja makan tu.

"Berapa lama awak tak makan Eva?Kenapa macam orang kebulur tak makan sebulan ni? Kalau lapar ya pun makan la perlahan-lahan." tegur adik lelaki Harris, Harith, 30 tahun. Pengarah Urusan syarikat. Seorang lelaki berupa paras manis dan mempunyai lesung pipit dan sepasang masa berbulu mata lebat.

Eva mengangkat kepala dari tunduknya. Menayang pipinya yang kembung dengan makanan. Shoot! Dia terlupa pasal tuan muda yang seorang ni! Lapar punya pasal dia dah tak fikir apa! Sambil kemam makanan dalam mulutnya, dia kerutkan hidung tanda senyum. Peduli la kalau imej dia buruk ke apa.

Harith pun ketawa lepas tengok reaksi comel Eva. Lalu dia tuangkan segelas air kosong sebelum di letakkan ke depan pinggan Eva. "Minum sikit. Tercekik nanti."ajunya.

Hah!Ini baru la namanya lelaki. Lembut. Tak kasar. Prihatin lagi tu. Eva capai gelas tu lalu disisip sedikit minumannya sebelum telan sisa makanan yang ada sebelum bersuara. "Terima kasih tuan muda."

Harith balas ucapan itu dengan senyuman senang sebelum kembali menyambung makannya.

Sementara Harris dekat sebelah Eva hanya diam menikmati makanannya dengan muka tiada perasaan. Tapi sembunyi-sembunyi mencengkam kuat garfu dan pisau yang dipegangnya waktu itu.

Lantas satu suara lagi menyampuk. "Apa khabar ibu kamu Eva?"soal lelaki bercermin mata berambut putih sepenuhnya dari kepala meja. Datuk kepada Harris. Harold,72 tahun. Pesara komandan tentera laut. Seorang lelaki berwajah tegas namun sangat penyayang.

Eva meletakkan garfu dan pisaunya setelah berasa kenyang memandangkan pinggan dia sudah pun licin!Dia kemudiannya pandang ke Harold. "Last time saya dapat call dari dia, kedengaran dia okay."jawabnya. "Kenapa tuan tanya?"

"Brenda beritahu kami yang ibu kamu mahu jodohkan kamu dengan anak lelaki tunggal dari keluarga Hawkins..."sampuk satu suara lagi. Dalam dan penuh aura autoriti, sama seperti Harris sendiri. Kenalkan, bos besar rumah ini. Ayah kepada Harris. Harrison, 59 tahun.

"Uhuk!Uhuk!"batuk Harris tiba-tiba dekat sebelah.

Eva yang duduk dekat sebelah ikut tersentak. Dia cepat-cepat bangun lalu suakan gelas untuk Harris. Tapi Harris tolak tangannya jauh dan hanya terbatuk-batuk di situ menepuk dada. "Minum la.."ajunya dengan risau. Boleh pulak tuannya tersedak.

Harith yang lihat reaksi abangnya berdengus hendak ketawa sebelum menggeleng kepala sambil tersengih.

"Kamu tak apa-apa?"tanya Brenda dengan risau.

"Apa la...makan tu hati-hati la. Minum air tu sikit." tegur Harold pula.

Harrison hanya kerling ke Harris sebelum kembali memandang Eva yang sedang bergerak dudukkan diri di kerusi. "So betul la?" sambungnya semula.

"Hah?"nganga Eva sejurus palingkan kepalanya dari Harris ke Harrison. Keningnya terangkat tinggi sebab kehairanan. Macam mana Harrison boleh tahu? "Iya...betul tu. Macam mana tuan tahu?"soal dia.

Harrison capai gelas berkaki yang berisi air kosong lalu di sisip sedikit sebelum berkata. "Ibu kamu sendiri yang war-warkan ketika majlis makan malam dengan lembaga syarikat dua hari lepas. Bukan main semangat lagi wanita tu ya?"

Aduhai!Apa lagi la yang ibu dia dah buat kali ni?Sejak kahwin baru dengan seorang atuk tua ni, perangai ibunya semakin menjadi-jadi! Lagi satu ramai-ramai orang kaya dalam tempat ni, kenapa dengan Harrison jugak ibunya mahu syer saham?Buat malu dia la. Tak tahu nak cakap apa, Eva hanya tarik senyuman kekok.

"Kamu terima perjodohan tu?"soal Brenda pula.

Semua mata kini terarah pada Eva. Menunggu jawapan keluar dari mulut tu.

"Kenapa ya?"tanya Eva dengan serba salah. Yalah kalau dia terima atau tidak apa kaitannya dengan keluarga ni. Dia bukannya siapa-siapa buat mereka.

"Keluarga Hawkins adalah pesaing keluarga kami, sebab itu la."jawab Harith.

Eh?Eva pandang terkejut ke Harith. Pesaing?Ibu dia tahu ke tentang hal ni?

"Kalau kamu terima, nampaknya kamu perlu letak jawatan dari terus menjadi PA Harris demi kebaikan syarikat dan juga keselamatan dia." beritahu Harrison dengan nada mendatar.

Harris palingkan kepala ke Eva dengan kening berkerut tak suka. Dia pandang tepi muka Eva yang sedang tergamam itu.

"Eh...tak ada. Saya rasa tuan salah faham ni. Saya tak terima pun lamaran tu."beritahu Eva sambil lambai tangan menafikan kenyataan itu. Hish!Ibu dia ni kan!Kenapa la suka sangat letakkan diri dia dalam situasi kekok macam ni!

Brenda Tarik sengih lega.

Harold mengangguk kepala berpuas hati.

Harrison tidak beri sebarang respon dan hanya tunduk menikmati makanannya.

Harith pula kerling ke Harris.

Sementara Harris palingkan kepalanya ke pinggan semula sebelum pandang makanan dekat pinggannya.

"Mm...adakah saya perlu letak jawatan jugak?" tanya Eva lepas suasana di meja makan tu jadi hening tiba-tiba.

"Kenapa nak berhenti."balas Brenda. "Kalau kamu tak terima bagus la. Teruskan bekerja untuk kami. Saya pun suka lihat orang perempuan dalam rumah yang penuh dengan lelaki ni."sengih dia setelah itu.

Berasa kecewa sedikit lepas dengar, Eva balas senyuman itu. Baru dia ingat boleh berhenti. Sekali tu stuck dekat sini jugak."Baik puan." sahutnya mahu tak mahu. Agaknya la di kehidupan masa yang lalu dia berhutang dengan keturunan Harris. Sampai nasib dia terkandas sebagai PA lelaki ni sampai tak boleh nak lari langsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience