Rate

Bab 52 : Decision

Romance Completed 77102

"So...apa cerita sekarang?Ada future plan belum?"tanya Harith kepadanya.

Dia yang dari tadi asyik kuis makanan pandang pinggan dia tiada mood. Dah masuk dua hari ni sejak pertemuannya dengan Sadie berlaku. Dan sejak dua hari ni jugak dia tak tahu nak buat apa? "Maksud tuan muda?"soal Eva dengan nada malasnya.

Harith berkerut kening,dia perhatikan reaksi Eva dengan pelik. Entah kenapa dia rasa ada something tak kena sejak dia berjumpa dengan Eva tadi. Dari di pejabat tadi. Dia Nampak Eva termenung. Sampai sini termenung. Bila di tanya nak makan apa termenung. Masa dia makan. Eva masih lagi termenung. Makanan dekat pinggan Eva tu, langsung tak terluak-luak sejak tadi.

"Eva..."panggil Harith dengan nada seriusnya. Eva bergaduh dengan Harris ke?Abang dia katakan sesuatu yang mengganggu fikiran Eva ke?Banyak persoalan bermain dalam fikiran dia kalau Nampak Eva susah hati begini.

Mengalah dengan apa yang dia rasa, Eva letakkan garfu dan pisau ke tepi pinggan lalu sandar ke kerusinya. Dia silangkan tangan sewaktu pandang Harith. "Beritahu saya...apa yang tuan muda akan lakukan bila ada seseorang yang sedang nazak minta bantuan tuan muda untuk lakukan sesuatu yang mana tuan muda takkan sanggup lakukan seperti korbankan perasaan tuan demi orang tu?"soal Eva serta merta. Dia tak tahu apa dia kena buat. Dia kasihan pada Sadie, pada masa yang sama dia tidak mahu lukakan Harris dengan paksa lelaki tu terima Sadie.

"Hah?"Harith buat muka tak faham. "Apa awak cakapkan tadi Eva?Siapa yang nazak?"tanya dia. Apa ni?Menakutkan dia je la.

Eva lepaskan keluhan Panjang, dia pandnag penat ke Harith. Beritahu aje la dekat tuan mudanya ni. Lagipun dia tahu Harith takkan cakap apa-apa pada Harris memandangkan Harith treasure Harris sangat-sangat. "Cik Sadie..."katanya.

Harith duduk sandarkan dadanya ke depan. Cuba dekatkan dirinya pada Eva di depannya itu. "Sadie?Kenapa dengan dia?"

Eva pun ikut sama. Dia duduk tegak dan sandarkan dadanya ke meja itu sambil meletakkan kedua-dua tangan bersilang di atas meja tu. Dia pandang Harith dengan kening berkerut tak tahu nak buat apa.
"Cik Sadie temui saya dua hari lepas. Dia..telah ceritakan segalanya kepada saya apa yang berlaku dan punca kenapa dia putuskan tuning dengan Leo dan lari dari majlis perkahwinan mereka."

"Apa dia beritahu awak?"soal Harith dengan kening mencerlung. Grr!Perempuan tak guna tu kan!Ada saja la masalah nak bagi dekat orang sekeliling dia. Tak cukup apa yang Sadie dah buat dekat family dia. Dan sekarang Eva pula. Memang nak kena tau perempuan tu. "Dia katakan sesuatu tak baik pada awak ke?"

Eva menggeleng kepala. "Bukan."

"Dah tu?"Harith dekatkan lagi kepalanya ke depan. "Apa dia cakap?Perempuan tu kan!Saya tak faham tahu tak. Kenapa ya dia asyik nak ganggu keluarga saya?Memangnya kami hutang apa dengan dia sampai dia sibuk nak cari awak pulak."marahnya dengan suara berbisik yang keras.

Eva pandang Harith tanpa berkata apa-apa. Matanya gerak ke kepalan penumbuk Harith yang berada di tepi pinggan makan. Memang semua orang akan salahkan Sadie. Tapi cuba letakkan diri mereka di tempat Sadie.

"Dia beritahu saya alasan kenapa dia putuskan pertunangan dan lari perkahwinan tu."kata Eva sambil gerakkan matanya ke muka Harith. "Sebabnya adalah ugutan yang dia terima dari Ayah Cik Sadie sendiri. Kata Cik Sadie, ayahnya ugut sekiranya dia tidak tinggalkan Harris, Harris akan di susahkan lagi dan Ayah CIk Sadie akan pastikan Harris takkan dapat berjalan sampai bila-bila. Sebab itu la Cik Sadie tidak hadirkan diri pada hari perkahwinan mereka. Selepas berkahwin dengan Leo, a.k.a bekas suaminya, Sadie hamil tapi keguguran setelah itu. Tak lama kemudian, ayah Cik Sadie pula meninggal dunia. Dan setelah itu Cik Sadie di ceraikan."cerita dia yang teringat muka Sadie semasa menceritakan segalanya kepada dia. Macam mana wanita itu boleh setenang itu?Kalau dia dah give up!

Harith yang dengar berkerut kening. "Kemudian?"

Eva mengetap bibirnya sebelum tunduk memandang pinggan dibawahnya. "Dia mintak tolong saya untuk satukan dia Bersama Harris semula sebelum dia meninggalkan dunia ni buat selamanya."beritahunya dengan nada berserah.

"What?"Harith duduk menjauh dari meja tu. "Dia apa?"

Berasa sedih mengenangkan apa yang dia kena buat, Eva pandang Harith semula dengan mata berkacanya. "Cik Sadie hidap kanser rahim dan keadaan dia sangat tenat sekarang. Dia mahukan Harris disamping dia sebelum dia hembus nafasnya yang terakhir."kedengaran pentingkan diri?Well..kalau dia jadi Sadie, dia akan buat perkara yang sama. Siapa yang nak mati sendirian?Sudahlah tiada ibubapa, ditinggalkan suami, kematian anak, ditimpa sakit lagi tu.

"No Eva...don't you dare. You can't do that. Harris will not accept that."tegah Harith yang boleh agak apa yang Eva cuba buat.

"Habis tu saya nak buat macam mana. Ianya permintaan dari orang sakit dan terdesak. Saya tak nak. Tapi saya boleh pentingkan diri.."Eva pandang Harith dengan serius.

Tidak tahu hendak kata apa, Harith hanya pandang Eva dengan wajah tercengang dia. What the hell!"Awak dah bincang hal ni dengan Harris?"soalnya kemudian.

Eva menggeleng kepala.

"Jangan. Saya beritahu awak Eva. Pergi lantak apa nak jadi dengan perempuan tu. Awak tak boleh minta Harris lakukan hal ni."arah Harith dengan tegas.

Hela nafas di Tarik falam sebelum ia dilepaskan perlahan dengannya. Dia kemudiannya palingkan kepala ke sisi pemandangan tingkat 10 restoran itu. Tak cuba tak tahu kan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience