Rate

Bab 53 : Promise me.

Romance Completed 77102

Suara dari Tv menghuni ruang tamu apartment Harris malam tu. Pembaca berita di skrin dengan rancak bercerita mengenai bursa saham sewaktu Harris dekat sofa duduk melunjur dengan laptop dekat riba. Sementara Eva dekat bawah sofa yang sama bersila sambil sandar menghadap skrin tv bersama sepinggan buah epal dan oren di sebelahnya.

Sejak tadi Eva dekat situ tak senang duduk. Sekejap dia bersila sekejap dia gigit kuku, sekejap-sekejap dia toleh ke sofa nak pandang Harris. Haish!Dia pandang skrin tv dengan kening berkerut. Macam mana ni?Dia nak cakap macam mana dekat Harris?

Mahu ke Harris?

Marah tak agaknya?

Ke dia pulak yang diputuskan nanti lepas tu?

Ahh!

Stress!

Harris yang sejak tadi perasan ada yang tak kena dengan Eva hanya diamkan diri. Dia takkan tanya selagi Eva sendiri yang nak bersuara. Entah apa ajelah yang menganggu fikiran cik adik seorang ni.

Eva gigit bawah bibirnya masa pandang skrin tv dimana pembaca berita yang handsome sedang cerita tentang sukan pula. Remote tv di capai sebelum butang merah di tekan. Setelah itu dia alihkan pinggan buah tadi ke atas meja sebelum berdiri.

Kepala Harris ikut bergerak bila Eva bangun. Dia baru nak tanya Eva nak ke mana, tak semena Eva capai laptop yang ada di ribanya sebelum diletakkan jauh atas meja kopi sebelah sofa.

"Apa kamu buat ni?"tanya Harris sambil pandang bingung ke Eva.'

Memandangkan Harris tak boleh nak rasa di bahagian kaki, Eva dengan selamba naik atas kaki tu lalu duduk di atas kaki tu.

Terkedip-kedip bingung mata Harris dibuat tingkah Eva. Dia perhatikan saja sehingga la Eva selesai selesakan diri di situ dan menghadapnya. "Kenapa?Ada apa?"tanya dia.

"Harris?Can we talk?"tanya Eva.

"Yes we can...what is it?"

Eva telan air liur gemuruhnya semasa pandang nekad ke mata Harris. Ya Tuhan. Semoga semuanya baik-baik. Tangan kanan Harris dicapai terlebih dahulu sebelum di pegang dengan kedua-dua tangan olehnya. Lalu dia pun berkata."Sebelum tu janji dengan saya yang awak takkan marah lepas dengar apa yang saya akan sampaikan sekejap lagi."

Harris kecilkan mata sewaktu pandang curiga ke Eva. "Saya cuba."jawabnya dengan perasaan was-was. Apa ni?Kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak baik bakal tiba sekejap lagi. Adakah Eva mahu putuskan relationship mereka. Atau Eva tidak mahu berkahwin dengan dia?Atau apa ni? "Apa perkara tu?"

Sedaya upaya Eva kawal dirinya supaya tidak gelabah, tapi masalahnya semakin dia pandang muka Harris semakin takut dia dibuatnya. Memang Harris lumpuh, tapi lelaki lumpuh ni boleh tahan jugak kalau bila dah marah. Sampai dia yang sihat ni pun boleh menggeletar.

"Ini tentang Sadie."mula Eva dengan satu persatu. Namun begitu jantung dia dah berdegup laju sampai berdenyut sakit kepala dibuatnya.

Air muka Harris terus jatuh. Dia pandang suram ke Eva. "Kenapa dengan dia?"

"Janji dengan saya yang awak akan dengar semuanya terlebih dahulu. Tunggu sehingga saya selesai. Okay?"minta Eva dengan lemah-lembut sewaktu menepuk tangan yang dipegangnya waktu itu.

Mahu tak mahu, Harris mengangguk kepalanya bersetuju.

Eva Tarik nafasnya dalam-dalam sebelum di hembus perlahan. Dia kena bersedia untuk semua ni. Harap-harap Harris akan faham dan terima keputusan dia ni.

Here we are!

Harris pandang Eva dengan perasaan bercampur baur, risau, ingin tahu, bengang, serba salah. Semuanya bermain dalam fikirannya saat ini. "Apa yang kamu nak beritahu tentang Sadie?"tanya dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience