Rate

Bab 15 : Calon Suami Yang Ke berapa?

Romance Completed 77102

"Auw!Auw!"

"Duduk diam la."

"Sakit la!Biar Eva je la yang sikat rambutnya...ibu buat macam nak bagi tertanggal je rambut Eva dari kulit kepala gayanya."sungut Eva sambil bercemberut menahan sakit.

Ibu Eva berdiri dekat belakang Eva menghadap cermin varniti di situ. Cuba mendadan anak perempuannya supaya kelihatan cantik dan sopan untuk perjumpaan calon suami Eva kejap lagi.

"Lagipun Ibu dandan Eva bagai ni kenapa?Kita ada apa-apa event ke malam ni?"tanya Eva sambil cuba angkat tangannya mahu memegang rambutnya yang sedang di sanggul oleh ibunya.

Sekali tu sikat yang dipegang Ibu Eva memukul tangan Eva sepantas kilat. "Duduk diam. Kamu akan rosakkan dandanan ibu."beritahunya sewaktu kembali menyambung kerjanya.

Sambil buat muka tak suka, Eva gosok bekas pukulan tadi lalu diam memandang pantulan dirinya yang sudah di solek dan dirias cantik sama seperti ibunya. Sangat serupa. Nama pun anak mak kan. "Sudah la tu...Ibu dandan Eva cantik macam mana sekalipun, begini jugak muka Eva nanti. Tak bertukar jadi tuan puteri raja ke apa."selorohnya.

Ibu Eva tersenyum senang sebaik dia selesai melilit rambut hitam berkilat Eva dengan kemas. Setelah itu baru la dia pandang ke pantulan imej Eva di cermin tersebut. Sejuk perut dia bila tengok anak perempuannya cantik begini. Conform calon suami Eva takkan mahu menolak perjodohan ni. "Ini baru la anak ibu.."ucapnya sebelum kucup tepi kepala Eva.

Eva melepaskan hela nafas Panjang kerana menyampah. Kalau bukan anak ibunya dia ni anak siapa pulak. Ada-ada je la.

"Dah jom kita turun. Mereka pasti sudah lama menunggu."ajak Ibu Eva sambil meletakkan sikat atas meja tu sebelum dapatkan lengan Eva.

"Hah?"Eva buat muka. Matanya terbuka luas. "Tetamu?"soal dia.

"Yalah...calon suami kamu. Mereka dating ke sini untuk lihat-lihat kamu. Dan Ibu yakin sangat, kali ni kamu pasti akan diterima."beritahu Ibu Eva sewaktu menarik Eva bangun dari kerusi lalu di rangkul lengan tu merapat ke tepi badannya.

Eva jalan hendak tersandung-sandung taktala mendengar perkataan calon suami keluar dari mulut ibunya. "Hah?Calon suami lagi?Ibu...kan Eva dah cakap hari tu.."

"Ibu tak ingat...apapun behave. Tunjuk sikap baik pada mereka. Sebab mereka adalah seorang daripada Lembaga pengarah ayah tiri kamu. Jangan Malukan kami."pesan Ibu Eva setelah mereka berdua keluar dari bilik tidur Eva dan jalan merentasi koridor.

Dah tahu nak cakap apa lagi, Eva hanya mampu buat muka berserah dan jalan seiring dengan ibunya. Sambil tu dia termenung. Entah calon suami yang ke berapa pun dia tak ingat. Ramai sangat sebenarnya. Yang tua dari dia, yang sebaya dengan dia, yang muda dari dia. Semuanya dia dah jumpa. Masalanya cuma satu saja, setiap kali calon-calon yang hendak dijodohkan kepada dia pasti akan alami masalah dan kesulitan yang tersendiri. Kali ni?Tak tahu la apa pulak ceritanya.

Harap-harapnya tak ada banyak la. Kalau kali ni banyak hal jugak. Dia give up nak cari calon suami. Baik single sampai ke tua. Settle. Tak payah pening kepala lagi!

Tidak lama selepas itu dua beranak itu pun tiba di depan pintu gerbang ruang tamu rumah itu. Sebelum Ibu Eva buka pintu itu, dia pandang ke Eva semula untuk tilik penampilan anaknya buat kali terakhir. Dia tidak mahu ada cela atau kekurangan pada anaknya yang boleh Malukan anaknya nanti. "Oh ya...sebelum Ibu terlupa. Kali ni lamaran ni bukan ibu yang buat. Tapi ianya atas permintaan pihak lelaki sendiri."

Kening Eva terangkat sedikit. "Permintaan pihak lelaki?"ulangnya.

"Ha'ah...katanya pihak lelaki kenal kamu dan dia sudah lama berkenan dengan kamu. Kenapa kamu tak beritahu Ibu kamu kenal dia?"Ibu Eva pulak buat muka kehairanan dan berkerut kening tak faham.

Dah siapa pulak lelaki ni?Eva menjegil mata bulat bila ibunya tanya dia soalan yang dia sendiri tidak tahu apa jawapannya. "Siapa pulak dia tu?"

Ibu Eva kemudiannya tolak pintu tersebut ke dalam."Kamu lihat la sendiri.."ajunya sambil dorong Eva ke depan supaya melangkah masuk ke ruang tamu tersebut.

Tanpa berfikir panjang, Eva hanya menurut. Dia berjalan masuk ke dalam dengan perasaan ingin tahu yang memuncak. Setelah mata dia jatuh pada orang yang duduk dekat set sofa di situ, Eva berdiri kejung dekat depan pintu masuk tu.

Mungkin ini la maksud kata orang tua dulu-dulu...

Kalau sudah jodoh memang tak ke mana.

Tercengang Eva dekat situ memandang lelaki handsome bercermin mata yang tersenyum manis kepadanya.

"Maaf kerana lewat"sapa Ibu Eva yang muncul di sisi Eva kemudiannya. "Ini la anak perempuan tunggal saya."maklumnya kepada tetamu yang duduk di sofa menghadap pintu masuk itu. "Eva Naomi, 29 tahun."

Masa itu ayah tiri Eva dan tiga orang tetamu yang duduk betul-betul menghadap Eva pandang ke Eva Bersama senyuman lebar di bibir.

"Eva...kenalkan..ini la calon suami kamu yang Ibu beritahu, Leonardo Alastair."

Sebaik namanya di sebut, Leo pun berdiri tegak. Menyambut kehadiran dua orang itu sebagai tanda hormat. "Panggil saja saya Leo."katanya setelah berdiri.

Sedaya upaya untuk kelihatan mahu bertanya apa yang berlaku, Eva hanya Tarik senyuman terpaksa di bibirnya. Tunggu je la nanti. Tahu la dia nak buat apa dekat Leo ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience