Rate

Bab 54 : Argument!

Romance Completed 77102

Terasa seperti waktu berlalu dengan lambat, akhirnya penyampainnya pun selesai. Dia beritahu semuanya kepada Harris. Dari awal hingga akhir termasuk keputusan dia. Dan sekarang dia pandang muka tu dengan perasaan sebak dan terkilan. Air mata mula mengancam mahu keluar dari empangannya.

"No."jawab Harris dengan pendek serta merta. Bernada tenang dan tidak kelihatan marah mahupun tegang.

Sewaktu Eva bercerita tadipun, Harris hanya buat poket face tiada emosinya.

"Apa maksud awak?"soal Eva. "Awak dengar tadi saya cakap apa kan?Sadie perlukan seseorang di sisi dia."ulang Eva.

"Apa yang lepas tu biar la lepas. Saya tahu dia ada masalah. Tapi ianya bukan urusan saya untuk kisah mengenainya Eva. Dia masa lampau saya. Dan sekarang, saya ada awak. Mana mungkin saya nak terima dia semula lepas apa yang berlaku?"kata Harris sambil tunjuk ke satu arah,

Air mata mula bertakung di kelopak mata Eva. Bibirnya mencebik mahu menangis."Jadi awak tak kesiankan Sadie sikit pun?Lepas apa yang terjadi pada dia?"tanya dia semasa air mata mula mengalir turun ke pipi. "Jangan jadi selfish Harris."

"Kadang-kadang dalam hidup tu kita kena bersikap kejam Eva."ujar Harris sambil seka air mata dari pipi Eva dengan tangan kanannya.

Eva menggeleng kepala. Dia cengkam lengan baju hoodie Harris dengan terdesak."Tolong la...terima Sadie. Dia perlukan seseorang di sisinya. Berikan Sadie peluang kedua. Maafkan dia...maafkan dia supaya dia dapat pergi dengan tenang suatu masa nanti...please."mintanya dengan perlahan.

"Saya tak boleh Eva. Maafkan dia pun saya tak boleh."

Eva mengetap gigi dengan kuat. "Semua orang buat silap. Semua orang termasuk saya. Termasuk awak. Tak semua orang baik dan sempurna. Dan setiap kesilapan tu ada ruang untuk dimaafkan. Sebesar salah Sadie terhadap besar lagi salah awak sekiranya awak tidak memaafkan dia..."dia gerak hendak turun dari sofa tu.

Harris cepat-cepat pegang lengan Eva dan tarik badan tu supaya terduduk semula. Namun Eva rentap tangan tu.

"Lepaskan saya!"marah Eva.

"Kamu nak kemana.."tanya Harris sambil cengkam dengan erat pergelangan tangan Eva.

Eva termenung memandang ke lantai dengan sedu sedan sedih dia. Macam mana kalau dia yang ada dekat tempat Sadie sekarang dan dengar semua jawapan ni dari mulut Harris. Kenapa tak ada siapa cuba faham situasi Sadie. Memang la apa dia buat tak patut dan tak masuk akal. Tapi salah ke kalau bagi peluang dekat seseorang yang tiada lagi harapan dekat dunia ni?

"Kalau awak pentingkan perasaan awak...saya tak boleh nak buat apa."Eva pandang Harris dengan renungan yang basah dengan air matanya.

"Eva please. Jangan macam ni."minta Harris sambil tarik Eva supaya duduk semula. Tapi Eva enggan, malah keraskan badan di situ memprotes.

"Saya tak boleh terus bersama dengan awak lepas apa yang awak katakan sebentar tadi. Awak expect macam mana saya nak teruskan hubungan ni?Huh?Beritahu saya?Macam mana saya nak bergelak ketawa dan bergembira sementara ada orang yang menderita lepas merayu dekat saya supaya tolong dia?"luahnya dengan lantang.

Kening Harris mencerlung.

"Saya akan rasa serba salah seumur hidup Harris. Seumur hidup. Saya biarkan seseorang mati tergantung dengan permintaannya tidak tertunai. Sekalipun kita bersama nanti, saya tak boleh jalani hidup saya tanpa fikirkan soal Sadie."lafaz Eva lagi dengan muka merah padam sebab sedih dan marah pada masa yang sama.

"Cukup Eva. Kamu tahu tak permintaan kamu ni satu tindakan yang kejam buat saya. Macam mana saya nak terima dia lepas apa yang dia lakukan terhadap saya?"marah Harris pula.

"Ya. Memang kejam saya tahu. Apa yang dia cuba hanya hendak lindungi awak Harris. Apa yang awak tak fahamnya dekat sini?Dia terpaksa!Kalau boleh dia tak nak. Demi pastikan awak sembuh dan tidak di apa-apakan Sadie sanggup korbankan dirinya untuk lelaki tak guna seperti Leo tu. Dia tak mintak Harris."jatuh terduduk Eva kerana terlalu sedih.

Harris yang ada dekat sofa tak dapat nak buat apa-apa. Dia sendiri tak boleh bangun dan berjalan tanpa sokongan.Jadi dia hanya pandang Eva terduduk dekat lantai tu menangis dengan sedih.

Buat seketika keadaan ruang tamu itu menjadi senyap. Tiada suara kecuali bunyi esakan Eva.

"Fine."lafaz Harris sewaktu pandang bingkai gambar dia sewaktu masih boleh berdiri di dinding sebelah pintu slidding.

Eva angkat kepalanya. Dia pandang Harris dengan muka basah dengan air matanya.

"Saya akan terima dia dan maafkan Sadie dan temani dia sehingga saat-saat terakhir dia."kata Harris sambil palingkan kepalanya untuk memandang Eva di sebelah sofanya. "Tapi saya takkan berkahwin dengan dia."

Tak berkedip mata Eva sewaktu mendengarnya. Dia tersedu serentak semasa air mata jatuh dari kelopak terus mendarat jatuh ke atas permaidani yang dia sedang bersimpuh dekat.

Dia hulur tangan ke Eva supaya mencapainya."Itu keputusan yang saya boleh buat. Kalau lebih dari tu. Saya tak boleh lakukannya. Jadi berhenti la menangis."

Dengan sedih, Eva bangun dari situ lalu naik ke atas sofa sebelum masuk ke dalam pelukan Harris. "Terima kasih Harris..."ucapnya dengan sebak sewaktu sembamkan wajahnya ke ceruk leher tu sebelum menangis semahunya kerana tersentuh dan berterima kasih.

"Apa saja untuk kamu Eva."ucap Harris sebelum mengucup tepi kepala Eva lalu menepuk belakang badan tu dengan lembut. Dia setuju sebab Eva. Dia nak bersama dengan Eva. Tapi macam mana dia nak bahagia kalau Eva menyalahkan dia suatu hari nanti kerana tidak tunaikan permintaan terakhir Sadie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience