Rate

Bab 56 : Featuring Watak dari cerita Every Morning (Aster Faith)

Romance Completed 77102

Di kampung....

Suara kanak-kanak ketawa.

Bunyi mesin jerami.

Suara ayam, itik berkuak dan berkokok.

Bunyi lembu, kambing dan kuda.

Angsa jalan berkeliaran menjaga kawasan mereka.

Kambing biri-biri yang berbulu lebat lagilkan putih sedang meragut rumput di padang rumput.

Semua itu dapat didengari dalam kawasan rumah ladang pesara tentera ini. Laman luas, terdapat sepohon pokok yang besar namun lebat daunnya terpacak di tepi kawasan reban ayam dan itik berada.

Pada masa itu la sebuah kereta hitam mewah bergerak masuk ke dalam laman lalu di parkir berdekatan dengan kereta yang lain. Sebaik saja enjin dimatikan, penumpang kereta pun keluar dari situ. Dengan ranggi sekali pemakaian mereka menggambarkan orang bandar.

Pada masa itu la suara kanak-kanak terpekik kedengaran.

"Nenek!Mak Lang balik!Dia bawak Acik sekali!"

Eva yang sedang menggeliat hilang penat memandunya terdengar suara pekikan itu. Heh!Ini la dia!Pengubat stress! Lamanya tak datang. Tapi untung jugak ya Harris sibuk dengan Sadie. Boleh la dia lari!Muahahah!Rindu tu kemudian. Dia settlekan nanti. Sekarang masa untuk enjoy!

"Eva!"panggil satu suara perempuan dari sebelah kanan rumah.

Eva yang baru nak gerak masuk ke dalam rumah berhenti. Dia pusingkan badannya ke arah bunyi tadi. Lalu ternampak gadis si muka bulat dengan mata cantic dan berbaju kebun sedang jalan mendekati dia. "Aster!"panggilnya.

"Dah lama sampai?"tanya Aster sebelum tiba di depan Eva. Lalu ternampak makciknya di belakang. "Hai Mak Lang.."lambainya.

"Hai Aster. Ibu dengan ayah kamu ada sekali ke?"tanya Ibu Eva semasa jalan mendekat ke rumah.

"Ha'ah. Dekat dapur tengah tolong masak."jawab Aster.

"yalah...kamu berdua berborak dulu. Mak Lang masuk dalam."pamit Ibu Eva yang kemudian hilang dari pandangan setelah masuk ke pintu rumah.

"Lamanya tak Nampak. Baru kali timbul. Mana menghilang ni sepupu ku?"drama Aster sambil memukul lembut lengan Eva.

Nak buat macam mana lumrah orang bekerja. "Biasa la. Kau macam mana?Dah habis belajar belum?"

"Ahaha..apa la. Belum lagi. Baru masuk tahun kedua."jawab Aster.

Eva tersenyum senang. Lalu menepuk bahu Aster memberi semangat. "belajar elok-elok eh. Pastu dapat kerja bagus."Jangan jadi macam dia belajar tinggi-tinggi jadi PA. Lepas tu jatuh cinta dekat bos sendiri. Kemudian frust menonggeng.

"Okay. Masuk la sana. Rehat dulu. Mesti penat drive sepanjang hari ke sini."aju Aster.

"Nanti la...nak jalan-jalan tengok sekeliling sekejap."jawab Eva.

"Alright. Kalau ada apa-apa cari aku dekat kandang kuda sana."Aster tunjuk ke arah bangsal kuda di belakang rumah.

Eva mengangguk kepala. Dia berdiri dekat situ hantar Aster pergi dengan matanya. Lepas sepupunya pergi, dia berpaling ke satu arah dimana ladang berumput berada. Berterabur kambing biri-biri dekat situ.

Lamanya tak kejar kambing!

Dengan langkah riangnya Eva berlari anak menuju ke pagar yang memagari sekeliling padang berumput tu. Setibanya dia di pagar kayu tu, Eva dengan bersemangat angkat kaki nak panjat melepasi pagar tu. Sekali tu.

"ANAK!Apa kamu nak buat tu!Turun dari situ sekarang!"ngaum Ibu Eva dari jendela rumah yang menghadap padang rumput tu.

Terbantut terus Eva, dia tergantung dekat situ sekejap lalu palingkan kepala memandang ke arah ibunya yang terjegul kepala memandangnya. "Sekejap je!"laung dia pula.

"Kamu kejar kambing tu. Ibu kejar kamu!Ingat sikit kamu tu bukan Budak-Budak lagi anak oi!Bukan 9 tahun lagi tu. Dah 29 tahun!Masuk dalam sini tolong masak!"

Eva ketawa. Lantak la. 29 tahun ke 9 tahun ke. Asal dia happy sudah. "Sekejap je!"laung dia semula sebelum naikkan kaki ke atas pagar kayu tu lalu lompat melepasinya gaya Terminator bercangkung. Lalu dengan renungan penuh aura pemangsanya,dia tarik sengih jahatnya.

Harris ke Sadie ke Harith ke kerja ke!Pergi jauh-jauh sana. Duduk diam-diam. Jangan kacau dia!

Sekarang, masa untuk dia pulak!

"Kambing!Im coming!"sorak Eva dengan bersemangat. Lalu mula berlari merentasi padang rumput tu menakutkan kambing-kambing di situ. Habis terembek-embek ketakutan haiwan berbulu putih dan gebu tu bertempiaran lari nak jauhkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience