Rate

Bab 49 : Mengalah

Romance Completed 77102

"Puan..."

Elok dia sedang menggubah bunga hidup dalam pasu, kepalanya di angkat memandang ke depan dimana maid dia berada. "Ya?"

"Cik Eva ada di sini.."maklum maid itu.

Dia yang dengar menjungkit kening. "Bawa dia masuk."Eva datang? Ada apa?Sesuatu berlaku ke? Jarang kalau Eva datang sendiri kepadanya. Biasanya la, dia yang paksa Eva menemui dirinya. Ini kalau Eva datang sendiri kepadanya, pasti ada yang tak kena telah terjadi.

"Baik puan."sambut maid itu sebelum keluar dari ruang taman bunga puan besarnya.

Tidak lama menunggu, pintu ruangan itu terbuka sewaktu Eva berjalan masuk ke dalam. "Hai Bu."sapanya dengan nada mendatar.

Ibu Eva pandang pelik. "Apa semua ni?Sesuatu berlaku ke?"tanya dia dengan hairan.

"Kenapa?Tak boleh ke kalau anak sendiri jenguk ibunya?"balas Eva semasa dekati ibunya lalu hulur tangan mahu memeluk tubuh itu.

Ibu Eva hanya berdiri di situ sehingga la Eva gerak hendak memeluknya. "Tak ada salahnya. Cuma pelik."katanya sambil depakan tangan mahu memeluk Eva.

Sebaik saja dia masuk dalam pelukan ibunya, Eva pejam matanya laku melepaskan hela nafas lega dengan panjang. "I miss you." lafaznya sambil tu.

Sambil buat muka tak faham, Ibu Eva tepuk belakang badan tu sambil mengangguk kepala faham. "Eva...kamu tak apa-apa ke?"tanya dia dengan risau.

Selama ni dia fikir ibunya hanya seseorang yang menjengkelkan dan merimaskan sebab tak habis-habis menyuruh dia kahwin. Control hidup dia supaya jadi seorang wanita yang educated dan perfect.  Dia selalu persoalkan kenapa hidup dia tak mudah macam orang lain.

Dan selepas dia menemui Sadie, mendengar kisah wanita itu, rasanya dia adalah wanita paling beruntung di sini. Namun oleh kerana sikap pentingkan diri dan keras kepalanya telah buatkan dia tak nampak, rupanya ada yang hidup mereka lebih teruk dari dia.

"Maafkan Eva kalau selama ni Eva selalu buat Ibu marah dan terasa."ucapnya dengan setulus hati. Dia tidak sedar yang dia masih ada ibu. Sebuah keluarga. Orang yang sayangkan dia. Serta rakan di sisi. "I'm so sorry."

Ibu Eva tersenyum senang. Dia jarakkan dirinya dari Eva lalu tekup pipi kiri dengan tangannya lemah lembut. "Kamu kan anak ibu, tak kira apa yang kamu buat ibu tetap.maafkan kamu Eva...kamu tahu itu kan?"

Tersentuh mendengar kata-kata itu Eva tersenyum lega. Dia pegang tangan ibunya lalu bersandar pada sentuhan itu. Mungkij dia patut mengalah dulu. Nak dibandingkan dirinya dengan Sadie. Sadie lebih memerlukan dari dirinya.

"Terima kasih ibu.."ucap Eva.

Ibu Eva tepuk tepi lengan tu. "Sudah. Kamu datang sendiri ke?Harris tak ikut sekali?"

"Harris ada terapi selama dua jam. Itu yang Eva melencong ke sini sekejap."beritahu dia.

"Iya ke...kalau macam tu mari la makan tengah hari sama dengan ibu. Ibu masak hari ni."ajak Ibu Eva.

Eva mengangguk kepala. "Boleh...atuk ikut sekali ke?"

PAP!

"auw.."aduh Eva lepas tamparan hinggap di belakang badannya. "What the hell was that for?"soalnya dengan kening berkerut. Tak padan dengan tuanya, padu gila! Nasib tak tertanggal bahu dia.

"Panggil dia ayah...berapa kali ibu pesan. Jangan gelar dia atuk."desis Ibu Eva sambil.menjegil mata kegeraman ke Eva.

Sambil gosok bekas tamparan tu Eva membidas. "Dah memang betul. Dia tu tuanya dekat-dekat dengan usia atuk.."

PAP!

"Auw...sakit la Bu. Apa ni."rengek Eva.

"Sudah berhenti merepek. Ikut ibu ke dapur. Tolong ibu masak sekali." badan Eva didorongnya ke arah pintu.

Eva memprotes, dia jalan mengheret kaki tidak mahu. "Alah...ibu kan ada maid. Buat apa mintak tolong Eva.."sungut dia.

"Haih budak bertuah ni. Nanti kamu kahwin kena memasak jugak. Kamu tahu rahsia rumah tangga yang bahagia adalah air tangan isteri?"beritahu Ibu Eva dengan bersungguh.

Eva yang dengar terkesan sedikit. Dia pandang serba salah ke ibunya senyap-senyap. Kalau dia kahwin la....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience