Rate

Bab 51 : Eva Naomi

Romance Completed 77102

Knock!Knock!

Permukaan meja itu diketuk dengan Harith sewaktu orang yang duduk di situ sedang termenung memandang skrin monitor.

Dia tahu dia tak patut simpan perasaan terhadap kekasih abangnya sendiri. Tapi nak buat macam mana. Cinta itu universal. Sesiapa boleh jatuh cinta terhadap sesiapa saja. Lelaki ke perempuan tua ke muda dekat ke jauh...

Kenalkan crush empat tahun dia.

Eva Naomi.

Terkedip mata tu sekejap sebelum bergerak memandang dia di situ. Suka dia bila tengok reaksi Eva setiap kali nampak dia.

"Harris ada?"tanya Harith sambil tatap wajah Eva. Penyeri hariannya. Tak boleh kalau tak tengok muka ni dalam sehari.

"Tuan muda Harith..."seperti biasa, Eva akan sambut Harith dengan senyuman yang sama pernah Harith nampak 4 tahun lepas. "Tuan Harris ada discussion dengan tuan Harrison dekat pejabat beliau. Ada apa-apa yang tuan muda nak pesankan ke?"tanya Eva.

"Elok la tu. Kalau dua orang tu dah berborak sampai malam la jawabnya. Kalau macam tu awak saja la teman saya makan tengah hari ni." ajak dia.

"Hah?"nganga Eva sambil buat muka comel setiap kali blur.

"Ya..makan dengan saya. Yes or Yes?"aju Harith.

Eva ketawa. "Entah apa-apa. Sama je kalau saya pilih macam tu."

Dia yang dengar menjungkit bahu tak kisah. Sebab dia tak nak Eva tolak dia. Sebab dia dah pun kena reject. Cukup la sekali."Apa-apa je la. Jom."

"Sekejap. Saya beritahu Harris dulu."Eva tunduk mencapai telefonnya lalu menaip sesuatu di skrin telefon dengan lekas.

Harith yang pandang hanya setia menunggu di situ. Ikut hati lama dah dia rampas Eva. Namun selepas dia tahu yang Harith sebenarnya sukakan Eva pada tahun pertama Eva berkerja dengan Harris. Dan Harris berubah menjadi manusia yang normal. Dia ambik keputusan untuk undurkan diri dan pendam perasaannya ini. Dia berikrar untuk anggap Eva seperti sahabat baik dan juga adik kepadanya.

Kalau dia di suruh buat pilihan. Kebahagiaan keluarganya atau kebahagian dirinya sendiri. Dia pilih keluarganya. Terutama sekali Harris. Nak dibandingkan dirinya, abang dia telah harungi pelbagai cabaran dan dugaan. Yang mana kalau semua itu terjadi kepadanya, dia mungkin tidak hidup lagi sehingga sekarang.

Setelah melihat perubahan yang Eva bawa dalam hidup abang dan keluarga termasuk la dirinya sendiri. Dia mahu semua itu kekal seperti sekarang. Jika ada sesiapa yang berani-berani cuba menggangu ahli keluarganya, dia takkan ragu-ragu hapuskan orang tu. Samada Eva, Harris mahupun ahli keluarganya. Dia takkan biarkan sesiapa cuba macam-macam pada mereka!

No one!

Tidak lama selepas menghantar pesanannya, Eva dapat balasan dari Harris yang mana buatkan dia mengangkat kepala memandang Harith

"Oh...Harris kata okay. Jom la."maklum Eva tidak lama selepas itu.

"Nak makan apa?Sushi?Curry?Korean Cuisine?"tanya Harith sambil perhatikan Eva bangun lalu sertai dia di sisi.

"Tuan muda belanja ke?"

"Of course la...tak. Hari tu saya dah belanja. Kali ni awak pulak."sakat Harith.

"Hei!"Eva menyinggul tepi lengan Harith dengan sikunya. "Better tak payah ajak saya kalau macam tu."

Harith ketawa lalu merangkul bahu Eva semasa mereka berjalan menuju ke arah lif sama-sama. "Gurau je la..mesti la saya yang bayar."

"Kalau macam tu bawa saya nak makan sushi."

"Boleh je."

"Saya yang drive ke?"toleh Eva semasa memandang ke sisinya.

"Tak. Saya yang drive.."jawab Harris sambil tekan butang lif.

"Okay."balas Eva setelah itu. "Oh ya nanti ingatkan saya supaya pack makanan untuk Tuan Harris sekali nanti"

"Tuan Harris?Kenapa awak tak panggil dia Harris je?"

"Tabiat...nak buat macam mana."

"Pelik la kau orang berdua ni..."

Eva ketawa mendengar komen itu. "Apa salahnya pelik tu kan bagus."

Pintu lif terbuka tidak lama kemudian.

"Yalah...bagus. sebab kau orang berdua tu sepadan sangat."kata Harith sambil bawa Eva masuk ke dalam lif bersamanya.

"Kan..."setuju Eva.

"Menyampah."cebik Harith sebelum tersengih sendiri.

Pintu lif tertutup setelah Harith tekan butang untuk turun ke lobi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience