Rate

Bab 25 : Mr Famous Hotstuff!

Romance Completed 77102

"Ketua cuba la saya punya.."

"Saya punya...Saya punya. Dia punya tak sedap.

"Saya buat hand made. Fresh lagi tu. Saya punya saja."

"Hei..apa ni. Aku dulu yang bercakap dengan ketua, kenapa kau sibuk."

Leo yang dikerumuni staf-staf wanita didepannya, pandang mereka silih ganti dengan bingung. Sungguh!Dia langsung tak tahu apa yang sedang berlaku. Awalnya seorang saja yang dating menegurnya, sekali tu berduyun-duyun pula yang beratur di depannya.

"Apa main tolak-tolak ni!"

"Hei!"

"Kau ke tepi la."

"Kenapa aku pulak. Aku yang datang dulu tadi kan."

Mula dah mereka di situ bertolak-tolakan dan saling berasak depan Leo.

"Ladies. Please. Stop it!"minta Leo yang cuba nak tenangkan para wanita yang ada di depannya. Dia tak tahu pulak sampai macam ni sekali mereka akan berkelakuan demi dapatkan perhatian dia?Serius talk, dia tak berminat. Sebab dalam hati dia cuma ada Eva. Dan selamanya Eva. Beratur la wanita cantik mana. Kalau dah suka, benda lain dah tak nampak!

Sekali tu, dua dari mereka tertolak seorang dari staf wanita di situ dengan kuat sehingga menyebabkan staf wanita yang malang itupun jatuh terduduk betul-betul di depan sepasang kaki kurus bertumit tinggi tiga inci.

Dengan serentak semua kekecohan tadi menjadi tenang dan keadaan koridor itu menjadi senyap taktala semua mata yang ada di situ terarah pada wanita bersanggul dan mengenakan blaus biru gelap dan skirt pencil warna kelabu berdiri depan mereka.

Eva beri renungan judging pada lima orang wanita yang berdiri di depan Leo itu Bersama tangan bersilang dekat dada hatinya menggerutu jengkel. Dah buang tebiat apa perempuan-perempuan ni?Kandang zoo apa?Berebutkan lelaki dekat tempat umum macam ni?Tak tahu malu ke!?

"Dah selesai ke?"tanya Eva sewaktu kerling ke lelaki handsome berkemeja hitam lengan baju dilipat hingga ke siku di situ. Well..tak boleh nak cakap apa la...dah memang Leo handsome, sesiapa pun akan tergila-gilakan lelaki ni.

Tersengih senang Leo lepas Nampak Eva. "Hai...apa awak buat dekat tingkat ni?"tanya dia sambil jalan mendekati Eva.

Lima orang staf wanita di situ perhatikan langkah Leo dengan renungan tertanya-tanya. Dah kenapa pulak lelaki tu dekati Eva. Huh? Memangnya Leo pun ikut turut terpikat pada Eva juga ke macam staf lelaki dalam company ni!? Takkan la!Kenapa la Eva ni famous sangat!Habis semua orang sukakan PA bos mereka ni!

"I need to talk to you."kata Eva semasa pandang ke Leo yang jalan mendekati dia ketika itu.

"Sure why not."balas Leo sewaktu hulur tangan mahu memegang pinggang Eva, tapi Eva dengan cepat, memukul tangan tu dengan gulungan kertas yang dibawa bersama tadi.

"Hands on yourself please."pesan Eva sebelum pandang lima orang staf yang sedang memerhati belakang Leo macam nak telan lelaki ni hidup-hidup. "Ladies...back to you spot please."arahnya dengan nada formal dan authority.

Leo yang melihat sikap serius Eva tarik sengih tergodanya. Suka dia bila dia tengok Eva tunjuk sisi serius ni. Dia seluk tangannya ke dalam poket selepas itu.

"You mister. Follow me. Now."jeling Eva ke Leo pula. Menyampah dia! Dulu ke sekarang, lelaki ni tetap famous dan ramai peminatnya. Tanpa berlengah dia pun atur langkah ke tangga kecemasan di tingkat itu. Memandangkan tempat itu saja yang tiada CCTV, maka itu la lokasi perbincangan dia.

Seperti lembu di cucuk hidungnya, Leo ekori Eva tanpa berkata apa-apa.

Selepas berjalan buat seketika, akhirnya mereka berhenti di bawah anak tangga yang tersembunyi dari perhatian orang ramai. Berdiri saja di situ, Eva silangkan tangannya ke dada lalu bersandar pada besi pemegang tangga menghadap dinding kaca di memandang Leo.

"Boleh saya tahu kenapa awak buat keputusan tanpa bertanya saya terlebih dahulu?"tanya Eva dengan kening berkerutnya pada Leo.

Leo buat muka tak faham sambil tersengih nipis. "Apa yang awak sedang katakan ni?"

Haih!Buat tak ingat la pulak dia ni!Eva menjuling mata menyampah.

"Pertunangan kita la. Ibu saya call saya semalam dan maklumkan mengenai rancangan awak hendak teruskan perjodohan ni?Kenapa awak tak tanya saya mengenai hal ni sebelum beritahu pada ibu saya?"kepala Eva terlentok sedikit masa dia buat muka bengang.

Marah sungguh cik adik sorang ni?Leo keluarkan tangannya dari poket seluar setelah itu."Kan saya dah beritahu awak pada hari perjumpaan keluarga kita?"dia perlahan-lahan jalan dekati Eva.

Mata Eva ikut melirik pada pergerakan Leo. Hah!Nak buat apa tu!"Well..saya tak cakap apa-apa pun mengenainya. Setuju ataulun tidak. Saya tak beri kata putus pada awak langsung."lafaz Eva lagi dengan nada bengang yang dikawalnya.

Leo tersengih lagi. Kalau dia cakap Eva mesti akan bantah. Sebab itu dia tak cakap apa-apa
"Awak tahu...awak nampak hot bila marah macam ni?"dia menginding rapat ke Eva sebelum memegang rel besi yang ada di belakang Eva kedua-dua belah. Memagari Eva di situ.

Kepala Eva terundur ke belakang sikit bila jarak wajah Leo begitu hampir hingga buatkan hidung mereka hampir-hampir bersentuhan. Terus dia berkerut kening tak suka. "Saya memang tengah hot sekarang."beritahu dia dengan jujur. Dia tengah marah sekarang ni!

Sambil ketawa kecil, Leo dekatkan wajahnya depan muka Eva. "Kenapa?Awak tak nak saya berkahwin dengan awak ke?"

Eva pandang mata Leo lalu turun ke bibir lelaki tu. Macam mana dia nak Bersama dengan Leo, kalau hati dia tak rasa apa-apa terhadap Leo.
"No." balasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience