Rate

Bab 12 : Gosip!

Romance Completed 77102

"Ibu nak kamu balik malam ni ke rumah ibu. Ada sesuatu yang ibu mahu bincangkan pada kamu." beritahu suara dalam panggilan.

Eva yang sedang melihat menu dekat kaunter kafeteria company berkerut kening sewaktu mendengarnya. Nak makan apa ya tengah hari ni?"Ibu nak apa lagi dari Eva?"tanya dia dengan nada bersungut sebelum pandang ke barista bertugas didepannya. "Berikan saya set A ni ya." tunjuk dia pada menu di situ.

"Kalau ibu beritahu dalam panggilan ni sah-sah kamu takkan datang ke sini. Kalau kamu nak tahu pulang ke rumah ibu."

Barista itu kemudiannya angguk kepala faham sebelum gerak memulakan kerjanya. Meninggalkan Eva berdiri di depan kaunter tersebut.

"Hurm...yala. Tak payah beritahu Eva dah tahu apa yang ibu nak sampaikan."dia menjuling mata menyampah dengan realiti yang dia sedarkan sekarang ni. Ini lain tak bukan mesti nak jodohkan dia dengan entah siapa-siapa lagi la ni. Conform sangat!Bila la orang tuanya ni nak putus asa? "Sudah-sudah la tu Bu. Berapa kali Eva nak beritahu, selagi Eva masih bekerja dengan Tuan Harris, Eva tak boleh keluar dengan sesiapa."luahnya dengan letih. Susah betul bercakap dengan ibunya yang seorang ni. Nak berbuih mulut dia cakap benda yang sama berulang kali.

"Berhenti la kalau begitu. Sampai bila kamu nak bekerja dengan dia tak bercinta-cinta. Ibu ni dah tua hah!Teringin nak timang cucu. Nak tunggu kamu berhenti kerja memang ke laut la jawabnya."ngomel ibunya.

Panas telinga dengar. Ingat dia tak cuba ke. Tahu tak macam nak pecah otak je rasanya menghadap semua ni. Ibu dia pulak tak habis-habis, kahwin..kahwin! "Kan Eva dah beritahu Eva perlukan masa. Ingat Eva tak nak ke berhenti. Masalahnya sekarang Eva kerja ikat kontrak. Kalau Eva langgar kontrak dan berhenti macam tu je, masalah lagi."beritahunya dengan nada berserah.

"Ahh...sudah. Ibu tak mahu dengar apa-apa dari kamu. Malam ni ke rumah ibu. Titik!"

TUT!

Terus putus panggilannya.

Urgh!Stress!Nasib baik dia sayang dekat ibu dia ni. Kalau tidak lama dah dia hilangkan diri dan tukar identiti. Telefonnya diturunkan dari telinga sebelum kepalanya tertunduk letih ke bawah. Alasan apa pulak dia nak guna nanti?Ke dihantar bosnya balik dulu baru dia pergi rumah ibunya?Tapi pukul berapa pulak dia habis kerja?Aduh...pening kepala!

"Wei...kau ada dengar citer tak?"

"Citer?Citer apa?"

"Semalam aku nampak Eva dia masuk apartment sama dengan Tuan Harris."

"So?"

"So...kau tak terkejut ke?"

"Buat apa nak terkejut. Eva kan PA Tuan Harris."

"Masalahnya dia tak keluar-keluar. Kau tak pelik ke?"

Kepala Eva serta merta tersentak sebaik mendengar namanya diungkit. Dia kecilkan matanya sewaktu memasang telinga akan perbualan dua tiga orang staf wanita dan lelaki yang berdiri di belakangnya.

"Buat apa nak pelik...nama pun PA, selain jadi setiausaha...dia mungkin jadi 'peneman' untuk Tuan Harris.Yalah lelaki tu kan lumpuh. Mana la ada perempuan nakkan lelaki cacat macam dia tu?"

"Haha...kau ni tak baik tau."

"Tuan Harris tu kan lelaki...dia mesti la ada keperluan yang dia perlukan sebagai seorang lelaki..biar je la."

"Yalah kot...mungkin sebab tu Eva sampai sekarang tak dipecat-pecat dan masih berkerja dekat sini sebagai PA Tuan Harris kan?"

Terkesima dengan tudhan tidak berasas itu, Eva pandang ternganga ke barista yang muncul Bersama makanan yang dia order tadi. Nice timing! Tanpa berkata apa-apa, dia berpaling sambil pegang cawan plastic berisi smoothienya. Dasar mulut longkang!Suka hati je kan bergosip pasal orang lain tanpa asal usul bukti yang kukuh!

"Wah...seronoknya bergosip. Boleh join sekali tak?"senyum Eva dengan terpaksa setelah itu kepada mereka bertiga.

Terbeliak mata mereka bertiga!Seorang dari mereka melompat sedikit sebab terkejut melihat Eva berdiri di situ. Tak sangka pulak empunya nama ada di sini!

"Ha-ha, Eva.."

"Apa kau orang cakap tadi?"tanya Eva sambil pulas penutup cawan smoothienya. "Cacat?Peneman?Serendah tu ya kau orang anggap aku dengan Tuan Harris?"tanya dia dengan renungan tidak suka. Memandangkan dia tengah stress.Apa salahnya kalau dia lepaskan tantrumnya pada mereka?Kalau tertangkap sekalipun sama ada di buang kerja atau di gantung tugas, ianya bukan satu masalah bagi dia!

"Ah..tak bukan macam tu Eva, sa-"

SPLASH!

Pada masa itu la Eva lemparkan minumannya ke mereka bertiga dengan kuat lalu diikuti dengan suara jeritan kedengaran..

"Apa ni Eva!"marah staf wanita yang menuduh Eva perempuan murahan tadi.

"Buta?Tak Nampak apa aku buat?"soal Eva semasa dekati staf itu lalu mencekau kolar baju tu."Perempuan murahan?Kau ingat aku terdesak sangat ke?Kalau tak tahu cerita sebenar jangan cakap main sedap mulut je!"marah dia sambil goncang badan tu depan ke belakang.

"Lepaskan dia la!"gelut staf wanita kedua yang beritahu dia Nampak Eva masuk apartment Bersama Harris tadi.

Tidak pedulikan permintaan itu, Eva terus siku muka perempuan tu dengan lengan kanan dia.

Tercampak staf wanita itu ke belakang sambil pegang hidungnya.

Staf lelaki yang ada tadi sibuk tunduk membersihkan kemeja putihnya yang basah dengan air manis tadi.

"Arghh!Lepas la!"

"Tarik balik kata-kata kau tadi!"arah Eva sambil cengkam kuat kolar tu.

"Kyaaa!Hidung aku berdarah!"raung staf wanita kedua kemudiannya.

Habis riuh rendah kawasan cafeteria tersebut dengan suara mereka di situ. Dan tidak lama selepas itu beberapa orang staf dan mereka yang ada berdekatan bantu untuk leraikan pertelingkahan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience