Rate

Bab 24 : No!

Romance Completed 77102

"Saya tanya ni!Jangan mengelat boleh tak?"

"Lepas la...cakap tu cakap je la. Tak payah la berkasar macam ni."

"Harris tahu hal ni?"tanya Harith lagi yang tidak lepas dari memandang Eva.

Eva buat muka tak faham. Dia berkerut kening masa pandang Harith. Kenapa dengan bos dia? "Kenapa tuan Harris kena tahu?"tanya dia sambil bergelut nak lepaskan diri.

Harith kemudiannya menggeleng kepala tak mahu. "No. Awak tak boleh bertunang. Dan Harris tak boleh tahu pasal ni...he gonna breakdown so bad.."bisiknya di depan muka Eva.

"Hah?"Eva ternganga bingung. "Apa maksud tuan muda?"

"Bukannya mudah untuk dia bangun...saya tak boleh biarkan dia jatuh lagi. Please Eva. Jangan bertunang."minta Harith sambil memegang kedua-dua belah lengan Eva dan menggoncang sedikit badan itu. "Cukup la sekali saya tengok dia menderita dan sakit...jangan lagi sekali. He need you we all need you..."

Mata Eva gerak kanan dan kiri sewaktu melihat muka Harith yang berubah begitu drastic sekali. Dari marah ke risau, dari risau ke terdesak, dari terdesak kepada sedih. Dia yang perhatikan berpinar-pinar bingung. "Apa tuan muda merepekkan ni?"dia menggeliut mahu melepaskan diri. Hish!Rimas la!

"Harris perlukan awak Eva...dia perlukan awak di sisi dia. Kalau dia tahu awak Bersama dengan orang lain, ianya akan buatkan dia patah hati dan kecewa. Cukup la apa yang Sadie dah buat pada dia. Saya tak nak tengok dia jadi gila."jelas Harith dengan bersungguh.

Seriously?Apa yang Harith beria sangat nak beritahu dia. Memangnya bos dia perlukan dirinya sebab nak dijadikan sebagai punching bag dan tempat untuk lepaskan geram je. Dia pun ada life jugak! "Sampai bila saya perlu Bersama dengan dia?Saya dah nak masuk 30 tahun. Kawan-kawan sebaya saya dah ada anak dan suami. Takkan la hingga tua bangka saya jadi PA untuk Tuan Harris?"soalnya.

Harith hilang kata-kata sebaik mendengarnya. Dia dengan lemah menurunkan tangan dia dari lengan tu lalu berdiri tegak memandang wajah Eva. Ya, betul kata Eva. Sampai bila kan. Selfish la namanya kalau dia minta Eva Bersama dengan Harris membuta tuli macam tu je. Hilang semangat lepas degar semua itu, Harith tundukkan kepala sambil gosok belakang tengkuk. Apa yang dia perlu lakukan sekarang ni?

Bersama kening berkerutnya, Eva pandang kepala Harith sebelum mengusapnya dengan lembut. "Maafkan saya tuan muda. Kalau boleh saya sanggup terima semua permintaan tuan muda. Tapi desakan hidup buatkan saya ambil keputusan ni."beritahu dia dengan sedih. Dia tak tahu kenapa dia sedih, apa yang dia tahu, fikirannya hanya muncul wajah Harris saja. Rasa serba salah sangat!

Harith angkat kepalanya sebaik ia diusap Eva. "Kalau macam tu...tolong rahsiakan selama yang boleh. Dan bila tiba masanya, baru awak beritahu dia."mintanya dengan nada mengalah.

Dengan perlahan-lahan dia pun mengangguk kepala faham."Boleh saya tahu, kenapa tuan muda beritahu saya semua ni?"tanya Eva setelah itu.

Harith tersengih nipis kemudiannya. Eva ni...memang betul-betul tak tahu atau saja buat-buat tak tahu. "Awak nak tahu?"

"Ya."angguk Eva lagi.

Hela nafas pendek lepas dari hidung Harith sebelum bersuara. Dia tatap wajah bingung Eva dengan minat. Haih...Apa la dia nak buat dengan dua orang ni?Tidak abangnya, tidak Eva. Dua-dua sama dungu kerana tidak sedar yang mereka sebenarnya saling memerlukan. Dan sekarang dia tersepit antara dua orang ini."Rahsia."kata Harith sebelum cuit hujung hidung Eva dan bergerak pergi dari situ.

"Hei!!"Eva mengerutkan hidungnya sewaktu perhatikan langkah Harith pergi dari situ. "Mana adil macam tu!Tuan muda pasang telinga perbualan saya?Takkan itu pun tak boleh beritahu?"tanya dia sambil tu.

Tanpa berpaling, Harith hanya melambai tangan ke Eva sesaat sebelum dia meloloskan diri di pintu masuk dapur dan menghilang sebaik membelok ke kanan kemudiannya.

Berasa kesal kerana tidak dapat jawapan yang dia mahukan, Eva buat muka menyampah lalu menghentak kaki kegeraman. Adik ke abang, dua-dua sama. Menjengkelkan!

Urgh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience