Rate

Bab 35 : Candle Light kononnya!

Romance Completed 77102

Seperti tiada apa-apa yang berlaku, hari berjalan seperti biasa. Tiada lagi drama. Tiada lagi kehadiran Sadie ke syarikat menggangu ketenteraman syarikat dan jugak empunya syarikat.

Para pekerja tidak lagi berani hendak bergosip tentang perkara yang tak baik lepas Harris keluarkan kenyataan mengenai hukuman bagi sesiapa yang di dapati menyebarkan kata-kata tak baik mengenai mana-mana staf, ramai staf di situ mula sibukkan hal masing-masing.

Termasukla Eva dan Leo sendiri.

Sejak sesi makan malam dan makluman siapa teman lelaki Eva, Leo agak sibuk menguruskan beberapa projek dan kerap ke luar daerah untuk uruskan kerjanya.

Eva seperti biasalah. Dia sibuk dengan tugasnya sebagai PA Harris. Walaupun mereka sudah bergelas pasangan kekasih, sikap Harris pada Eva tiada bezanya. Masih sama jugak. Tidak sweet tidak mesra. Biasa-biasa je. Yang mana buatkan Eva kebingungan sendiri.

Harris pula sebagai orang kuat dan ketua, paling sibuk. Sekejap meeting, sekejap uruskan kontrak dengan klien, ada masanya dia terpaksa suruh Eva sendiri yang temui klien-klien untuk berurusan dengan.

Adalah sekejap tu Eva dan Harris luangkan masa untuk bertemu dengan ibu Eva. Yang mana berjalan dengan lancar tanpa masalah. Tanggapan negative Ibu Eva terhadap Harris serta merta berubah lepas Ibu Eva temui Harris dan berborak sedikit dengan lelaki itu. Yang mana selepas perjumpaan itu, Ibu Eva asyik minta Eva bawa Harris untuk pulang ke rumah makan sama-sama dengan mereka sekeluarga.

Dan selepas harungi hari yang berat, Harris ambil keputusan untuk bawa Eva makan dekat restoran tepi laut. Candle light dinner la kononnya. Tapi bukan waktu malam. Mereka pergi waktu siang. Masa nak makan tengah hari. Itupun lepas pulang dari temui klien di sebuah syarikat.

Seperti mahu patah pinggangnya, Eva terduduk dengan letih di kerusi itu. Sambil memejam mata melepaskan hela nafas lega, kakinya yang bertumit tinggi itu di pusing-pusingkan untuk direnggang. Lenguh kakinya satu hari ni. Ke sana sini menguruskan bisnes Harris. Lelaki ni senang la duduk dekat kerusi, gerak pun pakai roda. Tak guna otot. Jadi tak la penat mana.

"Penat?"tanya Harris selepas dia selamat parker di seberang meja bulat tu berhadapan dengan Eva.

Matanya pun di buka mendengar pertanyaan itu. "Did I look happy now?"soal Eva dengan muka kesalnya. Dia tanya lagi soalan obvious tu!Pelangkung kejap lagi, baru tahu!

Harris tersengih. "Order la apa kamu nak order. Saya belanja."ajunya semasa angkat tangan memanggil waiter.

"Of course la. tuan yang kena belanja takkan la saya kena bayar sendiri pulak. Boyfriend jenis apa yang biarkan kekasih dia support makan minum bila keluar bersama. Cuba la romantic sikit."cebik Eva sewaktu betulkan duduknya di kerusi itu.Sudah la dia tengah penat, makan panas hati dia bila Harris nak jengkelkan dia!Macam tak ada masa lain je!

Suka betul Eva ungkit soal tu dengan dia bila mereka berdua. Semua orang selalu sibuk katakana Eva ni ayu la cantik la. Infact, Eva ni tak ubah macam Budak-Budak sekolah. Sudah la clumsy, penakut lagi tu, bentak sikit dan mencebik-cebik bibir macam mulut itik! Kalau bila depan orang lain, bukan main lagi penyantun dan sopan orangnya. Pijak semut pun tak mati semut tu.

"Bukan saya tak nak jadi romantik. Saya cuma takut, kalau saya jadi romantik, kamu takkan dapat tanganinya Eva."beritahu Harris dengan serius.

Eva yang dengar pandang geram ke Harris. Ya la tu. ke memang tak pandai tunjuk romantik. Cover je lebih. Dia baru nak balas balik, tapi tak batal.

Pada masa itu la seorang pelayan datang menghampiri meja mereka. DIa berdiri di tepi itu memandang Harris. "Ya tuan. Boleh saya ambil pesanannya?"

Harris pandang ke Eva. "Order la dulu."

Eva pandang waiter dengan kening berkerut. "Beri apa saja yang sedap. Saya makan."

Waiter itu beri anggukan kecil. "Minuman?"

Eva baru nak buka mulut nak bersuara, tapi Harris mendahuluinya. "Berikan saja dia satu jag air kosong."beritahunya pada waiter.

Berasa tak percaya dengan pesanan itu, Eva buat muka lalu palingkan kepala ke dinding kaca yang betul-betul menghadap pemandang laut di sebelahnya. Baik tak payah suruh dia order tadi!Menyampah!

"Baik...tuan?"waiter itu pandang Harris pula.

"Saya tak apa-apa. Terima kasih."geleng Harris tidak mahu makan.

Setelah mengambil pesanan, waiter tersebut pun beredar.

Meninggalkan meja itu kepada suasana senyap yang selesa.

Eva termenung memandang ombak menghempas pantai dengan tangan bersilang dekat riba melalui dinding kaca di sebelahnya.

Harris pula cuci mata memandang wajah Eva yang sedang termenung itu. Dia diam beri ruang untuk Eva Tapi memandangkan dia tahu Eva sendiri penat kerana temankan dia ke hulu dan hilir tanpa henti satu hari ni, dia tunggu sampai Eva sendiri nak bercakap. Kesian dekat PAnya ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience