Rate

Bab 48 : Mintak Tolong

Romance Completed 77102

Seperti kanak-kanak riang baru dapat lollipop kegemaran, Eva dengan riang menyanyi kecil semasa jalan mendekati pintu lobi. Sesiapa yang melintasi dia di tegur dengan mesra. Hendak kongsi sama rasa happy yang sedang dirasainya.

"Hai Eva...seronok nampak?Nak ke mana tu?"tegur recieptionist depan kaunter tu.

Sambil berjalan sambil tu Eva berkata dan memandang ke arahnya. "Starbuck. Beli minuman untuk tuan Harris."beritahunya.

"Hati-hati..."pesan receiptionist itu dengan senyuman di bibir.

"Okay!"balas Eva sambil buat jari okay sebelum kembali memandang ke depan.
Namun begitu tak sempat dia nak tarik pintu kaca di depannya seseorang terlebih dahulu tolak pintu itu ke dalam. Hal tersebut buatkan Eva terpaksa undur ke belakang untuk beri laluan.

Dan bila orang itu berjalan masuk, orang itu berdiri di depan Eva dengan wajah sugul kesedihan.

"Cik Sadie."sapa Eva dengan muka terkejut. Lama dia tak nampak bekas tunang Harris di sini. Ingatkan dah give up terus. Apa yang wanita ni lakukan di sini? Jangan beritahu fia yang Sadie mahukan Harris semula!?

"Hai Eva."balas Sadie dengan senyuman nipis di bibir.

Eva menelan air liur gemuruhnya. Terus terbayang wajah Harris di dalam kepalanya. "Cik nak jumpa tuan Harris ke?"tanya dia dengan hati yang tak sedap. Dia tak suka rasa perasaan ni. Tak suka!

"Tak ada la. Saya datang nak menemui kamu Eva. Ada masa tak?"tanya Sadie dengan lemah lembut.

Eva buat muka tak faham. Jumpa dia? Kenapa? Sadie dah tahu ke mengenai relationship dia bersama Harris. Takkan la. Dia sedaya upaya cover supaya tak tertangkap.

"Ada."Eva angguk kepala tak pasti.

"Marilah kalau macam tu..."ajak Sadie sambil tu.

Tidak pasti apa yang dia perlu buat Eva hanya menurut permintaan itu.

Tidak lama kemudian, mereka berdua tiba di sebuah restoran berdekatan dengan syarikat Harris. Eva dan Sadie ambil tempat berdekatan dengan dinding kaca restoran itu dan order minuman sebelumnya. Setelah order tiba, baru la Sadie mula berbicara.

Dan perkara yang disampaikan oleh wanita itu benar-benar buatkan Eva tersentak. Dia terkejut selepas mendengar cerita yang disampaikan oleh Sadie. Soal Leo dan segala.kejadian yang menjadi punca kenapa mereka bercerai.

"Apa cik kata?"soal Eva dengan muka tercengang dia. Dia tak tahu yang Leo sanggup buat begitu terhadap Sadie. Rupanya selama ini Sadie hidup dengan menderita sekali.

Sadie kerutkan keningnya menahan diri dari menangis di situ.

"Sebab itu saya mahu kamu pujuk Harris supaya terima saya."ulang Sadie. "Saya tahu kamu adalah orang yang paling rapat dengan Harris. Jadi saya yakin dia pasti akan dengar kata-kata kamu."

Eva pegang jari jemarinya dengan resah sewaktu tatap wajah suram Sadie. Apa dia kena buat sekarang ni!?

"Please Eva. Saya dah tak ada banyak masa lagi."kata Sadie dengan mendatar. Dia dah berserah akan nasibnya berakhir bagaimana nanti. Namun dia takkan mengalah selagi Harris tidak memaafkan dirinya.

Huh? Tak banyak masa?

"Apa maksud cik?"tanya Eva sambil berkerut kening tidak sedap hati. Buatkan Sadie get back semula dengan Harris? Kerja gila apa tu! Dan semua tu sebab apa?Dia kasihan pada nasib Sadie?

Sadie tenung Eva dengan renungan kosongnya. Kalau boleh dia takkan beritahu Eva. Dia tidak mahu kelihatan pathetic. Tapi kalau dengan alasan ni boleh buatkan dia dekati Harris semula apa salahnya. "I'm dying Eva."beritahu dia. "Saya menghidap kanser rahim. Dan hanya tunggu masa saja."setelah itu dia tersenyum mengejek. Nampak sangat la kan dia ni pathetic!

Menahan nafas terkejut Eva dibuatnya. Dia tekup mulut sambil membutang mata dengan bulat ke Sadie. Kanser rahim?Oh my goodness!

"Semua orang dah tinggalkan saya Eva. Ibu saya. Ayah saya. Anak saya. Suami saya. No one will be at side. Jadi saya perlukan seseorang di sisi saya sebelum saya mati. Selain Harris, saya tak tahu pada siapa lagi saya perlu bersama sekarang ni." ujar Sadie dengan kening berkerut sedikit.

Perlahan-lahan Eva menurunkan tangannya ke bawah. Dia pandang tergamam ke Sadie. Masih belum sober dari terkejutnya tadi. "Kenapa Cik Sadie tak beritahu semua ni pada Tuan Harris sendiri?"

Sadie berdengus kecil sambil tersengih. "Sebab dia takkan percaya. Mungkin dia akan fikir saya buat semua ni untuk dapatkan perhatian dia."dia pandang Eva sambil mengetap gigi. Hendak elak dirinya dari menangis di situ.

Kepalanya ditundukkan ke bawah sewaktu jarinya dimainkan kerana resah.

"Saya tak tahu sama ada saya boleh lakukannya atau tidak Cik Sadie."beritahu Eva dengan lirih. Mana mungkin la dia nak beritahu Harris semua ni. Suruh lelaki tu putuskan hubungan mereka demi tunaikan permintaan terakhir Sadie. Harris pasti akan bersedih! Apa lagi dia nanti!

Sadie sondongkan sikit badannya ke depan lalu merayu."Tolonglah saya kali ini saja. Ini permintaan terakhir saya. Pujuk Harris supaya menerima saya. Saya janji kali ni saya akan tinggalkan tempat ini buat selamanya dan tidak akan menggangu hidup sesiapa lagi."

Sedaya upaya menahan diri untuk tidak mengatakan bahawa dia dan Harris bersama, Eva dengan akur mengangguk kepalanya dengan perlahan. "Saya cuba."

Sadie tarik senyuman lega di bibir. "Terima kasih Eva."

Air dalam gelasnya ditenung Eva dengan renungan kosong.

Share this novel

esther marcus
2020-10-20 19:37:51 

eva2...no...jangan ikut kat sadie tu...apa2 pun..haris kna bg jwpn no jg...huhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience