Rate

Bab 45 : Tantrum

Romance Completed 77102

Sebulan kemudian

Siapa cakap jadi kekasih kepada bos sendiri bawa tuah?

Hah?

Siapa orang tu?

Datang sini!

Berani-berani buat statement tu eh!

Mana ada!

Dalam mimpi je la jawabnya!

Kekasih ke tidak, sama je bagi dia. Hah!Bos dia ni masih sama. Buat perangai bossy dengan dia macam tiada apa-apa berlaku antara mereka. Macam tak percaya je lelaki depannya ini adalah teman lelakinya sekarang.

"Macam mana boleh salah email?Kan saya dah beritahu buat double check sebelum hantar?Dan tengok sekarang..habis tak pasal-pasal dua syarikat ni marahkan saya sebab detail yang kamu berikan tertukar.."bebel Harris sambil tunding jari ke skrin ipad.

"Kan saya beritahu saya tak perasan. Bukannya sengaja."beritahu Eva.

"Menjawab ke?"

Eva mencebik bibir menyampah. "Maaf."ucapnya serta merta.

"Mana fail akaun yang saya minta kamu sediakan?Dah ada belum?"soal Harris perkara lain pula.

"Akauntan belum berikan pada saya."beritahu Eva.

"Belum bagi?Kenapa tak mintak?Kalau kamu tunggu dia yang beri memang sampai ke sudah la tak dapat. Kalau kerja tu buat betul-betul boleh tak?"

Eva pandang geram ke Harris. Apa lelaki ni cakap?Berani betul!Marah-marahkan dia. Ingat dia ni tunggul apa tak ada hati perasaan nak rasa marah dan sedih. Okay!Kalau macam ni la gayanya. Dia akan cakap dia akan berhenti. Mesti bos dia takkan marah dia lagi.

"Ya sudah!Berhenti kan saya dan cari orang lain!Saya pun tak nak la kerja dengan tuan ni. Dah la bossy!Kuat complaint. Itu salah ini salah. itu tak puas hati. Ini tak puas hati. Ingat saya ni apa?mesin?hah?Alber Einstein. Yang boleh perfect sepanjang masa?"luahnya dengan marah sambil tunding jari ke permukaan meja tu.

Harris berkerut kening sewaktu memerhati tantrum Eva.

"Bukan salah saya email tu di salah hantar. Saya dah check lebih dari lima kali. Tuan yang tak check sebelum serahkan kepada saya detail tu. Bukan salah saya kalau akauntan tak berikan akaun tu pada saya walaupun enam kali berturut-turut saya call supaya hantarkannya kepada saya. Bukan salah saya kalau mood tuan grumpy hari ni!"lafaz Eva dengan sekali nafas. Setelah itu nafasnya naik turun menahan sabar. Geram betul dia!

Tidak terkesan dengan semua itu, Harris lentokkan sedikit kepalanya semasa pandang muka berang Eva."Dah habis?"tanya dia dengan nada tenang.

"Hah?"Eva pandang tak faham ke Harris. Apa yang dah habis?Keningnya terangkat tinggi.

"Tantrum kamu tu?"soal Harris semasa meletakkan pen dia ke meja lalu sandar rehat ke belakang.

Mata Eva gerak kanan dan kirinya cuba mencari sesuatu sebelum tersedar apa maksud tantrum tu. "Haish...seriously?"soalnya. Harris sengaja nak sakitkan hati dia?Lagi sekali?

Harris tersengih.Gotcha! "Dah okay belum?"tanya dia dengan bersahaja. Tidak kedengaran jengkel seperti tadi. Dia sengaja je. Lama tak bertekak dengan Eva. Rasanya dalam seminggu ni, baru hari ni agaknya dia dengar Eva membebel. Hari sebelum ni, banyak bercerita adalah.

"Apa tadi tu?Tuan dah hilang akal?Saja nak annoyingkan saya?"Eva pandang tak percaya ke Harris. Lelaki buang tebiat!

"What...seronok apa kalau gaduh sekali sekala. Bukannya kamu tak biasa."seloroh Harris dengan sengih meleret jahatnya. "Lagipun kamu tak buat salah pun. Email yang kamu hantar tu tak ada silapnya. Dan akaun tu dah sampai dekat saya pun."beritahunya lagi.

Mulut Eva tergantung jatuh kebawah kerana tergamam. Awesome!Bertuahnya dia dapat teman lelaki yang sukakan pertengkaran dari bersikap harmoni antara satu sama lain. "Jadi tuan cuma.."

"Yup...I just wanna try annoying you my dear.." ucap Harris dengan nada menggoda yang di buat-buat.

Eva mencekak pinggang lalu berdengus tak percaya. Dasar manusia menyakitkan hati. "Jangan cakap dengan saya lepas ni. Apa tuan nak tuan dapatkannya sendiri. Saya takkan hiraukan tuan."ujarnya sebelum berpaling dari situ. Lantak situ.

Melihat langkah protes Eva, Harris tersengih. "Kalau macam tu tak dapat la keluar tengok movie favourite kamu tu hari ni."keluhnya dengan nada kecewa yang dibuat-buat.

Eva terus berhenti dari berjalan. Dia membutang mata bulat. Apa?Movie favourite dia?Dengan laju Eva berpaling semula ke Harris dan jalan laju ke meja kerja Harris. "Serius?"soalnya dengan teruja. Terus lupa marahnya tadi.

"Ya.."balas Harris acuh tak acuh.

"Call.Saya pergi. Jom pergi."angguk Eva dengan laju.

"Lah tadi kata tak nak cakap dengan saya?"sakat Harris lagi.

Eva lambai tangan tak kisah di depan mukanya. "Tak apa. Merajuk lain kali. Movie apa tu?"

"Nak pergi ke?"tanya Harris sambil jungkit kening ke Eva.

"Mesti la nak"sambut Eva dengan teruja.

"Kalau macam tu tolong saya siapkan agreement ni dulu sementara saya check akaun."

"Okay bos!"sambut Eva yang kemudiannya jalan keliling meja tu dan berdiri di sebelah Harris tidak lama kemudian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience