Rate

Bab 33 : Ex Reunion

Romance Completed 77102

"Apa yang you buat dekat sini?"tanya Sadie dengan renungan tak suka dia pada Leo.

"Patutnya aku yang tanya kau, kenapa kau menyemak dekat sini?"balas Leo dengan kening berkerut benci.

Mata Sadie naik turun perhatikan bekas suaminya. Makin handsome pulak dia tengok. Hari tu tak ada la bergaya macam ni. "Suka hati I la apa I nak buat dekat sini. Yang pasti bukan urusan you, Dan I ke sini bukan sebab you!"cebiknya dengan menyampah sebelum silangkan tangan ke dada.

Leo kecilkan mata. Dia pandang curiga ke Sadie. Ini mesti sebab nak jumpa dengan kekasih lama perempuan ni kan! Dasar perempuan muka tembok!Tak tahu malu ke! Dah ludah nak jilat balik!"Kau datang sini sebab nak jumpa kekasih lumpuh kau tu ke?"soal dia sebelum Tarik sengih mengejek. "Dah terdesak sangat?Duit dalam poket tu dah menipis sampai sanggup merangkak datang cari kekasih lama semula?"

"Hei!"bentak Sadie serta merta. "Sebab siapa I jadi macam ni hah! Kalau bukan disebabkan you...lelaki penyangak yang dah kenakan saman beribu dekat I semata anak yang gugur!You punca semua ni!"

Berketik rahang Leo taktala urat belirat pada pelipisnya timbul di permukaan kulit. "Kalau bukan kau yang jenis pentingkan diri dan tak pandai jaga kandungan, anak dalam kandungan tu takkan gugur...aku takkan ceraikan kau!Dan saman tu takkan berlaku!"jerkah Leo pula sampai bergema suara tu dekat kawasan parker bawah tanah tersebut.

Terkedu mendengar bentakan Leo, Sadie pandang tak berkedip ke Leo. Yalah...semuanya salah dia. Kalau bukan disebabkan Leo asyik ke hulu hilir bertukat wanita dan pinggirkan dia. Semua ni takkan terjadi. Dia takkan tertekan hingga alami keguguran. Kalau Leo lebih prihatin pada dia,dia takkan bencikan Leo dan bersikap seperti ni!

"Yalah..you tahunya salahkan I je. You tu apa kurangnya. Suami konon! Suami kepala otak you! Selama kita berkahwin you tak pernah jalankan tanggungjawab you dengan baik sebagai ketua keluarga. Balik-baliknya I yang tolong libatkan diri dalam keluarga you tu. Sementara you?You buat apa I tanya. Tak...you tak buat apa-apa. Apa yang tahu buat, pergi kerja, pergi kelab, habiskan masa dengan perempuan dekat luar sana, balik rumah marah-marah. Salah I aje yang you Nampak kan!"luah Sadie selantang yang boleh. Dia tak peduli kalau ada yang dengar.

Hidung Leo kembang kempis menahan sabar. Dia pandang Sadie dengan renungan mencerun marahnya. "Sebab aku tak pernah cintakan kau!Sebab aku tak pernah dapat terima kau dalam hidup aku. Sebab aku bencikan mama aku yang dah ubah aku jadi lelaki tak guna macam ni. Aku nak kau berhambus dari sini dan jangan tunjuk muka kau dekat aku apa lagi ke syarikat ni!"Leo tunding jari ke belakang Sadie setelah itu.

"Salah I?"soal Sadie sambal tunding jari ke dada sendiri.

Leo tidak menjawab. Dia hanya diam memandang tak suka pada Sadie.

Perlahan-lahan mata Sadie berkaca. Dia pandang kecewa ke Leo. "Selamanya you akan bersendirian Leo. Dari awal lagi hidup you akan bersendirian. Sekalipun you cari kekasih lama yang you tinggalkan tu, dia takkan terima you semula. Sama ada dia tahu siapa you yang sebenarnya atau tidak. Sebab apa?Sebab apa you buat dekat orang, ianya akan datang semula pada you!Karma is a bitch you know!"beritahu dia dengan sekali nafas sebelum selak rambut panjangnya ke belakang bahu dan berlalu ke arah keretanya. Meninggalkan Leo dekat belakang sendiri.

Leo perhatikan keberangkatan Sadie dari situ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience