Rate

Bab 11 : Atasan Baru!

Romance Completed 77102

Hujung pen di gigit.

Kaki kanan bergoncang tidak tenang.

Mata terarah pada pintu pejabat yang ada di depannya!

Hampir tiga hari!

Okay!

Tiga hari dia tunggu respon!

Tapi tidak!

Nadaa!

Tiada notis pemberitahuan. Tiada reaksi. Tiada jawapan!

Gosh!This given her antsy!

Seakan menunggu bulan jatuh ke riba je rasanya.

Lelaki bernama Harris tu tak beri sebarang feedback mengenai surat perletakkan jawatan yang dia berikan. Adakah bos dia lupa mengenai hal tu?Heih...takkan la. Susah payah dia tunjuk tantrum malam tu. Takkan bos dia tak marahkan dia?Dia tak boleh buat perkara yang sama lagi macam hari tu! Keberanian dia dah terkubur lama!

Malah Harris buat tak tahu je beberapa hari ni dengan kehadiran Eva. Lelaki tu hanya bercakap bila perlu. Soal kerja atau perlukan apa. Setelah itu pandang dia tidak, hiraukan pertanyaan dia atau katakaa sesuatu mengenai perletakkan jawatan dia lagi la. Hampeh! Lelaki tu buat macam dia tak wujud dekat situ!

Kring!

Kring!

Melompat terkejut dengan bunyi deringan telefon pejabatnya, Eva pantas palingkan kepala ke telefon lalu capai gagang telefon tersebut lantas di lekap ke telinga kanannya. "Hello. pejabat Harris. Boleh saya bantu?"sapanya dengan nada formality.

"Eva...maklumkan kepada Tuan Harris, calon Creative Director baru sudahpun tiba."maklum receiptionist dalam panggilan itu.

Kening Eva berkerut?Dah ada pengganti? Cepat betul?Kalau macam tu patutnya dia pun dah ada pengganti sekarang ni! "Baik. Akan saya maklumkan kepada beliau nanti. Arahkan dia untuk naik berjumpa dengan Tuan Harris." beritahu dia.

"Baik."

Setelah itu Eva letakkan gagang telefon. Dia duduk termenung memandang not pad yang tertampal di tepi monitornya. Banyak dan bertimbun-timbun!Melihatkan semua kerja yang dia kena uruskan ni buatkan hatinya berdenyut sakit!Geram betul!

Bengang dan jengkel, Eva pukul permukaan mejanya sewaktu bangun dari situ. Masa untuk berhadapan dengan bos menyakitkan hatinya pula. Renungan tajam dan mencerlung terarah pada pintu pejabat tu. Dia tak boleh tunggu lama lagi. Kalau Harris tak nak hiraukan dia. Dia akan bercakap dengan lelaki tu sampai lelaki tu fed up dan akur dengan keputusan dia!

Ya!

Itu dia!

Dengan bersemangat Eva keluar dari belakang mejanya. Namun baru tiga langkah dia berjalan, pintu lif dekat sebelah kanan koridor tiba-tiba berbunyi lalu terbuka. Dia yang dengar pun berhenti dari melangkah untuk berpaling.

Perlahan-lahan, seperti pergerakan slow motion, mata Eva terbuka luas sebelum keningnya terangjat tinggi!

WHAT!

THE!

HECK!

Ternganga luas mulut Eva lepas tengok orang yang berjalan keluar dari pintu lif tu. Kalau rahang dia boleh jatuh, lama dah ia jatuh menyapu lantai sekarang ni! Pergh! Terperanjat sangat sampai nak meletup rasanya jantung dia sekarang ni! Dugaan apa pulak ni?

Apa yang tengah berlaku sekarang ni?Dia bermimpi lagi ke?Matanya dikedip laju.

Seperti model baru keluar dari majalah, Leo jalan mendekati dimana Eva berada. Senyuman yakin terukir meleret di bibir itu. Dia berjalan dan berjalan sehingga la tiba di depan Eva yang sedang memandang dia seperti baru melihat hantu. Tak sangka dia dapat temui Eva di sini.

"Selamat pagi."ucap Leo setelah itu.

Eva terus tekap mulut dengan tangan kanannya kerana terkejut yang amat sangat. Dia bukan mimpi!Leo memang ada dekat depan mata dia la! Matanya naik turun memandang susuk lampai Leo. Nak pastikan apa yang dia Nampak adalah real bukan ilusi. Nak yakin punya pasal, dia cucuk dada tu dengan jarinya. Dan bila dia dapat rasa, dengan takut Eva cepat-cepat tarik jarinya menjauh.

"What the hell!Apa awak buat dekat sini Leo?" tanya Eva sambil turunkan tangan dari mulut.

"Creative Director. Saya datang untuk itu." beritahu Leo dengan kedua-dua tangan dalam poket seluar dan senyuman yakinnya.

Keningnya mencerlung tak suka."Adakah awak ekori saya ke sini?"bisik Eva dengan renungan curiganya ke Leo. "Kalau ini soal hal tempoh hari yang awak tanyakan, saya-"

Tidak semena Leo ketawa kecil. Lalu dia menggeleng kepala. "Bukan. Saya tak tahu awak berkerja di sini pun. Saya dapat tawaran ni beberapa hari lepas untuk mengantikan tempat ini saja. Sungguh, saya senang dapat bertemu awak semula di sini Eva."

Mata Eva menjegil bulat. DIa jauhkan dirinya sedikit dari Leo. Tak pasal-pasal ex-boyfriend dia jadi atasan barunya! Haish!

"Boleh saya bertemu dengan Tuan Harris sekarang?"tanya Leo kepada Eva.

Tersentak dengan soalan itu, Eva pandang ke Leo lalu mengangguk kepala. "Silakan. Dia ada di dalam."ajunya semasa tunjuk pintu pejabat. Elok sangat la semua ni!

"Terima kasih."ucap Leo sebelum beri senyuman nipis di bibir ke Eva.

Eva tidak membalasnya. Dia beri ketukan pada pintu itu sebelum membukanya untuk Leo masuk. Dan sewaktu lelaki itu berjalan masuk, Eva pandang akan langkah lelaki itu sebelum terpandang Harris yang sedang memandang ke arah pintu tersebut lalu ke dia beralih ke Leo.

Jangan Leo cakap yang bukan-bukan sudah!

Tidak mahu ada kaitan dengan urusan mereka berdua, Eva tutup pintu itu lalu kembali ke mejanya semula dengan muka devastated dia. Dan sekarang semakin membuak-buak dia mahu berhenti kerja!Urgh!Kesal dengan apa yang sedang berlaku, Eva jatuhkan kepalanya di atas meja itu nak menangis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience