Rate

Bab 13 : Kontrak Baru.

Romance Completed 77102

Dia tak faham.

Sejak hari pertama dia temui pekerjanya ini, sehingga la sekarang. Dia tak pernah faham macam mana wanita depaannya ini berfikir. Sekejap begitu sekejap begini. Kadang-kadang berani, sekejap macam teletubies, sekejap macam orang matang. Dan sekarang...buat perangai macam Budak sekolah pulak.

Bergaduh depan orang ramai. Tarik rambut dan terpekik-pekik macam rebutkan suami.Apa nak jadi dengan PA dia ni?

"Kamu nak diam sampai bila Eva?"tanya Harris sewaktu pandang wanita yang dalam keadaan compang camping dan comot dengan kesan gincu terpalit keluar dari bibir ke pipi.

Kepala Eva masih tertunduk ke bawah, Tangan dia ada di depan perut. Jarinya terkutil-kutil hujung kuku. Bibirnya pula tercebik-cebik memberontak.

"Fine. Berdiri la dekat situ sampai bila-bila. Selagi kamu tak jelaskan saya apa alasanya kamu serang staf dari jabatan marketing dan product. Berdiri la kamu di situ."ujar Harris sebelum kembali memandang skrin computer. Membalas email yang diberikan oleh para klien dan shareholder syarikat.

Ini bukan kali pertama Eva buat perangai. Baru dua minggu lepas, masa majlis makan malam di majlis charity keluarga Harris. Eva telah tolak seorang tetamu wanita di situ jatuh ke dalam kolam renang yang ada di situ. Habis terpekik terlolong tetamu wanita tu. Dan puncanya sampai sekarang tidak diketahui.

"Saya nak berhenti."jawab Eva tidak lama kemudian. Kepalanya masih tertunduk pandang ke lantai.

Harris palingkan kepalanya ke Eva sambil mengangkat kening. "So sebab ni kamu buat perangai childish kamu?Supaya saya pecat kamu?"tanya dia dengan nada tak percaya.

Barulah Eva angkat kepala dia. Bukan itu sebabnya. Dia kerjakan mangkuk Ayun mulut longkang tadi sebab dia orang hina bosnya. Memang la dia tak suka bos dia, tapi sekurangnya tak ada la dia kutuk dan hina bos dia seperti yang dia orang katakan tadi. Lagipun dia nak lepaskan perasaan dia sekali. Itu la. "Kalau saya kata ya, tuan akan pecat saya ke?"tanya dia dengan kening berkerut.

Harris buat muka. Dia ketap bibirnya kerana berasa jengkel. "Berapa kali saya beritahu, saya takkan benarkan kamu letak jawatan apa lagi pecat kamu?Tak faham-faham Bahasa ke?Nak saya cakap Bahasa Perancis baru kamu reti?"ujarnya dengan renungan rimas.

"Tapi kenapa?"soal Eva dengan nada merengek.

"Yang kamu tu kenapa nak berhenti?"soal Harris pula.

Aik!Ditanya balik?Eva buat muka kesalnya. "Saya stress tahu tak. Tuan tak izinkan saya berhenti. Tapi tuan buat perangai macam nak suruh saya berhenti?Apa sebenarnya tuan nakkan ni?Nak saya stay atau nak saya berhambus?"

Harris terdiam sekejap. Dia pandang Eva tidak berkedip sebaik soalan itu menyapa gegendang telinganya. Ya tak ya?Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia nak Eva stay sedangkan dia asyik sakit hati je bila pandang muka PAnya ni.

"Ahh...lantak situ. Saya nak berhenti jugak. Cukup bulan ni saya keluar. Tuan izinkan atau tidak. Saya tak nak tunggu lagi. Kalau nak saman ke apa ke buat la apa tuan nak. Saya bayar. Jumpa dekat mahkamah ke apa ke nanti."Eva berpaling dari situ hendak ke arah pintu. Sakit kepala dia bercakap dengan bosnnya ni!

"Eva, tunggu."minta Harris serta merta.

Eva pun berpaling la dengan malas, dia pandang tak berminat ke Harris. "Apa lagi?"soalnya.

"Kita renew kontrak kalau macam tu. Dengan syarat kamu tidak boleh berhenti kerja sebagai PA saya."aju Harris tak pasal-pasal.

"Hah?"dengan susah payah Eva telan air liur turun dari tekaknya. "Renew?"soalnya dengan muka kengerian. Alahai...memandai betul bosnya ni. Elok dia nak lepas dari tekanan, lelaki ni mahu menambahkan lagi?Memang sah!Bos dia ni dah tak betul! "Nak renew apa lagi?Ibu saya dah bising la. Dia desak saya suruh berhenti sebab nak saya berkahwin. Memangnya dekat kontrak baru tu tuan izinkan saya bercinta dan berkahwin ke?"

Kali ni giliran Harris pula berkerut kening. "Hah?"

Eva mengerang kejengkelan sewaktu mejuling mata ke atas. Gosh!Dia dah terlepas cakap pulak!

"Jadi alasan sebenar kamu hendak berhenti sebab ibu kamu yang minta supaya dapat kahwinkan kamu?"tanya Harris dengan muka tak percaya dan kening mencerlung.

Mulut dia ni pun satu!Tak boleh nak tutup betul!

Alang-alang dah terlepas. Baiknya dia teruskan saja. Mana tahu kan bos dia mengalah. "Ya. Selama lima tahun saya berkerja dengan tuan,Tak pernah sekalipun. Okay....sekalipun saya tak pernah keluar dating dengan mana-mana lelaki atau berhibur. Jadi kali ni saya ambil keputusan untuk berhenti supaya dapat jalani kehidupan saya dengan normal. Iaitu bercinta. Berkahwin. Dan berhibur. Bukan hadap kepala angin tuan yang sekejap pasang sekejap surut macam air laut."

Tak terkata Harris selepas itu, Dia pandang tergamam ke Eva. Dah lima tahun?Selama tu Eva bekerja dengan dia?

Eva perhatikan reaksi yang diberikan oleh Harris. Lah...yang terkejut sangat tu kenapa?Takkan la bos dia baru sedar?Serius?Lelaki ni ada isu betul tentang empati dan simpati la....."Tuan.."panggilnya.

Harris tersentak lalu kedipkan matanya beberapa kali sebelum berdehem. "Kalau macam tu kita sertakan semua itu dalam kontrak baru kamu."

Tak habis lagi ke?Eva buat muka tercengang dia. Nak banding degil ibunya dengan Harris ni, dua orang manusia ni sama-sama tanding. Dua kali lima tiada bezanya! "Seriously?After what I said just now. You still think about the contract?" tanya dia dengan terkejut.

"Kenapa?Kamu nak ubah jugak syaratnya?"soal Harris blur-blur.

Oh my gosh!Eva tepuk dahinya tak terkata. Apa la nasib dia dapat bos macam Harris ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience