Rate

Bab 38 : Kesayangan.

Romance Completed 77102

"Baik"balas Harris semasa memegang gagang telefon di telinga kanan. Mendengar pemanggil memberitahu dia sesuatu. Yang mana buat kali ke berapa dia tak tahu nak cakap apa lagi. "Terima kasih beritahu.."

Knock!

Knock!

Pada masa itu la pintu pejabatnya terbuka.

Harris pandang ke arah orang yang berjalan masuk ke ruangannya sambil meletakkan gagang telefon ke bawah. Lalu dia letakkan tangan ke atas meja memandang empunya berita yang baru saja disampaikan kepada dia.

"Maaf lewat."senyum Eva dengan terpaksa semasa meletakkan dokumen yang Harris minta untuk dia dapatkan dari ruang arkib tadi. "Something catching me up."

"Dan apa benda tu?"Harris kerling ke fail biru yang sepertinya sudah renyuk di depannya sekejap sebelum pandang judging ke Eva.

"Nothing."tipu Eva sambil meletakkan tangan ke belakang badan. Memang tak la dia nak beritahu. Kalau Harris tahu, bernanah telinga dia sekejap lagi. Harris ni kalau dah mula membebel bukannya reti nak berhenti. Kalah ibu dia sendiri.

BAM!

Tidak sabar dengan sikap suka menipu Eva, Harris pukul permukaan meja tu lantas buat muka seriusnya.

Melompat bahu Eva kerana tersentak. Dia telan air liur takutnya sewaktu pandang Harris. "Kenapa tuan?"soal dia yang cuba buat muka tak bersalah. Sebab memang dia tak buat salah pun.

Harris pandang tak percaya ke Eva sewaktu berkerut kening marah.

"Seriously?Kamu ingat tempat kerja kamu ni gelangang gusti ke?Hah?Memangnya sesiapa saja yang lintas dekat depan kamu tu kamu akan belasah??"soal Harris sambil tunding jari ke permukaan meja. "Eva. Behave sikit. Kamu tu perempuan. Bukanya lelaki. Bukan samseng. Apa kata orang kalau kamu ke hulu hilir memukul orang tanpa sebab."marahnya sampai tegang urat leher di buatnya.

Mendengar suara bentakan itu Eva terus tundukkan kepalanya ke bawah sambil mengetap bibir. Alah...macam mana boleh kantoi ni. Aish!Siapa aje la yang mulut tempayan sangat ni sampaikan pada Harris?

"Nak saya cakap dengan kamu berapa?Hari tu staf...ini ketua jabatan yang kamu lempuk. Memangnya Leo buat apa sampai kamu nak pukul dia macam tu sekali?Hah?"Harris tersandar ke belakang selepas itu. Pening betul kepala dia dengan wanita yang seorang ni.

Bukan dia yang mulakan dulu. Dah Leo yang mintak dulu. Lelaki tak faham Bahasa tu sendiri yang kutuk Harris. Dia tak boleh biarkan Leo sesuka hati mengutuk bosnya. Cuma dia je yang boleh kutuk. Orang lain. No way in hell!Sentuh pun tak boleh!

"Kalau dia berhenti kamu nak bertanggungjawab terhadap kerugian syarikat kita ni ke?Kamu tahu tak Leo tu siapa dalam syarikat ni?"soal Harris lagi. Ya Tuhan, kuatkan la hati dia ni untuk tahan sabar dengan Eva ni.

Kepala Eva tersentak memandang ke depan. "Memangnya dia siapa dalam syarikat ni?"soalnya dengan selamba.

"Dia adalah seorang dari pelabur dalam syarikat ni. Dan kamu dengan perangai bijak kamu tu telah buatkan dia cedera. Dalam sehari tu kan kalau tak timbulkan masalah tak boleh agaknya?"bebel Harris lagi.

"Apa?"Eva membutang mata dengan luas kerana terkejut. Pelabur?Maksudnya Leo adalah atasan dia seperti Harris?Sebab itu Leo cakap macam tu dekat dia tadi?Sama Taraf dengan Harris?Hish!Kacau betul la semua ni.

Tengok la...tengok!APa dia nak buat dengan Eva ni. Kenapa la Eva boleh buat perangai tak peka macam ni?Suka buat hal melulu tanpa berfikir dua kali sebelum bertindak!"Sekarang beritahu saya...apa sebabnya kamu pukul dia dalam lif tadi?Dia buat apa?Kamu takkan buat sesuatu tanpa sebab kan?" tanya Harris.

Eva gigit bawah bibirnya lalu pandang ke Harris dengan teragak-agak. "Dia tahu yang saya cuma guna nama tuan sebagai alasan untuk lari dari pertunangan dia.Dia cakap yang kita ni bukan pasangan kekasih yang real. Dan dia marah sebab saya pilih tuan bukannya dia yang cukup sifat tu...saya suruh la dia mintak maaf. Tapi dia tak nak.saya pun apa lagi, dah jengkel saya pun pukul la dia.Padan muka."beritahu dia sebelum mencebik bibir tak suka.

Hela pendek lepas dari mulut Harris setelah dia mendengar penjelasan itu. "Eva...Eva...apa saya nak cakapkan dengan kamu ni?Hah?Kamu nak berhenti sangat ke?"tanya dia dengan muka mengalah. Tak kuasa nak marah-marah lagi.

"Tak adalah...saya cuma nak pertahankan nama baik tuan itu je. Tuan patutnya berterima kasih dengan saya. Bukan tahunya membebel dan memarahi saya macam ni...bukan senang tahu dapat pekerja baik dan setia macam saya ni. Nanti saya tak ada...tak ada siapa akan pertahankan tuan bila ada yang mengata pasal kondisi tuan ni.."bidas Eva dengan bersungguh.

Geram melihat Eva yang sikit pun tak makan saman itu, Harris capai fail yang Eva berikan kepadanya tadi lalu di lemparkan ke Eva.

Terbiasa dengan keadaan itu, Eva cuba gerak sedikit sahaja untuk mengelak akan fail itu. Yang mana sikit pun tak hampir dengan dia.

"Menjawab. Itu je la tahunya. Menjawab!"marah Harris setelah itu.

Mentol idea muncul dalam mindanya setelah itu. Baru dia teringat!Ahaks!"Tuan jangan la marah. Saya kan teman wanita tuan tak kesian ke dekat saya." kata Eva yang cuba nak selamatkan dirinya dari situasi amuk Harris. Garang betul la bos dia ni!

"Ya...itu kalau dekat luar waktu kerja. Kalau waktu kerja kamu tu adalah PA saya, dan saya adalah tuan kamu. Take note dalam kepala kamu tu!"tegas Harris dengan jengkel. Kecik besar dia tengok Eva ni! "Sekarang kutip fail tu semula. Berikannya kepada saya dan kamu keluar!"

"Baik."balas Eva sambil pandang menyampah ke Harris sebelum gerak ke arah lantai dimana fail yang dibaling tadi berada. Setelah tiba, dia bongkok lalu mengutip fail tersebut sebelum dekati meja Harris. Dan sewaktu dia mahu letakkan fail itu, dia pandang sekejap ke Harris yang sedang berkerut kening memandang skrin monitor. "Tuan...ada sesuatu yang saya nak berikan ni."

"Apa lagi.."balas Harris dengan grumpy.

"Pandang la..."minta Eva lagi.

"Urgh!What is it?"deram Harris semasa palingkan kepala memandang Eva di depan meja.

"Sekejap ya..."Eva seluk tangan ke dalam poket kot yang dipakainya mencari sesuatu. "Mana ya...tadi ada."kata dia sambil berkerut-kerut muka.

Harris pandang dengan muka bengang dia ke Eva semasa memerhati tingkahnya. Dia sabarkan je hatinya yang sedang mendidih marah saat ini.

"Hah...ada pun!"Eva buat muka penuh teruja dia lalu keluarkan tangannya dari poket sebelum tunjuk finger heart pada Harris sambil tersenyum dengan goofy. "Heart untuk bos"beritahu dia.

Tercengang Harris dekat situ masa tengok finger heart Eva. Ingatkan benda penting la tadi. Seriously!Masa ini la bom jangka dalam dirinya meledak dan dia pun mengaum. "KELUAR!"fail yang sama di capainya dan di angkat mahu melemparkannya ke Eva.

"AHAHAHAHA!!!HAHAHA"terbahak-bahak Eva ketawa semasa pecut melarikan diri dari situ.

Tidak tahu hendak bagaimana lagi, Harris bersandar pada kerusi roda dengan nafas naik turun hilang sabarnya memandang pintu dimana Eva loloskan diri tadi. Macam mana la Eva boleh jadi kesayangan dia? Dengan kesal, kepalanya pun digeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience