Rate

Bab 14 : Jawapan?

Romance Completed 77102

Peti kecemasan di keluarkan dari laci bawah mejanya sebelum di letakkan dengan malas di atas ribanya. Dia buka penutup tu sebelum keluarkan plaster. Nak tampal calar yang ada dekat muka dia lepas kena cakar dengan kuku Panjang mangkuk Ayun mulut longkang tadi. Ingat hutan apa?Pasang kuku Panjang macam tu sekali. Tercucuk mata baru tahu.

Sambil menggerutu sendiri, Eva tunduk mencapai handbag pula. Dia tarik keluar handbagnya sedikit sebelum keluarkan bedak compact. Nak guna cerminnya.

Knock!

Knock!

Dengan laju Eva duduk tegak semula dan pandang ke depan meja Bersama muka terkejutnya.

Leo.

Lelaki yang sentiasa kelihatan segak dan kacak berdiri di situ memandang Eva dengan kening berkerut. "Awak tak apa-apa?"tanya Leo yang kelihatan cemas.

Eva termangu sendiri taktala melihat wajah handsome Leo. Kenapa la lelaki ni tak handsome masa kali pertama mereka bercinta?Haih! "Hah?"

"Saya dengar apa yang berlaku dekat cafeteria tadi. Awak tak apa-apa?Cedera dekat mana-mana tak?"tanya Leo sewaktu sondongkan badan sedikit untuk bongkok mendekati Eva.

Secara reflex, Eva tolak kerusinya ke belakang sikit nak jarakkan diri. Woah!Hold up!Asal dekat-dekat ni?Dia tak ready lagi la. "Iya...saya okay. Calar sikit je."beritahu dia.

"Mana?"Leo angkat tangan nak pegang bawah dagu Eva, tapi Eva buat muka kengerian dia lalu berdiri tegak dengan mengejut. Membuatkan peti kecemasan tadi jatuh ke bawah meja dan menumpah segala isi kandungannya.

Hal itu buatkan Eva terkejut dan cepat-cepat bercakung hendak mengutipnya. Datang dah perangai clumsy dia ni!Terkocoh-kocoh mengutip apa yang tumpah darinya, Eva sumbat barang yang ada dalam peti kecemasan semula.

Pada masa itu la muncul tangan lain dari tepi dan ikut membantu Eva.

Kepala Eva pun pandang ke tepinya. Melihat kepala Leo yang berada hampir dengan dia buatkan haruman yang dipakai oleh Leo menyapa rongga hidungnya. Bau yang begitu tidak asing buat dia!

"Awak masih pakai minyak wangi yang sama?"tanya Eva tanpa sedar.

Leo tidak pandang Eva, dia hanya tunduk mengutip botol antiseptic dan kotak plaster luka dari lantai tu. "Awak masih ingat lagi ke?"

Well...siapa tak ingat kalau minyak wangi yang pernah dijadikan hadiah anniversary ketiga dan terakhirnya. "No comment."balas Eva.

Baru la Leo pandang ke Eva, dia bercakung menghadap Eva sambil pandang muka tu dari balik cermin matanya. "Saya masih tunggu jawapan dari awak Eva."katanya.

Mata Eva terarah pada mata Leo. Terpana sendiri dengan rupa paras yang dimiliki oleh bekas teman lelakinya. Walaupun dah 6 tahun berlalu, ingatan dia terhadap cinta pertama dia masih segar di dalam memorinya. "Lelaki ni memang jenis tak reti nak putus asa ya?"tanya dia dengan kepala terlentok sedikit. Ingin tahu.

Leo tersengih handsome. "Boleh dikatakan begitu. Bergantung pada sebab dan tujuan mereka bersikap nekad."katanya.

What the heck!Asal senyum macam tu dekat dia?Meremang dengan suara dalam Leo, Eva pegang peti kecemasan sebelum berdiri dari cakungnya. Aura Leo ni kan buat dia tak tentu arah la! Terpandang saja Eva di depan mejanya, dia menjerit kecil sebelum terjatuhkan semula peti itu ke lantai kerana terkejut.

"MAK!"latah Eva sewaktu pandang terkejut ke Harris yang berkerusi roda depan mejanya. Jelas-jelas muka lelaki tu tunjuk reaksi tak puas hati dan garang yang mana jadi punca kenapa dia menjerit tadi. What the heck!Sejak bila pulak bos dia ada dekat sini.

Leo yang terkejut dengan jeritan Eva ikut terpandang Harris.

"Apa yang tengah berlaku ni?"tanya Harris sambil lirik ke Eva dan Leo silih ganti. Kotak plaster yang ada dalam tangannya di gengam erat sampai kemik.

Mata Eva lirik ke Leo dan Harris silih ganti. Apa dia nak cakap pulak ni?

"Saya dating hendak lihat keadaan Eva selepas apa yang berlaku di cafeteria tadi."jawab Leo dengan bersahaja.

Harris kerling ke Leo dengan kening berkerut. "Dan kenapa kamu risaukan dia pula?" Tak sampai dua hari dekat sini dan sibuk pasal orang lain?Masuk akal ke?

Leo Tarik sengih kekok dia lepas dengar soalan itu. Dia nak cakap apa pulak ya?

"Ahh!"Eva cepat-cepat menyampuk. Nanti kan, Leo salah sebut, jadi kecoh pulak. "Dia tanya soal kertas kerja. Ya...dia perlukannya.."tipu Eva sambil tolak Leo keluar dari belakang mejanya. "Tuan??Kenapa tuan keluar?Ada apa-apa yang tuan perlukan?"

Harris pandang curiga ke Eva dan Leo, berasa was-was dengan suasana yang mengelilingi dua orang ni. "Saja nak beritahu, saya ada makan malam dengan family. Jadi kamu boleh balik rumah terus tak perlu iringi saya."katanya sambil menjeling tak puas hati ke Leo. Memangnya ada seorang saja ke staf wanita dalam company ni nak di tanya?Kan ada ramai lagi staf yang boleh di mintak bantu. Eva jugak yang dicari kenapa?

Leo yang tidak tahu nak cakap apa hanya garu belakang kepalanya kerana janggal dengan situasi yang berlaku.

"Baik."sambut Eva. Elok la. Dia pun kena balik ke rumah ibunya nanti. Bagus sangat la tu.

"Sudah. Jangan nak berborak lama. Siapkan kerja yang saya arahkan kamu selesaikan."pesan Harris sambil pusing alat controller di kerusi rodanya untuk digerakkan ke arah pintu semula.

"Baik tuan."Eva beri anggukan kecil sambil mematai kerusi roda Harris bergerak masuk semula ke dalam pejabat. Nasib baik!Dia lepaskan hela nafas lega sebelum palingkan kepala ke Leo. "Tunggu apa lagi. Pergi la sana. Kena marah pulak saya kalau awak lama-lama dekat sini."gesanya sambil tolak lengan tu menjauh.

Leo terpaksa akur, dia berjalan hendak pergi dari situ, tapi kepalanya masih berpaling memandang Eva. "Jawapan Eva. Saya tunggu."katanya.

Seakan seperti roh baru keluar dari jasadnya, Eva terduduk dekat kerusi dengan longlai. Bahunya jatuh hilang semangat sebab kepenatan. Agaknya dia langkah kiri masa keluar dari rumah tadikan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience