Rate

Bab 47 : Cuddling Time

Romance Completed 77102

Jam digital di atas almari sebelah katil tunjuk waktu masuk jam 10 malam. Harris yang sedang duduk melunjur atas katil masih dengan kertas kerja dan failnya. Sedang dia belek satu persatu kertas di situ, bunyi pad kekunci keselamatan kedengaran dari luar bilik.

Hairan dengan bunyi itu, dia angkat kepalanya. Memandangke arah pintu bilik yang tidak sempat di tutupnya tadi. Dia pandang saja pintu itu buat beberapa saat. Sekali tu muncul la kepala berambut panjang hitam terjegul dari tepi.

Tidak terkejut mahupun pelik, Harris buat muka sebelum kembali memandang kertas kerjanya.

"Busy?"tanya Eva.

Harris tak jawab.

"Boleh saya masuk?"tanya Eva lagi sambil berjalan masuk ke dalam ruangan tu sebelum tutup pintu bilik tersebut.

"Not now Eva."tegas Harris sambil tulis sesuatu di atas kertas. Membetulkan apa yang salah. Menambah apa yang kurang.

Eva menjadi Eva, dia tidak hiraukan kata-kata Harris. "Alah...malam ni je."

"No. Balik ke apartment kamu."tegas Harris lagi. Ini mesti Eva nak datang mintak peluk bagai ni. Tidur je macam biasa tak boleh ke.

Sambil merangkak naik ke atas katil dengan perlahan-lahan, Eva tersengih nakal. "Hujan dekat luar tu....kilat banyak. Saya takut la." dalih dia.

Dengusan kecil lepas dari Harris. Dia berasa tak percaya dengan alasan Eva itu. Hujan?Tang mana hujan? Bunyi pun tak ada...ini lagikan kilat. "Still no."

Tidak peduli dengan kata-kata Harris, Eva yang tiba di tepi Harris terus alihkan semua kertas di situ.

Harris perhatikan Eva dengan renungan tak puas hatinya semasa Eva simpan semua kertas-kertas tu dalam fail sebelum  meletakkan fail tersebut atas almari sebelah katil.

Selesai mengemas, Eva terus peluk Harris. "Cuddling time!"katanya sambil sandarkan kepalanya ke ceruk leher tu.

Harris lepaskan keluhan mengalah. Dia peluk badan Eva lalu baringkan mereka berdua sama di katil dan diselimutkan badan tu.

Eva ketawa penuh teruja masa Harris tidak menolaknya. Dia eratkan pelukannya ke sekeliling tulang rusuk Harris dan letakkan wajahnya dekat dengan leher tu.

Tanpa berkata apa-apa Harris pun tepuk belakang badan Eva sambil menekapkan bibirnya ke dahi Eva.

"Ni...saya nak tanya sesuatu boleh?"tanya Eva dengan perlahan.

"Memangnya kalau saya kata boleh ke tak...kamu still akan tanya kan?"balas Harris.

Eva tersengih. Tahu tak apa. "Kenapa Leo hilangkan diri tiba-tiba?"

Harris termenung memandang ke satu arah. "Kenapa kamu rindukan dia ke?"

Eva jauhkan sikit kepalanya ke belakang untuk pandang muka Harris. "Tak ada la. Saya cuma pelik. Dia datang jumpa saya sebelum pergi. Dia cakap tuan yang buat dia tinggalkan tempat ni." beritahunya.

Harris tatap wajah Eva dengan renungan kosong. "Ha'ah."

Kening Eva berkerut sedikit semasa pandang Harris. Tangannya yang berada di dada Harris naik menguntil butang kemeja lelaki tu tanpa sedar."Kenapa?"tanya dia setelah itu.

Harris bawa tangan dia yang berada di belakang badan Eva naik memegang belakang tengkuk Eva pula. Lalu dekatkan wajah Eva depan mukanya. Hingga hujung hidungnya bertemu hidung Eva. Lalu dia berkata dengan nada berbisik menggodanya. " Sebab dia cuba sentuh apa yang dia tak patut sentuh."

Eva menelan air liurnya sewaktu bertentang mata dengan bibir Harris. Kalau dia kiss mesti best. "Apa bendanya tu?"tanya dia yang seakan terpukau hendak dekatkan bibirnya ke bibir Harris perlahan-lahan.

Giliran Harris pulak yang jarakkan kepalanya ke belakang. "Nothing.."jawabnya sambil pandang bibir Eva yang sedang gerak hendak mendekati bibirnya. Mana mungkin dia nak beritahu yang dia cemburu bila Leo dekati Eva.

Eva mengerutkan keningnya bila perasan Harris cuba menjauhkan diri darinya. Ish! Mengelak pulak bos dia ni. Tak nampak ke apa dia nak."Ahh...lantak situ. Sini!"Eva bangunkan badannya sikit dari situ lalu terkam Harris hingga buatkan Harris telentang di situ.

Dalam sekelip mata sebelum Harris sempat menolak badan tu jauh darinya, Eva sudahpun mengucup bibirnya.

Seketika kemudian baru la Eva jauhkan dirinya dari Harris untuk pandang muka handsome milik Harris. Siapa sangka bos yang dia bencikan ini sudah menjadi kesayangan dia.

Perasan dirinya ditatap oleh Eva dengan senyuman di bibir, Harris bertanya. "Kenapa pandang saya macam tu?"

"Kita kahwin nak?"ajak Eva dengan selamba.

Terangkat tinggi kening Harris mendengarnya. Apa!

"Tak nak?"soal Eva lagi.

"Bukan ke lelaki patut tanya dulu?"

Eva ketawa. "So what...lelaki ke perempuan, ianya takkan bawa perbezaan. Macam mana? Kita kahwin ya?"ajaknya sambil memeluk sekeliling belakang leher Harris memandang muka tu dengan senyuman lebar. Dia suka sangat dekat bosnya ni.

"Kamu tak kisah ke?Bersama dengan orang kurang upaya seperti saya ni?"soal Harris dengan perasaan rendah diri.

"Apa yang tuan cakap ni? Tak elok rendahkan diri macam tu. Of course saya tak kisah."kata Eva sebelum rehatkan kepalanya ke dada itu dengan senyuman lebar di bibir. Akhirnya dapat jugak dia bercinta! Hehehe!

"Okay...kita kahwin."setuju Harris sambil tepuk belakang badan Eva. Tersentuh hati dia bila dengar. Harap-harap kahwin la mereka nanti.

"Yeah...!"sorak Eva dengan perlahan sambil eratkan pelukannya pada Harris.

Share this novel

esther marcus
2020-10-20 19:29:45 

hahahaha...eva2...x menyempat hatis kna...hujan la..kilat la... hahahahaha


NovelPlus Premium

The best ads free experience