Rate

Bab 17 : Brotherhood

Romance Completed 77102

Sambil pegang gelas berisi air kosong dekat tangan, Harith jalan mendekati belakang kerusi roda dimana abangnya berada. Tanpa berkata apa-apa, dia berdiri dekat sebelah kerusi itu lalu sama-sama dongak memandang langit malam. Sebelah tangannya diseluk dalam poket seluar, sebelah lagi memegang gelas.

Buat seketika mereka berdua hanya diam di situ termenung. Tenggelam dalam fikiran masing-masing. Terutama sekali Harris yang sejak tadi ada di luar sebaik sesi makan malam dengan datuk dan nenek sebelah ibu mereka selesai sebentar tadi.

"Apa yang kau tengah fikirkan?"tanya Harith sewaktu tundukkan kepalanya lalu berpaling ke sisinya.

Harris tidak bersuara. Mata itu hanya termenung memandang ke depan tanpa tujuan.

Harith lepaskan hela nafas Panjang melihat abangnya begini. Susah hati dia perhatikan orang tua sebelahnya. Kalau abangnya nak masa bersendirian, dia tak boleh nak cakap apa la. Jadi tanpa berkata apa-apa lagi, Harith bergerak hendak masuk ke dalam semula.

Ketika itu la Harris gerakkan matanya ke sisi. "Stay."arahnya dengan nada bos.

Harith yang dengar berdengus mengejek. Dia gerak menghadapkan badannya ke Harris lantas berkata. "Memangnya aku ni siapa? Staf kau ke?Bila kau perlu kau suruh stay. Bila tak di perlukan, suruh pergi?"selorohnya dengan nada bergurau.

Menyampah dengan komen itu, Harris jeling ke Harith. Mujur la dia duduk dekat kerusi roda ni, kalau tidak lama dah dia sepak tulang kering adiknya. Biar sakit! "Jangan nak berlagak boleh tak."

"ya-ya...gurau je. Itu pun nak marah.."Harith gerak ke pagar besi depan balkoni itu lalu sandar padanya menghadap Harris. "So apa bendanya?"dia ni kenal sangat dengan abang dia ni. Kalau abang dia duduk dekat balkoni sendiri macam ni, mesti ada something yang menggangu fikiran tu. "Pasal Eva ke?"duga dia.

Kening Harris berkerut masa pandang Harith lepas nama Eva di ungkit. "Dah kenapa kau tanya macam tu?"

Harith ketawa. "Memangnya masalah kau apa je selain company dan Eva?Nak cakap masalah relationship, bercinta pun tidak sejak lima tahun lepas. Nak cakap isu scandal, dating pun tak pernah. Jadi itu je la kemungkinannya." selorohnya dengan sengih menyakat.

Harris ketap bibir menyampah kerana tak dapat nafikannya. Dah memang betul, dia nak cakap apa lagi. "Eva kata dia nak berhenti." luahnya dengan nada grumpy.

"So?Apa masalahnya?"tanya Harith sebelum sisip sedikit air kosong dari gelas yang di pegang. "Biar la dia pergi. Bukan ke kau tak suka dengan dia?Selalu buli dia. Marahkan dia. Sekarang dia nak berhenti...nah. Lepaskan la. Tak ada la kau pening kepala."

Jelingan geram terarah pada Harith. Haih!Cakap dengan adiknya ni kan, bukan kurangkan pening kepala tau, malah menambahkan lagi adalah! "Kau ni...boleh tak jangan buat-buat tak faham?"tanya Harris dengan muka kejengkelan.

"Apa yang aku tak fahamnya?"soal Harith lagi yang suka nak buat abang dia sakit hati. Alah..bukan selalu dia dapat bergurau macam ni dengan Harris.

"Aku tak nak dia pergi, kau faham tak?"luah Harris marah-marah.

Heh!Mengaku pun. Harith tarik sengih muslihatnya lepas dengar. "Tak. Aku tak faham. Kenapa kau tak nak lepaskan dia?"tanya dia lagi yang sengaja nak psiko kepala angin depannya ni.

"Arghh!Cakap dengan kau ni kan buat aku mental je la!"ngaum Harris tak pasal-pasal. Berdenyut sakit dada dia kerana sakit hati dengan sikap acuh tak acuh Harith!Kurang asam betul punya perangai!Dah puas hidup sangat ke!

"Ahahahah!"ketawa Harith lepas tu dengan berdekah-dekah. Hampir nak terlepas gelas yang dipegangnya. "Relax la...aku faham.Kau nak aku tolong kau ke apa ni?Hish...ajak gurau pun tak boleh. Marah-marah nanti cepat tua tau tak.."selorohnya dengan sisa ketawa.

Muka bengang Harris surut setelah itu. Suka sangat tau Harith ni mengenakan dia! Kalau la dia boleh berdiri sekarang, lama dah kepala tu dipelangkung dengan dia. "Aku nak kau tolong aku."

"Tolong apa?"tanya Harith setelah sober dari ketawanya. Dia kembalikan kepada postur tenangnya semula.

"Eva merungut sebab sepanjang masa dia kerja dengan aku selama ni, dia tak ada peluang langsung untuk keluar berhibur atau dating. Jadi memandangkan kau yang sihat lagikan muda dari aku, aku nak kau ajak Eva keluar dating."aju Harris.

Menjegil bulat mata Harith sebaik mendengarnya. Dia buat muka 'WTF' pada Harris. Buang tebiat apa abang dia ni? "Aku keluar dengan dia?Kau sure?"hantu apa pulak yang dah rasuk abangnya ni?

"Ya..."balas Harris mahu tak mahu. Memandangkan dia tak boleh biarkan Eva keluar dengan mana-mana lelaki, dia hanya percayakan Harith untuk lakukannya.

"Tapi kenapa kau tiba-tiba suruh aku dating dengan Eva?Kalau kau ada hati dengan dia, kenapa kau tak keluar dengan dia sendiri?" Harith tanya sambil buat muka tak faham. "Kan lebih baik kalau macam tu?"

Reaksi berkecamuk terus terpancar di wajah Harris, bahunya jatuh hilang semangat dan renungannya menjadi mendung. "Siapa la nakkan lelaki lumpuh macam aku ni jadi pasangan dia orang?"soalnya dengan suara kecil. Berasa malu sendiri dengan keadaan dirinya ini.

Terkesima Harith setelah itu. Dia sentap dengan kenyataan Harris. Rasa serba salah terus menerpa dirinya. Aduhai!Kenapa la dia tanya soalan macam tu?Menyesal la pulak!

"Aku tak nak dia berhenti. Sebab dia satu-satunya wanita yang boleh faham aku.Selain kau. Tak ada siapa yang boleh handle aku macam Eva. Jadi kau nak tolong aku tak ni?" Harris dongak memandang Harith dengan renungan berharapnya.

Gila tak?Dah abang dia mintak tolongkan. "Fine...apa syaratnya?"setuju Harith sambil buat muka mengalahnya. Lagipun nak rugi apa. Eva cantik apa orangnya. Dia pulak masih single.

"Dengar elok-elok kalau macam tu.."aju Harris dengan renungan serius dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience