Rate

Bab 19 : 'Dah lama jadi kakak ipar saya.'

Romance Completed 77102

Seseorang tolongla...tolong!Tolong selamatkan dia dari shopping maniac depannya ni.

Sumpah!Dah nak tertanggal rasanya lutut dari kakinya ni!

My goodness. Siapa sangka lelaki lebih kemaruk membeli belah dari perempuan?Tak pernah la dia jumpa lelaki macam tuan muda depannya ni dari orang perempuan dekat luar sana.

Penat tahu tak. Dekat tiga jam keluar, tiga jam tu dia ke hulu dan ke hilir macam lembu di cucuk hidung membuntuti Harith sejak tadi. Memangnya saka apa dah rasuk Harith hari ni?Bukan main bersemangat lagi tu.

Dia lebih sanggup luangkan masa sesi fisioterapi tiga jam Harris dari luangkan masa Bersama Harith yang sepertinya mahu membunuh dia dengan barangan mewah dan berjalan ini. Dia penat!!!!

ARGHH!!!!

"Boleh tak kita berhenti?Berapa banyak hadiah yang tuan muda nak beli ni?Tangan saya dah penuh tau tak?"sungut Eva dengan muka bosan dan penat dia sewaktu melihat Harith tunduk membelek high heels di rak display.

"Warna ni okay tak?"Harith tidak dengar. Dia malah tayang kasut dekat depan muka Eva dengan teruja sekali.

Eva buat muka toya!Dia pandang tidak berminat ke kasut depan mukannya sebelum tolak tangan tu jauh dari dia. "No.Enough is enough okay. Memangnya siapa kawan tuan muda ni sampai bertimbun-timbun barang kita beli sejak tadi ni?"sungutnya.

"Okay kita beli yang ni,"Harith tidak hiraukan Eva.. Dia kemudiannya berpaling menghadap promoter bertugas di situ lalu tunjuk high heel warna merah lalu nyatakan saiz kasut sekali.

Berasa tak percaya dengan apa yang di lihat, Eva pejam mata dia lalu atur nafas dia naik turun untuk tenangkan diri dari mengaum dekat situ. Buat beberapa saat kemudian baru la dia buka matanya.

Pada masa itu Harith muncul dengan beg kertas berisi kasut yang dibeli dan jalan dekati Eva seperti anak kecil baru dapat mainan kegemarannya.

Terus tak jadi nak marah Eva lepas tengok betapa semangatnya Harith.

"Okay. Dah. Now next venue."ajak Harith sambil menggantung beg kertas tadi ke tangan kanan Eva yang sudahpun tergantung empat lagi beg shopping yang lain.

"What?"nganga Eva dumbfounded dengan ajakan itu.

Harith tarik Eva bersama semasa dia berjalan keluar dari kedai kasut. Dan baru saja dia mahu belok ke kanan, Eva tiba-tiba berhenti. Membuatkan dia ikut berhenti dan palingkan kepala ke wanita di sebelahnya.

BRAP!

Terjatuh dengan serentak beg-beg shopping ke lantai sejurus itu. Hal itu buatkan para pengunjung yang lalu lalang dekat sekitar koridor tersebut nampak apa yang berlaku.

Harith pandang akan beg shopping yang dijatuhkan oleh Eva tadi sebelum pandang ke muka bercemberut tu. "Kenapa?"tanya dia dengan kening terangkat.

Sebagai tanda protes, Eva silangkan tangan ke dada. "Kalau tuan muda nak pergi ke tempat lain. Tuan muda angkat semua barang ni. Saya berhenti. Sampai sini saja saya mampu. Kalau tuan muda nak pergi jugak pergi sendiri sana!"tantrum dia sambil mencerlungkan kening.

"La kenapa saya pulak yang kena angkat?"tanya Harith blur-blur.

"Kenapa tuan muda tanya?Ini kan hadiah untuk 'kawan' tuan muda tu."kata Eva sambil buat jari dua sewaktu sebut perkataan 'kawan'. Lalu dia lemparkan tangan ke beg shopping di depan kakinya. "Tuan muda la yang kena bawa."

Harith ketawa. "Na'ah. Memang ianya milik kawan saya. Tapi kawan saya tu adalah awak wahai Cik Eva Naomi sayang. So awak angkat. Berterima kasih sikit sebab saya bayarkan semua ni."ujarnya sambil juih bibir ke beg shopping di situ.

"Apa?"tangan Eva jatuh ke sisi. Dia buat muka tergamamnya lepas dengar. "Saya punya?"What the heck! "Untuk apa tuan muda belikan semua ni untuk saya?"

"Eva...please. Jangan nak buat drama dekat sini. Semua orang pandang. Nanti apa pulak dia orang fikir melihatkan awak lontar tantrum depan saya macam gaya isteri tak cukup kasih sayang macam ni. Pick up that...and let's go okay."Harith tunduk mencapai beg shopping itu lalu di letakkan ke dalam tangan Eva yang sedang termangu tidak terkata itu.

Mata Eva tidak berkedip. Dia pandang muka Harith dengan perasaan berbuku geram. Apa lelaki ni cuba buat sebenarnya?Dia tak faham la. Untuk apa Harith belikan dia semua benda jadah ni?Bukannya dia perlukan pun!

Setelah selesai kutip semua beg shopping di situ, Harith pegang tiga darinya lalu pandang Eva. "Awak kata awak tak pernah sempat berhibur dan keluar sejak kerja dengan Harris kan?So ini la reward untuk hasil kerja keras awak Eva. Don't whining...just enjoy it."dia tepuk tepi lengan Eva memberi semangat.

Baru la mata Eva terkedip-kedip. Rasanya dia cakap tentang isu ni pada Harris. Macam mana Harith boleh tahu? "Kenapa tuan muda cakap macam tu? Tuan muda dengar dari siapa?"tanya dia dengan nafas tertahan. Takkan la Harris yang beritahu?Lelaki sadis tu?Eh...tak mungkin la. Mati hidup semula, lelaki tu takkan buat baik pada dia!?Never!

"Awak rasa?"soal Harith pula dengan sengih meleretnya.

Kening Eva semakin berkerut. Takkan la!Buang tebiat apa Harris tu?

"Ya...betul la tu."setuju Harith yang faham akan maksud reaksi yang diberikan Eva. Dia ketawa kecil lalu menggeleng kepala tak percaya. "Harris yang arahkan saya buat semua ni, termasuk la ajak awak keluar makan, tengok wayang tadi, shopping..semuanya atas arahan dia."

Kalau dia ada penyakit lemah jantung, lama dah dia kena heart attack sekarang ni! "What?Tuan Harris?"soal Eva dengan muka terperanjat yang amat sangat. Nak menangis pun ada. Tapi banyaknya terkejut la. "Tapi kenapa tiba-tiba macam ni? Kenapa dia suruh tuan muda?Bukan dia sendiri?"

Harith jungkit bahu tanda tidak tahu. "Mana la saya tahu. Saya hanya buat apa yang di suruh. Kalau awak nak tahu tanya la dia sendiri. Sebab itu, awak tu hah...jaga abang saya tu elok-elok. Dia memang nampak kasar luarnya, tapi orangnya baik. Kalau bukan disebabkan keadaan dia, saya rasa awak dah lama jadi kakak ipar saya."selorohnya dengan bersahaja sebelum berjalan ke depan.

Penuh kengerian Eva pandang ke belakang badan Harith. Dia salah dengar ke tadi?Apa?Kakak ipar?Hish!Yang bukan-bukan betul la!

"Cepat la!Kata nak balik!"panggil Harith di depan tanpa berpaling.

"Ya."sambut Eva sebelum jalan tergesa-gesa mengejar langkah Harith sebelum jalan seiring dengan lelaki itu di sebelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience