Rate

Bab 26 : Bukti atau Teruskan!

Romance Completed 77102

"Atau...sebab awak masih marahkan saya? " tanya Leo sambil merapatkan lagi wajahnya ke muka Eva.

Dia tak dapat nak jarakkan lagi kepalanya sebab belakangnya sudahpun bertemu dengan dinding kaca!Dalam kepala, Eva cuba fikirkan apa saja idea yang sesuai untuk larikan diri dari perancangan Leo. Agaknya, alasan apa yang boleh yakinkan Leo untuk batalkan niat lelaki ni ya?

"Atau sebab awak dah sukakan orang lain?Sebab itu awak asyik bantah idea kita Bersama?"duga Leo lagi.

Baru la Eva gigit bawah bibirnya sewaktu dengar perkataan 'sukakan orang lain'. Ya tak ya. Okay jugak kan idea ni! "Ha'ah. Saya sukakan orang lain. Dan orang tu bukan la awak. Jadi hentikan apa saja yang awak cuba lakukan."lantak la situ!

Terus tersengih meleret Leo sewaktu mendengarnya. "Oh really?Dan siapa pulak orang tu?Setahu saya la. Sejak kita berpisah, awak tak pernah bersama dengan mana-mana lelaki atau bercinta dengan mereka. Siapa pulak lelaki bertuah tu?"tanya dia lagi dengan nada berbisik yang menggodanya.

Shoot!Eva telan air liur kantoinya. Terus blank kepala dia. Apa dia nak jawab sekarang. Yalah, dia tak bercinta bukan sebab berharap Leo akan temui dia. Tapi semua ini disebabkan Harris si Grumpy tu yang kekang pergerakan dia sejak berkerja dengan lelaki tu! "Mana awak tahu...adalah.. Buat apa saya beritahu awak."cebik dia yang sedaya upaya nampak menyakinkan.

Tidak yakin dengan kata-kata Eva, Leo angkat tangan dia lalu naik meletakkan tangan di tepi kepala Eva sebelum ibu jarinya mengusap pipi tu dengan kasih. Dia kenal sangat Eva ni, bekas teman wanitanya ini bukan seorang wanita yang mudah bersama dengan orang. Lagi-lagi menipu. Memang dia tahu la!

"Okay...saya akan percayakan awak dan hentikan idea perkahwinan kita sekiranya awak buktikan kepada saya yang awak mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Setelah itu saya akan give up. But...if, awak tak boleh buktikan siapa teman lelaki awak tu pada saya, rancangan untuk kita berkahwin akan tetap di teruskan."cabar Leo sebelum gerak mengucup tulang pipi Eva.

Mati kutu tak tahu nak cakap apa, Eva berdiri di situ dengan muka tercengang dia. Haish!

"Saya pergi dulu. Jumpa masa makan malam dengan family kita nanti."pesannya sambil tepuk pipi Eva dengan perlahan lalu bergerak naik mendaki tangga meninggalkan Eva di situ.

Sambil menggigit bawah bibirnya, Eva pandang belakang badan Leo dengan mata dikecikan kegeraman. Kenapa susah betul nak singkirkan lelaki ni?Hutang apa dia pada Leo sampaikan lelaki ni tak mahu lepaskan dia?Tak boleh ke belajar untuk move on?Terhegeh-hegeh dekat dia lagi buat apa?

Adeh...peningkan kepala betul!

Sekarang dia nak buat macam mana?Beritahu Harris hal sebenar ke?Supaya lelaki tu lepaskan dia awal-awal?Tapi Harith cakap jangan sampai Harris tahu?Masalahnya sekarang dia kena buktikan pada Leo pula yang dia ada teman lelaki!

"Argh!!!"Eva cengkam rambutnya sebelum tunduk meletakkan kepala dekat dinding kaca di belakangnya. Kenapa la boleh jadi rumit macam ni!Macam njak terjun bangunan pun ada.

Brit!

Brit!

Getaran telefon dalam poket kotnya buatkan Eva tersentak. Dia dengan kelam kabut capai telefonnya keluar dari situ lalu jawab panggilan tersebut serta merta.

"Ya tuan."well..dia ada dua phone. Satu phone adalah untuk hariannya. Satu lagi khas untuk Harris saja. Sebab itu la dia kelam kabut!Sebab dia tahu telefon mana yang berbunyi!

"Di mana awak Eva?"dah Panjang umur Mr. Grumpy ni!

"Um..ada ni...kenapa?Tuan perlukan apa-apa ke?"

"Saya lapar. Tanya lagi. Kalau perut saya meragam dan saya jatuh sakit lagi macam mana?"

Ya Tuhan!EVa memejam mata menahan sabar. Berderau marah darah dia setiap kali dengar suara ni. "Baik tuan. Tuan nak makan apa-apa yang spesifik ke?"kalau dia tak tanya nanti kang lelaki ni complaint. Paling teruk dia kena ulang alik untuk beli makanan. Balik-balik nanti tak makan pun. Saja nak susahkan dia.

"Mana la saya tahu. Kamu kan PA saya, biasanya saya makan apa?Itu pun kena beritahu ke?Berapa lama awak kerja untuk saya Eva?Baru sehari dua ke?"bebel Harris dalam panggilan tu.

Eva membuat muka nak maki hamun masa dengar bebelan tu. "Alah...macam la tuan tahu apa saya suka makan dan tak suka makan. Sibuk suruh saya ingat apa yang tuan suka makan pulak..."balasnya pula.

"Apa kamu cakap?Menjawab. Hah?Itu je la tahunya. Menjawab. kalau di suruh buat kerja semuanya tak kena."marah Harris lagi. "Sudah jangan nak buang masa. Beli makanan sana. Kalau saya pengsan dalam bilik ni, kamu bertanggungjawab mengenainya."

TUT!

Terus dimatikan panggilan tersebut oleh Harris.

Tercengang dengan tindakan itu, Eva pandang skrin telefonnya dengan mata terbutang. Seriously! Lelaki ni memang nak kena dengan dia jugak satu hari nanti!Urgh!

Dasar Mr.Bossy!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience