Rate

Bab 36 :Tak pernah Tanya Buat apa Beritahu

Romance Completed 77102

Berasa lega sebab tak buat apa-apa untuk sesaat itu, Eva pejamkan matanya sekejap sebelum tarik nafas lalu di lepaskan perlahan-lahan. Leganya la dapat berehat tak buat apa-apa. Kenapa la bekerja ni memenatkan? Bila dia dah okay, baru la dia buka mata lantas palingkan kepala ke depan semula.

Berpaling saja Eva ke depannya, matanya dia terus bertentang dengan Harris. Terpempan dia sekejap lepas perasan yang Harris sedang menatap dirinya dengan renungan redup, Eva tersengih sebab malu. "Kenapa tuan pandang saya macam tu?"

"Dah cantik pandang la."balas Harris tanpa mengalihkan matanya dari muka Eva.

Eva ketap bibirnya menahan diri dari tersenyum plus ketawa mendengar komen itu. Disebabkan Harris selalu berkata kasar dengan dia, jadi pelik pulak bila bos dia cakap sopan-sopan dengan dia.

"Kelakar ke?"soal Harris sewaktu melihat reaksi Eva.

Oleh kerana ditegur, Eva meledak ketawa. "Ahahaha."ketawanya dengan besar sambil pegang dada. "Pelik la bila bos cakap elok-elok dengan saya macam tu.."

Melihat Eva ketawa dan tersenyum macam tu, Harris pun ikut tersenyum. "Apa yang peliknya?" tanya dia.

"Itu tadi....rasa pelik la. Saya panggil tuan, sedangkan saya jadikan tuan sebagai teman lelaki saya...boleh tak kalau saya tukar panggilan?" tanya Eva. "Baru la sweet ya tak?" cadang dia dengan teruja. Bukan selalu dapat berborak dengan tamadun bersama Harris ni. Biasanya mereka sellau je bertegang leher.

Kenapa la Eva ni selalu je mengamit hati dia."Panggilan apa?"tanya Harris yang duduk bersandar ke kerusi rodanya lalu menopang bawah rahang dia dengan tangan kanan yang di sikukan pada lengan kerusi itu. Dia pandang muka Eva yang sedang tersenyum senang itu dengan minat.

"Hm.."Eva berjeda Panjang masa topang bawah dagu dengan kedua-dua tangan dekat atas meja tu. Macam geli je kan nak panggil yang sweet-sweet sekarang, so mulakan dari yang basic dulu la."Harris??"sebut dia sambil pandang muka serius Harris dengan kepala terlentok sedikit lantas tersenyum.

Harris pun ikut duduk seperti Eva. Setelah itu dia balas renungan Eva."Ya sayang.."balas Harris dengan seikhlas hatinya.

Tersentuh dengan panggilan itu, senyuman Eva jatuh perlahan-lahan kerana jantung dia tiba-tiba je berdetak laju dan darahnya berdesup naik ke atas kepala dengan laju sampai bahang seluruh leher dan telinga dia saat ini.

What the heck!

Harris tersenyum. "See...saya boleh jadi romantik...tapi mampu ke awak nak tanganinya Eva?"tanya dia dengan renungan menggodanya.

The heck!Eva pandang tak berkedip ke Harris dengan mulutnya terbuka sedikit kerana tergamam. Tak pernah dia nampak Harris pandang dia macam ni selama ni!Serius la. Ini lakonan ke real?

"Ehem...saya okay je."nafi Eva yang berdehem nak hilangkan rasa gugup dia. Dia cuba untuk tidak pandang Harris, tapi macam ada magnet, mata dia asyik nak pandang Harris je. Dah kenapa pulak ni.

"Okay...as you said..sayang."balas Harris yang tersengih melihat Eva yang menipu tak pandai. Ingat dia nak percaya ke.

Eva kerutkan hidung dia mendengar nickname tu lepas dari mulut Harris. Ini semua lakonan ni. Ya...Harris saja nak kenakan dia. Jangan ambil hati!Jangan ambil hati!Dia gelengkan kepala nak hapuskan semua tu dari fikiran dia.

"Eva.."panggil Harris lepas dia tahu sekarang gilirannya pula yang bercakap.

Kening Eva terangkat. Dia pandang Harris dengan bersungguh."Saya."

"Saya nak tanya sesuatu. Kamu jangan terasa."

Dah..apa pulak? "Tentang apa?"tanya Eva dengan kening berkerut cuak. Harap-harap jangan pasal Leo sudah.

"Dimana ayah kamu?Kamu tak pernah cerita apapun tentang beliau selama ni?Adakah dia masih hidup?Atau sudah tiada lagi?"tanya Harris dengan serius. Dia nak tahu, sebab ianya sangat penting. Kalau la satu hari nanti, Eva perlu berkahwin, tidak ke kehadiran ayah itu harus?

Eva tersenyum. Dia tergeliat lidah tak tahu nak panggil Harris apa. Kekok sikit. "Tuan tak pernah tanya. Buat apa saya beritahu."katanya.

Harris diam. Dia pandang Eva saja tanpa berkata apa-apa.

"Ayah saya dah meninggal dunia. Dia meninggal dunia masa saya 16 tahun?Sebab sakit kanser pancreas. But don't worry. Saya dengan ibu ada Bersama-sama dengan ayah sewaktu dia sakit sehingga la dia hembuskan nafas terakhirnya. Kenapa?"Eva jungkit kening ingin tahu.

"Siapa jaga kamu selepas tu?"tanya Harris lagi. Pastinya ianya sukar. Kehilangan orang yang sepatutnya jadi tempat berteduh dan tumpeng kasih tinggalkan dunia ni sebelum kita.

"Disebabkan ayah sakit, ibu selalunya sibuk cari duit, saya dijaga dengan nenek dan atuk dekat kampung. Sejak 12 tahun sehingga la genap 18 tahun."beritahu Eva lagi. "Tuan patut lawat kampung saya. Serius beritahu, macam-macam ada dekat situ."tersnegih gembira dia mengimbas semula suasana kampung.

"Sure..boleh je. Bila ada masa nanti."angguk Harris dengan serta merta.

"Serius?"Eva membutang mata terkejut.

"Ya serius la.. Lambat laun kita akan jadi family jugak satu hari nanti.Nak tak nak saya kena kenal ahli keluarga kamu."kata Harris dengan bersahaja.

ZUP!Sekali lagi darah dia berdesup naik mengepam jantungnya dengan laju sampai senak dada dibuatnya! Seriously!Eva pandang terkejut Harris. Bos dia ni serius ke main-main?Keliru la!

Share this novel

Mazz Lyyn
2020-10-18 00:45:44 

next chapter pleaseeeee


NovelPlus Premium

The best ads free experience