Rate

Bab 40 : Checkmate.

Romance Completed 77102

KEDEGAM!

Dengan tiba-tiba pintu pejabat Harris terbuka sewaktu ia di tolak dari luar. Lalu diikuti suara marah-marah.

"Apa semua ni?Kau cuba bergurau dengan aku ke!"dua fail dihempas atas meja dengan Leo hingga menyebabkan kertas yang Harris cuba check bersepah jatuh ke lantai di tiup angin fail tu.

Tanpa menunjukkan sebarang ekpresi di wajahnya, Harris pandang fail itu lalu gerakkan mata ke Leo. "Apa yang berlaku?"soalnya.

"Itu...kau kaut semua klien aku, rampas asset yang sepatutnya company aku cover....tak cukup lagi ke apa yang kau dah ambik?"marah Leo selantangnya.

Harris tarik sengih jahatnya sebelum pandang ke Leo. "Kau yang mintak bukan?"tanya dia dengan nada perlahan namun kedengaran dingin tiada perasaan.

Leo buat muka tergamam lepas dengar. "Apa kata kau?"tak guna dasar si lumpuh ni!

"Keluar.Keluar dari sini. Dengan tu aku takkan sentuh apapun dari kau."aju Harris. Dia sengaja buat semua ni sebab Leo menyemak dekat sini dan menganggu Eva. Berlabur dalam syarikat ni?Please la...20 peratus tu tak seberapa. Tanpa saham Leo, syarikat ini tidak akan terjejas sikit pun.

Jatuh air muka tergamam Leo setelah itu, dia pandang Harris dengan mata terbutang luas. Apa! "Kau buat semua ni sebab aku ada dekat sini?"

"Tak adalah"Harris pandang Leo dengan renungan penuh aura membunuh. "Aku rampas setiap satu apa yang kau miliki sebab kau cuba rampas apa yang punya aku."katanya.

Kepalan penumbuk digenggam Leo dengan erat hingga timbul urat belirat pada permukaan tangan tu. "Ka-kau buat semua ni sebab Eva?"

"Aku tahu apa tujuan kau berlabur dekat sini dan bekerja sebumbung di sini. Eva beritahu aku yang kau adalah bekas kekasih lama dia. Dan tujuan kau ke sini adalah demi dapatkan dia semula. Dimana Eva sama sekali tak sudi terima kau semula. Memandangkan kau nekad, aku terpaksa guna cara paling halus sekali untuk buat kau sedar.Dan sekarang...apa yang kau Nampak adalah sikit...aku ada pelan lagi besar dari semua ni.."Harris capai fail yang dicampak oleh Leo tadi lalu di ketepikan.

"Kalau aku pergi, kau akan pulangkan semula apa yang kau dah ambil dari company aku?"tanya Leo dari balik ketapan giginya. Tak guna betul!Dia tak boleh nak lawan Harris. Syarikat ayah dia boleh jadi taruhannya sekiranya dia berdegil!

"Sure...tapi aku nak kau pergi jauh dari hidup Eva. Kau tak tahu berapa tahun aku tunggu dia dan kekalkan dia dekat samping aku. Dan tiba-tiba cencorot macam kau menyibuk nak mencelah. Memang tak la."beritahu Harris sambil tunduk ke tepi kerusi rodanya lalu mengutip helaian kertas yang jatuh tadi.

Terkesan dengan apa yang Harris katakan, Leo teringat semula kata-kata Sadie, kata-kata yang sering terngiang-ngiang dalam fikirannya sejak pertemuan mereka beberapa minggu yang lepas. 'apa yang awak buat, awak dapat balik, selamanya awak takkan bahagia Leo!' Selama ni dia sentiasa pilih hartas dan kuasa. Sebab bagi dia, kalau dia ada semua tu hidupnya akan mudah. Dan sekarang, dia tak boleh hidup tanpa harta dan kuasanya ini.

"Fine. Aku berhenti dari sini dan takkan ganggu Eva lagi. Dengan syarat, kau pulangkan semula apa yang kau rampas dari aku."lafaz Leo dengan renungan nekad dia. Kalau dia tak boleh cari bahagia dengan manusia, baiknya dia cari harta dan hidup dengan itu.

Harris mengangguk kepala. "Hmm."balasnya dengan malas sewaktu membaca butiran yang ada di dalam kertas tadi. Menyambung kerjanya yang terhenti gara-gara Leo. "You may go now."arah dia setelah itu.

Tanpa berkata apa-apa lagi Leo pun berpaling dari situ dengan langkah marahnya dan kepalan penumbuk di kedua-dua tangan.

Setelah pintu pejabatnya tertutup, Harris sikit pun tidak alihkan perhatiannya dari bacaannya. Namun tak lama pun. Beberapa saat kemudian, Harris angkat kepala. Dia berkerut kening membuat muka berfikir.

Mana Eva?Kenapa dia boleh biarkan Leo masuk biliknya macam tu je?

Ingin tahu, Harris tekan butang intercom yang menghubungnya terus ke meja Eva. Setelah di tekan beberapa kali tiada yang menyahut, Harris berputus asa. Dia mula panas punggung dekat situ. Mana pulak si Clumsy ni?Takkan dah balik?

Harris kerling ke jam di penjuru skrin komputernya. Baru masuk 5 petang. Waktu kerja habis jam 6.

Jengkel dengan kenyataan Eva tiada di meja, telefon skrin sentuh yang ada di tepi papan kekunci computer di capainya lalu mendail nombor tersebut dengan hafal lalu di tekap ke telinga kanannya.

Tut!Tut!Tut!

Nada dering masuk kedengaran beberapa kali sebelum suara voicemail ke dengaran. Beritahu yang panggilan dia tidak dapat dicapai.

WHat the hell?

Harris jauhkan telefonnya dari telinga untuk dipandang. Keningnya berkerut tak puas hati. Ah sudah!Mana pulak Budak suka buat masalah ni dah pergi?Tak beritahu dia lagi tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience