Rate

Bab 42 : Surprise Party Untuk Mr. Grumpy!

Romance Completed 77102

Hari ni hari apa?Dunia nak kiamat ke?

Entah hantu apa dah rasuk adik lelakinya pada hari ini, buat julung kalinya, Harith bawa ajak dia makan di restoran mahal. Selepas semua itu hantar dia ke sauna bagai mandi di sana. Kemudian bawa dia beli pakaian mahal, kasut mahal, minyak wangi mahal, salun rambut dan didandan rias. Lalu bersiap menggunakan pakaian baru yang dibeli.

What the heck?

"Boleh aku tahu kita nak ke mana sebenarnya?"tanya Harris semasa tunduk melihat Harith menyarungkan kasut untuk dia. Yang mana selalunya dia yang uruskan diri.

Harith yang sedang mengikat tali kasut berkilat di kaki Harris sedaya upaya kawal diri untuk tidak kelihatan teruja. "Dating la.."guraunya.

"Kalau kaki aku boleh gerak, lama dah aku terajang kau tau tak tu?"gerutu Harris yang tiada mood satu hari ni. Dia masih angin sebab Eva...Eva..Yang nama dan muka tu aje yang ada dalam fikiran dia beberapa hari ni. Mental dibuatnya!

"Well..sayangnya kaki kau tak boleh gerak. So try harder next time. Okay?"Harith berdiri setelah selesai mengikat kasut. Setelah itu dia mencekak pinggang untuk memeriksa penampilan abangnya. Segak!Memang tak boleh dinafikan. Alangkah indahnya kalau abang dia dapat berdiri dan berjalan untuk sambut ulang tahun ke-35 tahunnya ini. "Mari tengok...apa lagi yang kurang ya."

Kening Harris mencerlung semasa dongak memandang Harith yang berdiri melangit di depannya. Sumpah dia nak sangat bagi pelangkung dekat belakang kepala tu. Geram betul! Mulut tu...kalau boleh nak aje disumbat dengan hujung kasut barunya. Buat sakit hati je la!Dah la dia tengah sakit hati. bertambah sakit hati dia dibuatnya menghadap Harith ini.

"Hah...aku tahu.."Harith tunduk membongkok sedikit sebelum guna dua jari telunjuknya untuk Tarik hujung bibir Harris. "Senyuman tu..."

Tak kuasa nak marah Harith, Harris pandang bengang ke adiknya semasa adiknya paksa dia tersenyum. Makan penumbuk jugak kejap lagi ni. "Lepas."

Harith kemudiannya berdiri tegak. "Okay-okay.."dia angkat tangan surrender. "Itu pun nak marah...senyum lagi sikit. Nak grumpy je kenapa>?Tak hairan la kenapa Eva selalu panggil kau Grumpy kalau kita orang berborak."selorohnya semasa selak lengan kotnya sedikit untuk lihat waktu di jam tangan.

"Apa kau cakap?"Eva berborak dengan Harith?Wha!Makin rapat pulak ya dia orang ni?Menyesal pulak dia kenalkan mereka berdua!

"Ohh..!Kita kena cepat!"sentak Harith yang terkejut melihat jam di tangannya. Sudah masuk jam 8 lebih. Majlis akan mula jam 9!Dia gerak ke arah pintu bilik hotel itu lalu di buka luas untuk Harris. "Lekas keluar.."gesanya melambai tangan ke Harris.

Kebingungan tidak tahu kenapa dan apa yang berlaku, mahu tak Harris terpaksa jugak ikutkan apa yang diarahkan Harith. "Boleh tak kau jawab soalan aku?Asal sejak tadi aku tanya kau selalu ngelak tak jawab?Malah ubah topik lagi tu?"bebelnya semasa jalan melepasi Harith lalu tiba di koridor hotel itu.

"Nanti kau tahu la...jom. Kau gerak sendiri atau aku tolakkan ni?"aju Harith semasa tutup pintu bilik itu dan berdiri depan Harris.

Harris dongak. Pandang Harith dengan kening berkerut. Fed up la!Penuh dekat dada dia ni dengan perasaan tak puas hati dan menggerutu. Kenapa dia rasa orang cuba rahsiakan sesuatu pada dia. Seakan mengelak dari katakan sesuatu kepada dia. Memangnya apa yang akan berlaku ni?

"Aku gerak sendiri. Dah la..cepat. Apa yang kau nak tunjukkan aku sangat tu."sentap Harris sebelum gerakkan kerusi rodanya dengan laju ke depan mendekati pintu lif.

Harith dekat belakang tersengih sendiri. Nanti lepas tengok sejuk balik la hati abangnya ni. Harap-harap idea Eva Berjaya la buatkan Harris happy tahun ni. Tak macam tahun lepas, lupa terus. Semua orang. Termasuk Eva sendiri. Tak siapa prepare nak sambut.Sampaikan Harris sendiri tak sedar hari birthdaynya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience