Rate

Bab 58 : Pesta Halloween.

Romance Completed 77102

Masa kini..

"Kak Eva..."panggil Aster dekat luar bilik.

Eva yang tengah baring tengok skrin handphone mencebik sedih. Dah seminggu dia duduk dekat kampungnya. Tapi sekalipun telefon dia tak berdering atau terima mesej. Harris dah lupa dia terus ke?

Disebabkan Eva tak menyahut, pintu bilik tu terbuka. Muncul Aster yang comel dengan kostum nenas dekat badannya didepan pintu itu. "La..ada je, ingatkan tidur ke apa tadi. Jom la..kita pergi pekan. Ada pesta Halloween dekat sana. Macam-macam kedai bukak. Boleh tengok orang pakai kostum sekali.."

Eva turunkan telefonnya ke bawah. Dia kerling ke Aster dengan muka merajuknya. Harris langsung tak nak cari dia!Uhuks!Dia rindu sangat dah ni! "Semua orang pergi ke?"tanya dia sambil bangunkan dirinya dari perbaringan.

"Mestila. Budak-Budak pun ada. Jom la. Best tau. Ada rumah hantu, gerai makanan, gerai arked. dan pertandinga kostum terbaik. Mana tahu jumpa jodoh dekat sana sekali.."seloroh Aster sambil dekati katil tu lalu pegang lengan Eva. "Jom la.."

"Aku kena pakai macam kau jugak ke?"Eva tilik badan adik sepupunya dengan kening berkerut. Banyak-banyak watak, nanas jugak Budak ni pilih nak jadi. Entah apa-apa je la Budak zaman sekarang.

"Ahahaha...tak payah pun tak apa. Aku pakai ni pun sebab Budak-Budak tu mintak jadi mak nanas untuk dia orang memandangkan dia orang jadi anak nanas untuk pertandingan nanti."beritahu Aster sambil pegang kostum nanas kuningnya.

Dengan malas Eva ngesot turun dari katilnya. Dia malas nak tukar baju. Dia pakai saja kemeja putih dengan skinny jean denim untuk makan malam tadi. "Betul ni ada banyak makanan dekat sana?Kalau tak ada...siap eh...kau yang aku telan nanti."katanya sambil berjalan keluar dari bilik Bersama Aster yang seperti nanas gergasi yang berjalan.

"Ya-ya...jangan risau. Satu malam belum tentu lagi kau habis jarah satu pekan tu untuk makan.."ujar Aster dengan bersemangat.

Maka dengan itu Eva pergi pekan beramai-ramai dengan adik sepupu dan anak buahnya yang lain. Beraraklah mereka sepanjang laluan itu dengan pelbagai kostum yang dipakai oleh setiap seorang di situ. Hanya Eva saja yang tidak kenakan sebarang kostum.

Serius beritahu sepanjang perjalan tu sangat la meriah. Mana-mana Nampak Budak-Budak dan kenderaan yang dihias dengan lampu berkerlipan. Suara orang berborak, ketawa dan menyanyi memeriahkan suasana malam itu.

Biasanya pesta ini diadakan setiap bulan Halloween yang mana sudah dijadikan tradisi dalam kampung tu. Mereka akan hias seluruh kampung dengan hiasan berhantu seperti tulang rangka manusia dekat atas pokok, kepala labu berbentuk hantuk dekat pagar dan tepi jalan yang dinyalakan dengan lilin, hantu selimut putih di batang pokok dan banyak lagi hiasan.

Itu baru kawasan kampung, belum lagi kawasan pestanya.

Sampai saja di kawasan pekan yang biasanya orang pasar berniaga kini berubah menjadi kawasan funfair yang penuh dengan pelbagai jenis jualan. Dari gula-gula, pai, pakaian, topeng pelbagai rekaan, gerai permainan, mesin tinju, rumah hantu turut dibuka.

Eva yang lihat keadaan tempat itu tersengih sendiri. Berasa kagum dengan suasana pekannya. Siapa sangka dia dapat berada tempat seperti ini. Terus hilang mood sedih dan rindunya bila hadap semua ni.

"Kak Eva boleh kan sendiri?Saya kena hantar Budak-Budak tu ke pertandingan kostum mereka."laung Aster dekat tepi telinga Eva nak saing dengan suara bising dan lagu yang berkumandang di seluruh tempat itu.

Eva palingkan kepalanya ke Aster lalu buat tanda okay kepada sepupunya itu.

"Okay Budak-Budak. Bentuk dalam barisan...ikut aunt sekarang.!"laung Aster pada anak-anak buahnya yang mengenakan pakaian nanas di badan mereka.

Eva yang perhatikan langkah Budak-Budak itu ketawa kecil. Comel sungguh la mereka ni. Untung mereka sebab Budak-Budak. Tak ada masalah nak fikir, boleh berhibur, makan dan minum tanpa susah payah mencari duit sebelumnya.

KEDEBUK!

Tak semena belakang bahu Eva di langgar seseorang dari arah belakangnya. Hal itu buatkan Eva tersentak lalu gerakkan badannya untuk lihat siapa yang langar dia. Sekali bila dia toleh, dia dikejutkan dengan seseorang berpakaian serba hitam dan bertopeng muka putih mata hitam di situ.

"Mak!"latah Eva sambil pegang dadanya sewaktu pandang orang di depannya dengan mata terbutang luas. "Pandang la sikit masa berjalan tu?"sentapnya setelah itu. Tak guna!Terkejut dia.

Orang itu hanya beri tunduk maaf sambil letakkan tangan di dada.

Sambil menjeling tidak puas hati ke orang itu. Tahu la ramai orang, tapi sekurang-kurangnya berhati-hatila, Eva palingkan badannya ke depan dan mula berjalan merentasi kesibukan para pengunjung yang ada di pesta itu. Dia singgah dari satu gerai ke satu gerai. Kalau ada yang dia minat atau suka, dia akan beli. Tapi banyaknya makanan dan gerai permainan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience