Rate

Bab 60 : My Bossy Boss!

Romance Completed 77102

Di ruang tamu rumah datuk Eva....

Pada keesokan paginya, ketika semua orang sudah pun sibuk menjalani rutin masing-masing sama ada berkerja atau bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Harris di perkenalkan kepada datuk dan nenek Eva oleh Ibu Eva sendiri. Setelah sarapan sama-sama dengan saudara mara yang lain, Eva heret Harris dan ibunya ke laman untuk berbincang mengenai apa yang berlaku.

Awalnya Eva nak beritahu hal sebenar pada ibunya dan bertanya apa yang berlaku pada Harris memandangkan lelaki itu mampu berdiri dan berjalan semula. Namun sebaliknya berlaku.

What the hell!

Seperti baru ditampar dengan padu di pipinya Eva pandang tak berkedip ke dua orang manusia di depannya ketika ini. Siapa sangka orang yang dia paling percaya dalam dunia ni adalah orang yang sama mengenakan dia hidup-hidup seperti ini

"Jadi selama ibu la yang beritahu Harris setiap aktiviti Eva padanya?"tanya Eva dengan tak percaya lepas dengar kenyataan bahawa ibu dia telah mengetahui tindakan dia dengan meminta Harris supaya bantu Sadie. Dan ibunya jugak yang jadi mata telinga untuk Harris sepanjang masa mereka berjauhan selama beberapa bulan ni. Dia fikirkan Harris tidak pedulikan dirinya lagi, sekali tu...

What the heck!

Sampai hati ibu dia tak beritahu dia mengenai Harris sebenarnya menjalani terapi latihan untuk berjalan selama ini. Tanpa pengetahuan dia!

Ibu Eva kerling ke Harris dengan sengih jahatnya sebelum pandang Eva di depannya.

"Sebenarnya ibu tak mahu, tapi Harris call ibu satu hari tu dan ceritakan segalanya kepada ibu mengenai apa yang berlaku dan rancangan dia...."jawab Ibu Eva dengan bersahaja. "Mahu tak mahu terpaksa la ibu masuk campur memandangkan Harris terdesak sangat mahukan kamu"

Mata Eva gerak ke lelaki yang sedang duduk bersilang kaki dengan muka berlagak mintak penampar tu. Geram betul!

"Siapa suruh memandai. Lain kali buat lah perangai tu. Eloknya saya bagi kamu masa selama setahun supaya tidak temui saya"sakat Harris dengan renungan jahatnya.

Menjegil bulat mata Eva setelah itu. Dia pandang tak percaya ke Harris. Setahun?Hah!Tak masuk akal betul!

"So?Memandangkan urusan kamu sudah selesai. Boleh ibu tahu bila kamu berdua ni nak berkahwin?"

Eva buka mulut nak bercakap, sekali tu Harris menyampuk.

"Bulan depan."

"Bulan depan?"dengan serentak Eva dan ibunya bertanya dan pandang terkejut ke Harris.

Harris tersengih. "Ya...saya dah uruskan semuanya. Cuma tunggu pengantinnya saja.Kalau nak sekarang pun boleh."ajunya dengan bersahaja.

Eva pandang tergamam ke Harris. Sejak bila pulak Harris prepare semuanya?

"Kamu dah sediakan semuanya?"tanya Ibu Eva yang agak taken back dengan jawapan itu. Dia tak jangka jawapan itu sama sekali.

"Ya...nenek saya dan Harith bantu uruskan semuanya beberapa bulan sebelum ni. Jadi ibu dengan Eva tidak perlu pening kepala fikirkan semua tu."kata Harris sambil pandang Eva.

"Harith?Dia tak marah pada saya lagi?"tanya Eva yang teringat akan kali terakhir dia temui tuan mudanya itu.

Harris menggeleng kepala. "Dia tak pernah marah pun. Saya dah beritahu dia dari awla lagi apa yang berlaku. Semuanya itu hanya lakonan semata untuk hukum kamu.."

Cis!Tak guna!Semua nak kenakan dia!Tak nak kawan baru tau! "Menjengkelkan."cebik Eva dengan renungan menyampahnya.

Ibu Eva tepuk tangan satu kali dengan gembira. "Syukur la kalau begitu. Ibu sangat gembira mendengarnya. Akhirnya dapat jugak lihat Eva berkahwin. Tidak la ibu risau kan lagi akan diri anak yang seorang ni memandangkan ada yang mampu menjaga dia suatu hari nanti lepas ibu tiada."ucapnya dengan gembira.

Harris pandang Ibu Eva dengan senyuman di bibir.

"Kalau macam tu, kamu berdua berborak la. Ibu pergi ke kebun dulu nak beritahu berita gembira ni pada datuk dan nenek kamu. Mereka pasti tidak sabar mendengarnya!"Ibu Eva bangun dari situ.

Eva pandang ibunya hendak menghalang dari pergi dari situ, namun tidak sempat. Ibunya sudahpun tiba di depan pintu lalu keluar dari situ meninggalkan dia Bersama Harris sendirian sesaat kemudian. Tidak tahu hendak katakana apa, Eva pandang tempat lain kerana tidak senang duduk.

Harris dekat sofa dua seat tu pandang Eva dengan renungan serius dia. "Eva...ke sini sekarang."arah dia dengan nada bos yang selalu dia guna pada Eva.

Mata Eva gerak memandang Harris. "Kenapa?"'

"Ke sini je la. Nak saya cakap berapa kali?Tunggu saya tinggikan suara ke?"arah Harris lagi sambil tepuk tempat kosong di sebelahnya di sofa itu.

Eva telan air liur gemuruhnya. Malam tadi lepas Harris tiba di rumah datuknya. lelaki itu sama sekali tidak sempat hendak Bersama dengan dia sebab dihurung denagn para saudara dan sepupunya sampaikan dia terpaksa tidur Bersama dengan sepupu perempuan yang lain. Manakala Harris Bersama pakcik saudaranya.

Harris topang kepala dengan tangannya yang di siku atas head rest sofa itu. "Sini..."

Dengan tidak sabar, Eva terus bangun dari situ. Hihi!Coming!Dia jalan ke Harris sebelum naik atas sofa tu dan peluk badan tu sebelum mengucup pipi tu berkali-kali. Melampiaskan rasa rindu yang berkumpul selama ini.

Harris hanya ketawa kecil taktala dibuat begitu dengan Eva. "Sorry?"ucapnya semasa Eva peluk lehernya sewaktu wajahnya dijarah dengan bibir tu.

Eva berhenti, dia pandang muka Harris dengan kening terangkat. "Siapa?Saya ke awak?"tanya dia.

"Saya."jawab Harris.. Dia tahu yang dia tak patut kenakan Eva macam ni. Tapi nak buat macam mana. Budak nakal kena di ajar. Biar serik!

Terus Eva mengangguk kepala. "Awak dimaafkan."balasnya.

"Jangan mintak saya tinggalkan kamu lagi Eva."arah Harris sambil pegang belakang kepala Eva lalu berikan kucupan di dahi tu sebelum tumbangkan Eva atas sofa mahu mengucup bibir pula.

"Dasar Bossy Bos!"kata Eva sewaktu bersedia mahu mengucup bibir Harris.

Pada masa itu la pintu rumah terbuka dengan tiba-tiba. Buatkan Harris dan Eva yang baru sahaja hendak bercumbuan di situ, terus kaku dalam kedudukan tersebut memandang ke arah pintu rumah.

"Oh my god!"Aster tekup mulutnya dengan muka terkejut dia. "Guys!Please!Take a room!"ujarnya sambil tutup mata dengan tangan lalu kembali keluar dari situ semula.

Melihatkan pemergian Aster dari situ, Eva dan Harris saling berpandangan buat seketika sebelum kedua-duanya saling ketawa dengan keadaan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience