Rate

Bab 27 : Mintak Suap!

Romance Completed 77102

Tengok!

Dah agak punya!

Lelaki berusia 35 tahun ni mesti buat perangai Budak 5 tahun cerewet memilih makanan punya!

Nak patah pinggang dia ke hulu hilir cari makanan, kesudahannya, tak di makan pun!

Eva terduduk dekat sofa tu dengan muka mengalahnya, dia pandang tak percaya ke Harris yang sedang buat muka tak puas hati padanya.

"Kenapa?Apa lagi yang tak puas hatinya?Tuan tahu tak saya dah ke hulu dan hilir mencari restoran mahal semata nak order makanan ni untuk tuan?Apa yang kurangnya lagi?"sungut Eva Bersama muka pasrah dia.

Mata Harris kerling ke meja kaca depan sofanya itu. Memang mewah dan Nampak menyelerakan. Tapi bukan makanan ini yang dia mahukan. Kenapa lah Eva ni lambat pick up!Nak dia cakap terang-terang jugak ke! "Dah saya cakap ianya tak kena dengan tekak saya. Kamu nak saya buat apa?Nanti kalau saya paksa makan, saya sakit, kamu nak jaga saya ke?"ujarnya dengan nada jengkel. Geram betul!

Mulut Eva ternganga sedikit taktala mendengar rungutan Harris. Mujur la dah lima tahun dia hadap perangai ni. Kalau dia pekerja baru masuk seminggu, lama dah dia berhambus dan angkat kaki tak kembali lagi ke syarikat ni! Asal mana agaknya Harris ni?Kenapa la pelik sangat perangainya!?

"Habis tu tuan beritahu la saya, apa tuan nak makan sebenarnya ni?Kalau tuan buat perangai macam ni sampai bila-bila la tuan tak makan tengah hari. Mana la saya tahu apa yang tuan nak makan sekarang dan apa yang kena dengan tekak tuan?"luah Eva sambil lemparkan tangan kesalnya ke meja yang penuh dengan hidangan sushi, curry, daging stik, lamb chop and mashed potato, rib eye steak...apa lagi..semua benda mewah ada dekat meja ni! Nanti nak mengemasnya dia jugak jadi mangsanya.

"Nak jugak ke saya beritahu kamu?"tanya Harris dengan muka bengang dia. Controller pada kerusi rodanya di pegang kuat menahan sabar. "Apa gunakan otak degree empat tahun kamu tu kalau tak digunakan. Benda simple macam ni pun tak boleh nak fikir?"bebelnya lagi.

Bengang dengan semua bebelan itu, Eva memukul sofa yang ada di sisinya dengan kuat. "Hish! Stress la saya macam ni. Saya lari nanti baru tahu. Biar tuan cari PA baru!Saya nak berhenti tak bagi, ni sekarang layan saya macam mintak saya berhenti kenapa!"luahnya. Sumpah bengang betul dia!

Kening Harris mencerun tajam. Kecik besar dia pandang Eva ni. Fine dia beritahu, tapi sebelum tu biar dia bagi syarahan sikit dengan PA kesayangan dia ni! Slow sangat kan!

"Habis tu dah kamu tu bebal sangat sampai benda macam ni pun tak boleh nak faham. Mana saya tak marah. Cuba la peka sikit jadi orang tu?Saya ajar awak berapa kali?Peka!Sensitif terhadap persekitaran. Perhatikan dengan teliti!. TE.LI.TI. Fahamkan perkataan tu."ujar Harris sambil tunding jari pada lengan kerusi rodanya.

Eva gigit bawah bibirnya menahan marah, nafasnya naik turun nak mengamuk. Renungan maut diberikan pada Harris. Bila datang kepala angina bosnya ni, muka handsome ke apa ke dia dah tak pandang dah! Kalau dah kepala angin!Kepala angin la yang dia Nampak sekarang ni! Asyik-asyik dia je yang kena.

"Habis tu apa yang saya terlepas pandang ni?Saya bukan bijak macam tuan. Sebab itu tuan kena beritahu dekat PA bebal tuan ni apa dia patut buat. Bukan condemn dia macam dia ni tahu semua benda!"bidasnya yang sudah tercebik nak menangis. Sakit hati dia! Ada ke panggil dia bebal!Benci betul!

Harris lepaskan hela nafas dengan kasar masa tilik wajah Eva yang sudah bercemberut seperti mahu menangis. Bukan sekali dua dia Nampak semua ni, banyak kali. Kesian tu memanglah kesian, tapi nak buat macam mana, dah dia suka bila tengok Eva macam ni. Dia tak boleh buat apa-apa mengenainya!

"Selama ni saya banyak makan makanan yang datangnya dari siapa?"tanya Harris.

Eva pandang Harris dengan kening berkerut ingin tahunya sebelum buat muka berfikir. Dai cuba imbas balik saat-saat sewaktu Harris makan. Hmm..kalau difikirkan balik, banyaknya Harris makan makanan yang dia bawa atau dia masak atau yang dia sediakan sendiri. Selain tu memang susah sangat nak Nampak Harris sentuh makanan lain.

"Saya?"Eva kemudiannya tunjuk dirinya sendiri.

Setelah itu Harris jungkit kening sebelah kiri lalu silangkan tangan ke dada yang di dabik bangga. "So?"

Eva masih belum dapat tangkap apa yang cuba di sampaikan oleh Harris. "Apa yang 'so'nya?"

Macam nak baling barang dekat Eva, Harris turunkan tangan dia dari dada dan gerak seperti mahu bangun dari kerusi rodanya. "Hish!Ini...tengok la!Mana saya tak marah. Kamu dengan perangai blur kamu tu!Ahh...naik la tekanan darah macam ni!"bentak dia.

Eva menikut ketakutan. Dia pandang Harris sambil mencebik bibir. Kenapa?Apa yang dia dah buat!

Fed up dengan pertengkaran ini, Harris picit batang hidungnya lalu memejam mata sebelum berkata. "Mulai hari ni, selain makanan yang kamu sediakan Eva.,. Saya takkan makan makanan lain. Jadi set kan dekat otak kamu tu, untuk sediakan makanan buat saya. Yang mana hanya kamu yang sediakan bukan orang lain."beritahu dia sebelum membuka mata memandang Eva.

Eva buat muka tercengang dia lepas dengar. What?Dah la kena jadi PA, driver, dan sekarang tukang masak?Serius?Ingat dia ni apa?Kalau jadi isteri pun tak teruk macam ni la! Melampau betul. "Tapi tuan saya-"

"Faham tidak?"potong Harris serta merta yang tidak memberi peluang Eva menolaknya.

Menarik muncung memprotes Eva pandang tak mahu pada Harris.

"Faham tidak!"ulang Harris lagi dengan nada yang lebih tinggi.

Melompat terkejut Eva dengan suara lantang tu. Dia memejam matanya lalu mengangguk kepala laju. "Ya, saya faham tuan!"sambutnya dengan nada yang sama tinggi sebab reflex terkejutnya!

Harris Tarik sengih meleret puas hati lepas dengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience