Rate

Bab 20 : The B*tch!

Romance Completed 77102

Hari Isninnya

Dengan semangat berkobar-kobar Eva bangun awal. Dia bersiap seperti biasa. Dan agak terober pulak hari ni sebab kenakan barangan yang dia terima oleh Hariss. Yalah, orang dah dibagi, takkan la nak buat pameran kan dalam almari tu,mesti la perlu di pakai. Kalau tidak membazir je. So dia pakaila baju baru, kasut baru, make up baru, minyak wangi baru.Barang hiasan baru. Pendek cerita semuanya bau baru. Dia apa lagi senyum sampai ke telinga la gamaknya!

Muahahah!

Akak diva tumpeng lalu eh!

Niatnya awal pagi tu nak tanya Harris soal tindakan lelaki tu suruh Harith keluar dengan dia dan belanja dia semua barang ni.

Sekali...hampeh!

Dekat setengah jam dia ketuk pintu dan tekan loceng macam nak pecah peti loceng tu. Malas nak tunggu, dia tekan la password kod lock pintu.Sekali tu apa?

Tak orang dekat rumah!?

What the hell!

Ingat dia ni tunggul apa!

Cakap la kalau tak ada dekat rumah!

Ini tidak buatkan dia tertunggu macam ayam hilang anak dekat koridor.

Mulanya ingatkan dia dapat temui bos Si kepala angin di pejabat. Rupa-rupanya tak ada jugak. Tidak tahu nak buat macam mana, dia pun jalani rutinnya sebagai setiausaha seperti biasa la. Sekali pun tak terlintas nak call atau cari tahu kemana si kepala angin tu berada. Yalah, pergi lantak la situ apa orang tua terlebih hormone tu nak buat. Kalau datang, kerja la. Kalau tak datang, hmm...suka hati la!

Namun begitu, dia sangkakan harinya akan ceria dan gembira kerana bosnya tiada, yalah tak dengar makian dan bentakan dari lelaki tu kan. Tak sampai tiga jam dia duduk dekat meja PAnya, Eva dah kebosanan. Dia selesaikan kerja-kerjanya dalam sekelip mata...tup-tup, tak ada satu panggilan, tak ada satu suara marah-marah mahupun bentakan dari Mr.Grumpy.

Sunyi pulak dia!

Buat pertama kalinya dia rasa macam ni.

Selama ni kalau boleh dia nak berhambus sangat dari berada berdekatan dengan kewujudan Harris. Namun sejak dia cakap yang dia nak berhenti, sejak itu Harris kalau boleh tak nak pandang atau hiraukan kehadirannya.

Knock!

Knock!

Ketukan pada permukaan meja kedengaran.

Eva yang sedang menaip email melalui keyboardnya gerakkan mata ke depan meja lalu terpandang wajah wanita bengis dengan renungan berlagak di situ.

Sadie!

"Aku nak berjumpa dengan Harris."beritahu Sadie dengan nada tak Sukanya.

"Tak ada."jawab Eva dengan nada malas sebelum pandang ke skrin computer. Dia kembali menaip.

Sadie tanggalkan cermin mata dari mukanya dengan menyampah. "Dia ke mana?"

"Tak tahu."jawab Eva dengan nada yang sama. Sama sekali tidak peduli dengan kehadiran Sadie. Sebab dia sendiri tak tahu kemana Harris pergi.

"Apa jenis PA kau ni hah!Bos sendiri ke mana tak tahu!Reti buat kerja tak ni?"bebel Sadie dengan jengkel di situ.

Malas nak pedulikan komen itu Eva buat-buat selak kertas yang ada dalam fail di situ. Mana la tahu kalau dia buat tak peduli Sadie akan berhambus dari situ.

"Aku tak Nampak dia dekat apartment kebelakangan ni...kau tahu apa-apa tak pasal tu?"soal Sadie lagi yang menilik Eva dengan perasaan berapi. Mana taknya, penampilan Eva sendiri kalah dengan dirinya. Semuanya Nampak mewah dan kenapa PA Harris ni makin lama makin cantik. Rasa insecure pulak dia!

Dia pun nak tahu. Kenapa kebelakangan ni susah sungguh dia nak temui Harris. "Tak tahu."jawab Eva dengan mendatar.

Menyirap dengan layanan dingin yang diberikan Eva, Sadie dengan kasar menolak semua barang yang ada dekat atas meja tu jatuh ke lantai dengan kasar.

SPRAA!

Terus berdiri tegak Eva setelah itu. Dia pandang dengan mata ketakutan taktala semua itu berlaku dalam sekelip mata. Habis bersepah kertas, fail, telefon skrin monitor dan laci kecil dekat atas lantai tu. "Apa ni cik Sadie!"tempiknya setelah itu dengan nafas naik turun terkejutnya.

"Itu akibatnya kau kurang ajar dengan aku!Sedar sikit kau tu cuma orang bawahan. Respect la orang atasan macam aku ni!"bentak Sadie dengan berang.

Eva mengetap gigi menahan sabarnya. Orang atasan?Siapa orang atasan dia sekarang ni. Kepalan penumbuk di genggam dengan erat.Perempuan ni kan. Dia dah lama sabar tahu tak. Semua perangai dan tindak tanduk Sadie ni. Dan sekarang tak lagi. "Saya berkerja untuk Tuan Harris bukan untuk Cik Sadie. Sama ada Cik Sadie ni orang kaya atau anak orang besar sekalipun, ianya bukan urusan saya!"

"Apa kau cakap!Kau nak kena dengan aku ke!"cabar Sadie yang maju kedepan mahu menerkam Eva.

Eva apalagi. "Apa?Cik nak apakan saya. Buat la. Ingat saya takut. Ingat sikit. Cik ni orang luar. Orang yang tiada pas atau hak untuk keluar masuk tempat ni macam tempat ni cik punya tahu tak. Saya ada hak untuk buat laporan atas alasan menceroboh. Cik sentuh saja sehelai rambut saya...jangan salahkan saya kalau cik berakhir di belakang bar penjara!"beritahu dia dengan yakin. Hak alah perempuan ni, nak tunjuk samseng dengan dia pulak. Tahu tak dia ni samseng lama dekat sekolah lama dia. Nak cari pasal tengok kaki la! Dasar zirafah mulut jeber!

Mulut Sadie terbuka tutup hendak katakan sesuatu. Tapi tak ada satu pun perkataan yang keluar darinya sebab dia terpana sendiri dengan kenyataan Eva. Mahu tak mahu terpaksa la dia mengalah. Bersama muka kebengangan, dia tunding jari beri amaran. "Kau tunggu eh. Tahu la apa kau nak buat nanti!"katanya sebelum berpaling dari situ dengan hentakan kaki tak puas hati.

Eva mencekak pinggang. "Dipersilakan. Saya tunggu!"laungnya sambil perhatikan langkah gedik Sadie si punggung tonggek tu!Acah nak tunjuk samseng konon!Ceh!Kempiskan punggung tu dulu. Baru cari pasal dengan dia!Kang dia tendang berderai semua segala silicon dekat badan tu!Sia-sia hidup!

Setelah kelibat Sadie menghilang di pintu lif, Eva pandang letih akan sepah yang ada di depannya. Sudahla hari dia moodie macam ni, bertambah moodie dia bila hadap semua ni!

Arghh! Mana la Harris ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience