Rate

Bab 6 : Keluarga Jennings

Romance Completed 77102

Banyak-banyak perkara yang dia tak suka tentang bekerja dengan bosnya ada satu perkara yang buat dia suka berada di sini.

Iaitu keluarga Jennings.

Dibandingkan karakter Harris, ahli keluarga lelaki ini lebih mesra dan sangat la penyayang. Cakap pun lemah lembut, perlakukan para pekerjanya pun dengan baik. Tidak seperti Harris. Asyik nak menyentap dan marah-marah saja. Macam lelaki tu je yang ada emosi.

Menjadi keluarga yang kaya dan berpengaruh biasanya sesetengah orang bawak diri mereka menjadi seseorang yang sombong, bongkak dan suka perendahkan orang lain bukan?

Tapi tidak dalam keluarga ni. Sekalipun mereka kaya raya dan berkuasa. Mereka tetap amalkan kehidupan bersederhana. Menjaga kebajikan para pekerja serta lakukan banyak charity untuk mereka yang memerlukan dengan senyap-senyap tanpa media bagai.

Dan semua ini menjadi alasan utama Eva jadi bertahan sehingga sekarang. Sebab keluarga Jennings sudahpun bonding dengan dia sejak kali pertama dia jejak kaki ke dalam keluarga ini pada bulan pertama menjadi PA Harris. Mereka perlakukan dia dengan baik. Malah siap meminta pada dia supaya jangan berhenti.

"Oh my...you here."sambut wanita bersanggul kemas dan mengenakan t-shirt labuh lengan pendek dan seluar peluh dari depan pintu rumah kepada dua orang yang sedang berjalan mendekat.

Brenda, nenek kepada Harris,68 tahun. Seorang aktivis dan pemilik tiga buah rumah yayasan dan rumah anak yatim. Seorang wanita yang bersemangat dan ceria. Kelihatan muda dari usia sebenarnya. Dia buka pintu seluasnya sebelum tunduk menyambut kepulangan cucunya.

"Hi grandma."sapa Harris semasa memeluk neneknya sekejap.

"Hi..."Brenda gosok belakang badan Harris sebelum lepaskan pelukan untuk sambut wanita yang sedang sarat membawa barang di tangan. "Hai Eva...banyaknya barang kamu bawa. Mari saya tolong."

Eva tersenyum lebar sewaktu mendekat. "Tak apa puan. Saya boleh bawa. Mari la masuk. " katanya sambil menggeleng kepala.

Brenda beri laluan untuk Harris sebelum capai dua beg kertas dari tangan kiri Eva yang memeluk bungkus beg kertas dengan tangan kanan. "Kenapa banyak sangat barang ni?"tanya dia sambil tu.

Eva buat muka berserahnya. Well...rasanya sebab siapa ya dia kena bawa semua barang ni sendirian?
"Tuan Harris yang belikan. Katanya sebagai buah tangan."beritahunya dengan senyuman pahit di bibir. Semakin menipis dinding kesabaran dia sekarang ni!

Ceritanya bermula begini,

Pagi tadi bangun je dia jam 6 pagi, Eva dapat panggilan dari Harris. Lelaki tu call dia supaya sediakan sarapan dan pakaian untuk lelaki tu. Biasanya Harris sarapan dekat luar dan uruskan diri sendiri. Entah angin apa yang merasuk bosnya, tak pasal-pasal dia keluar rumah untuk ke apartment Harris dan buat apa yang diarahkan. Tak mandi tak apa. Datang macam tu je. Dah siapkan sarapan dan pakaian semua, Harris seperti biasa uruskan diri sendiri kemudian baru la sarapan. Masa sarapan tu Harris tak henti-henti berikan dia tugasan. Lakukan itu ini belikan itu dan ini. Singgah ke situ dan singgah ke sini. Dia nak bersiap pun dah macam lipas kudung tak cukup tangan dengan kaki.

Tak sempat sarapan minum pun tidak. Baru la mereka tiba di kediaman Jennings.

"Haih...kenapa la susahkan diri. Ini mesti Harris nak buli kamu lagi. Sebab itu dia suruh kamu buat itu dan ini."ujar Brenda sebelum senyum.

"Tak ada la. Mana ada Puan Brenda."nafi Eva sedangkan dia tahu mungkin betul. Tapi kenapa Harris nak buli dia? Memang ini kan peramgai Harris. Suka menyakitkan hati dan menjengkelkan orang.

Brenda dorong Eva masuk ke dalam rumah sambil berkata. "Berapa kali saya beritahu, panggil saja Brenda. Tidak perlu berpuan segala. Bukannya tak kamu tak biasa dengan saya?"

Eva baru nak buka mulut untuk berkata, namun Harris yang ada dekat depan menyampuk.

"Tak payah nak mesra sangat. Pekerja dengan majikan perlu ada batasannya. Jangan nak manjakan sangat dia tu, Nek."ujar Harris.

Seriously?Apa isu bosnya pagi ni?Kenapa grumpy sangat?Dia buat salah apa sampai nak buat perangai tak guna macam ni?Dia perhati je sejak awal pagi tadi. Dari kata-kata sehingga la tingkah Harris seakan marah pada dia?Masalahnya marah sebab apa?Sakit pulak hati!Eva gigit bawah bibirnya menahan sabar sewaktu memerhati kelibat Harris yang bergerak merentasi koridor di depannya sebelum menghilang di sebuah selekoh.

"Haih...kamu jangan la ambil hati sangat dengan Harris tu ya. Dia tu memang suka cakap main lepas. Tapi dia seorang lelaki yang baik. Kamu tahu tu kan?"pujuk Brenda semasa memegang belakang bahu Eva mahu memujuknya.

Sedaya upaya untuk tidak kelihatan jengkel dan marah. Eva Tarik senyuman terpaksa dia lantas mengangguk kepala. "Baik Puan."balasnya.

"Mari la...sarapan. nanti lewat pula kamu berdua masuk kerja."ajak Brenda setelah itu.

Eva pun mengangguk kepala patuh sewaktu gerak palingkan kepala memandang ke depan semula.Dalam diam dia sumpah seranah bosnya! Tunggu la...tunggu je masanya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience