Rate

Bab 41 : Tiga Hari Rindu!

Romance Completed 77102

Semua ni terlupa punya pasal.

Disebabkan terlupa dia kena lakukan semuanya dalam keadaan yang tergesa-gesa dan buatkan jadual hariannya sangat penuh.

Selain itu dia kena undercover sebaik mungkin supaya tidak kelihatan mencurigakan atau ditangkap Harris.

Nasib baik la ada sidekick yang sudi tolong dia selesaikan mana yang dia tak boleh nak selesaikan ketika sedang bertugas untuk Harris.

"So hari ni tuan tak ada janji temu, makan malam tuan dibatalkan sebab klien tuan isteirnya bersalin. Dua dokumen penting untuk perjanjian saham sudahpun dia faks pada Syarikat EW. Pihak konsultan dari Syarikat Pelaburan EG hantar laporan audit hari ni dan sudahpun dihantar pada ayah tuan. Tuan ada makan malam dengan Tuan Muda Harith. Last sekali hari ni saya balik awal."beritahu Eva dengan satu nafas di depan meja Harris.

Lagi sekali?Harris jungkit kening kirinya.

Semua tu dia tak dengar. Apa yang dia dengar adalah perkataan terakhir sekali. "Kenapa?"tanya Harris dengan muka grumpynya.

Sepanjang ucapan itu, Harris yang dengar menopang sikunya atas lengan kerusi roda sambil memegang bibirnya memerhati Eva dengan renungan bengang. Mana dia tak bengang. Just imagine. Okay, kalau sehari tu dia boleh terima lagi. Tapi kalau dah tiga hari berturut-turut balik, melampau namanya tu!

Selama tiga hari ni jugak Eva susah sungguh untuk dia lihat dekat company. Kalau jumpa pun masa dia ada meeting atau berjumpa dengan klien.Atau masa untuk dia makan. Lepas tu, lesap entah ke mana. Tak ada khabar tak ada berita. tak maklumkan dekat dia?Apa yang Eva buat sebenarnya ni?

Eva menjungkit kening. "Apa maksud tuan kenapa?"

"Kenapa nak balik awal?"soal Harris.

'Apa lagi!Nak siapkan preparation last la. Kan hari ni hari lahir kau'Eva gumam sendiri dalam hati. "Ada hal yang saya perlu uruskan."beritahunya.

"tak boleh. Beritahu Harith. Saya tak nak jumpa dia.Kamu balik dengan saya."tegas Harris yang kemudiannya capai telefon bimbit dia.

"Tuan tak boleh lakukannya. Kita dah tandatangan agreement. Dalam agreement baru tu tuan sertakan saya boleh keluar awal sekiranya saya mahu. Tanpa syarat. Tuan lupa?"bidas Eva yang mengungkit akan kontrak masa dia nak berhenti kerja dari sini hari tu. Harris sendiri yang sediakan takkan lupa.

Tak jadi Harris nak buat panggil ke Harith. Dia pandang Eva dengan muka terkejut. Dia ada buat?Haish!Apa kejadahnya la dia buat syarat macam tu. "Still...arahan saya adalah satu perintah. Kamu perlu ikut. Lagipun apa yang kamu nak buat balik awal?"sejak Leo keluar dari syarikat ni, sejak tu Eva busy. Takkan la Eva temui Leo senyap-senyap.

Eva buat muka hampir nak mencarut bila Harris taknak berundur,Dasar si keras kepala. Apa yang susah sangat nak lepaskan dia. Bukannya dia nak kemana-mana pun. Lagi-lagi lepas Leo pergi dari sini, makin bebas dia rasa nak ke mana-mana dalam syarikat atau keluar. Susah noh!

"Alah...kali ni je.."tidak tahu nak buat macam mana lagi, Eva jalan keliling meja tu sebelum berhenti dekat sebelah kiri kerusi roda Harris.

Harris lirik akan langkah Eva dengan renungan curiganya. Apa lagi ni!

"Saya janji...kali ni je saya balik awal."tangan Harris yang berada pada alat cotroller kemudiannya dicapai Eva. "Tuan baik kan."dia pegang tangan tu dengan kedua-dua tangan dan lemah lembut. "Tuan balik dengan tuan muda...okay."rayu Eva sambil sandarkan pipinya ke tangan Harris. Ini je caranya. Dia tak nak Harris marah-marah. Nanti rosak mood lelaki ni, tak seronok pulak sambut parti hari lahir!

Harris perhatikan tangan dia yang dipegang Eva rapat dekat pipi tu. Ingat dia nak termakan apa dengan pujukan ni. Dengan kasar dia Tarik tangan dia dari pipi Eva. "Kalau saya kata tak boleh, Maksudnya tak boleh. Kamu balik dengan saya hari. Tak ada balik awal."

Haish. Tak menjadi ke?Eva buat muka menyampahnya semasa berdiri tegak semula. Matanya tunduk memandang Harris yang dengan merenung dia seperti mahu telan dia hidup-hidup. Fine. Kalau tak bagi ingat dia kisah.Izinkan atau tidak. Dia akan pergi jugak. Sebab kek dia belum ambik dari kedai ke, Nenek Brenda mintak tolong dia untuk siapkan persiapan terakhir sebelum ketibaan Harris nanti. "Suka hati situ. Saya nak balik awal jugak. So saya pergi dulu. Excuse you!"pamit Eva yang terus bergerak pergi dari situ.

Menjegil mata Harris lepas dia tengok perangai sassy Eva. Hilang sabar terus dia! "Eva Naomi!Stop right there!"arahnya sambil tunding jari ke arah Eva.

Tersengih dengan bangga, Eva jalan keluar dari situ tanpa berpaling. Alah...marah sekejap je. Nanti Harris tahu la kenapa dia balik awal. Conform tak marah lepas tu!Pintu pejabat itu di tariknya ke dalam sebelum dia melangkah keluar dari situ, meninggalkan Harris yang terpekik-pekik memanggil namanya di belakang.

P/s. Sorry lambat update hari ni...sibuk lyn drama cina ni hah...try la tgk jugk. tajuknya 'Love Is Sweet.' Serious talk..best GILERRR!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience