Rate

Bab 28 : Mulut Celupar!

Romance Completed 77102

Malamnya....

Seperti yang dikatakan oleh Leo, malam itu memang ada makan malam. Dua jam sebelumnya, Ibu Eva menghubungi Eva supaya hadirkan diri ke sebuah restoran di sebuah hotel lima bintang. Sampai saja di situ, Eva disapa oleh Leo dan ayah lelaki tu. Kemudian ibunya dan suami ibunya, si atuk yang tak banyak mulut. Pendek ceritanya, ibu Eva pilih lelaki yang tua sebab malas nak bergaduh!

Selepas itu, mereka berbual sedikit. Eva tidak bercakap. Yang banyak bercakapnya ialah ibu dia dan juga ayah Leo. Sementara Leo, sekejap-sekejap cuba bercakap dengan Eva. Tapi Eva hanya balas acuh tak acuh saja dengan lelaki tu.

"Apa pendapat kamu Eva dengan Tarikh tu?"soal Ibu Eva dengan tiba-tiba.

Eva yang sedang termenung mencucuk makanan dalam pinggan dia sebab tak ada selera gerakkan mata dengan malas. Dia pandang ibunya buat beberapa saat tanpa beri sebarang respon. "Apa ibu cakapkan tadi?"tanya dia yang tidak dengar sepatah pun apa yang diborakkan oleh mereka tadi.

Ibu Eva buat muka. "Seriously?Sejak tadi ibu bercakap, habiskan air liur saja la. Kamu langsung tak dengar."soalnya dengan nada tak percaya..

Eva menjungkit bahu tidak kisah.

"Saya rasa kita batalkan saja rancangan ni aunt."sampuk Leo tiba-tiba.

Huh?Eva palingkan kepalanya dengan pantas ke kanan. Memandang Leo yang duduk bersebelahan dengan dia waktu ini. Batalkan?

"Kenapa?Kita dah rancang elok-elok kan. Kenapa nak batalkan pulak?"tanya Ibu Eva dengan muka terkilannya.

Leo Tarik sengih meleretnya sewaktu palingkan kepala ke Eva. "Sebab Eva dia sedang bercinta dengan orang lain sekarang ni. Saya rasa tak elok kalau kita rosakkan kebahagian orang lain demi kejar kebahagian sendiri?"katanya sambil memandang Eva, dia sedang cabar Eva. Dia nak tahu betul atau tidak Eva Bersama dengan orang lain! Dia tahu, Eva sangat sayangkan ibunya. Jadi dia yakin Eva pasti akan berkata jujur sekiranya di tanya.

Menjegil bulat mata Eva dibuat kenyataan tak berasas itu. Dia pandang tak percaya ke Leo kerana lelaki ni bermulut celupar sampai cakap hal ini di depan ibu dia! Sengaja apa!

"Apa?Eva bercinta dengan orang lain?"Ibu Eva yang tidak menyangka akan kenyatana itu buat muka tak faham dan kebingungannya. Setahu dia la, apa saja yang berkaitan dengan Eva dia sentiasa tahu mengenainya. Jadi tak mungkin la dia tak tahu Eva sedang Bersama dengan orang lain. Kalau dia tahu, tak adanya dia aturkan semua ni! "Eva...betul ke?"tanya dia pula pada anaknya.

Berasa dumbfounded dengan keadaan itu, Eva pandang ke ibunya dengan mulut tercengang dan kening berkerut. Tak guna betul Leo! Lelaki ni tahu macam mana nak kenakan dia semula. "Hah?Eva-"dia pandang ke Leo semula kegeraman. Ni semua salah Leo!

"Dia beritahu saya tengah hari tadi. Ya tak Eva?"sambung Leo. "beritahu la. Kan awak yang beria nak batalkan perkahwinan ni?"ajunya sambil menjuih dagu ke Ibu Eva.

"Eva Naomi!"panggil suara itu dengan geram.

Takut-takut Eva pandang ke ibunya. Apa dia nak cakap ni!Mati la! "Ya ibu."sahutnya.

"Betul ke semua ni?Kamu jangan Malukan ibu. Kalau benar kamu Bersama dengan orang lain, patutnya kamu beritahu ibu. Bukan Malukan ibu depan mereka macam ni.."bebel Ibu Eva dengan muka tak puas hati dan kemerahan kerana marah.

Mana ada. Dia tak Bersama dengan sesiapa. Ianzya hanya alasan semata!Dan Leo si mulut celupar ni sengaja ungkit semua ni sebab nak bagi dia susah. "Ibu, bukan macam tu. Eva cuma-"

"So isunya sekarang awak ada teman lelaki atau tidak?"potong Leo serta merta. Tidak mahu Eva mengelat!

"Ya...adakah kamu mempunyai teman lelaki Eva?"desak Ibu Eva pula selepas dengar soalan itu. "Adakah ianya hanya alasan untuk kamu lepas dari perkahwinan ni?"tuduh dia selepas teringat akan sesuatu.

Eva dalam dilemma. Dia pandang ke ibunya dengan renungan teragak-agak. Tidak tahu nak jelaskan macam mana. Kalau dia kata ya dia ada teman lelaki, siapa pulak orangnya. Dia tak boleh main sebut je. Nanti jadi satu hal pulak untuk dia cipta teman lelaki palsu yang entah siapa-siapa. Kalau dia kata tidak pula, mesti Leo fikir lelaki tu yang menang dalam hal ni sebab Leo memang tahu dia menipu dan tiada teman lelaki! Dia tak nak mengalah. Masalahnya sekarang dia betul-betul mati akal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience