Rate

Bab 61 : Happy Ending

Romance Completed 77102

5 Tahun kemudian.

Bingkai gambar keluarga dengan bilang ahli yang ramai tergantung di atas perapian. Dua orang datuk nenek duduk di atas kerusi. Tiga lelaki berdiri di barisan belakang. Dua darinya di apit pasangan. Dan dua orang anak kecil duduk di pangkuan datuk dan nenek mereka. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dan setiap di wajah masing-masing tersenyum di bibir masing-masing.

"Checkmate!"sebut Harris sambal pandang Harith yang duduk menghadapnya.

"Haih...malas la aku macam ni kalau selalu kalah dengan kau."keluh Harith semasa duduk sandar ke belakang kerusi dimana dia sedang duduk.

Ketika itu muncul satu kepala kecil dari tempat duduk Harris. "Nak naik."mintak anak kecil berusia 4 tahun itu semasa cuba panjat riba Harris.

Kepala Harris serta merta tunduk memandang ke bawahnya. "Mana mama kamu?"tanya dia semasa dukung anak kecilnya itu naik ke atas lalu di dudukan atas ribanya.

"Dekat luar..dengan Aunt Eva."beritahu Rania yang cuba capai buah catur yang ada di depannya.

Harith ketawa. "Hello cik adik...mana satu ayah kamu ni hah?Suka hati je duduk situ. Sini dekat dengan ayah."panggil dia pada anaknya itu.

"No."geleng Rania.

Harris tersenyum. Dia gosok kepala anak Harith itu dengan senyuman lebar. Pada masa dia hendak capai buah caturnya muncul dua orang wanita dari arah pintu masuk ke ruang tamu itu. Masing-masing sedang ketawa. Buatkan niatnya terhenti kerana mahu memandang.

"terima kasih untuk keknya. Nanti saya masakan pai pulak ya?"tanya Eva sambil pegang kotak kek warna merah jambu di tangan kanannya.

"It okay..."balas wanita berambut bob cut itu kepada Eva.

"Dari mana awak berdua ni?"tanya Harith yang palingkan kepala ke isterinya dan Eva.

"Luar..temankan Henry main tadi"jawab Eva yang terpandang Rania sedang duduk di pangku Harris. Lantas dia tersenyum. "Siapa yang menang kali ni?"soal dia kepada Harris.

Dengan bangga Harris jungkit keningnya pada Eva. "Siapa lagi.."

Eva ketawa. "So hari ni Harith la yang masak untuk makan malam kita."aju Eva.

Harith mengerang kejengkelan. "Serious?Kenapa saya jugak?"keluhnya.

"Saya tolong.."aju isteri Harith.

Harith bangun dari situ lalu gerak ke arah isterinya dengan kening berkerut. "Saya yakin Harris main tipu."gumamnya.

"Nak ikut!"panggil Rania dekat belakang yang terkedek-kedek turun dari Harris lalu berlari mendapatkan ayah dan ibunya.

Harith pandang ke Rania lalu hulur tangan mahu mencapainya. "Tadi kata tangan ikut.."selorohnya. Rania hanya ketawa lalu jalan seiring dengan ibu dah ayahnya keluar dari ruang tamu itu.

Melihat keletah keluarga itu, Eva tersenyum pada mereka sebelum gerak menyertai Harris di sofa lalu duduk di sebelahnya. "Good job hubby!"dia beri thumbs up seusai duduk di samping Harris. Boleh la dia berehat dari memasak.

Harris menyambut Eva lalu bawa Eva rapat ke sisi rusuk kanannya. "Biasa.."balasnya. "Mana Henry?"

"Ada dekat luar sana. Main dengan neneknya."jawab Eva sebelum terpandang bingkai gambar keluarga Harris. Wajah-wajah di situ di pandangnya dengan senyuman lebar di bibir. Banyak hal telah terjadi selama lima tahun ini. Dan tak sangka semuanya itu berlalu dengan pantas.

Siapa sangka aturan hidup ni kan?

Unexpexted dan penuh dengan twistnya!

Tidak lama selepas itu, Eva dan Harris pun berkahwin. Mereka tinggal Bersama-sama namun berasingan rumah dengan orang tua mereka. Harris kini mewaris syarikat ayah dia. Harrison pencen dan habiskan masa di rumah Bersama datuk dan nenek Harris.

Duka citanya Sadie meninggal dunia selepas bertarung nyawa buat beberapa bulan melawan kansernya.Yang mana dijaga oleh Eva sepanjang masa itu. Eva la yang temani Sadie dan jadi kawan wanita itu sehingga la Sadie hembuskan nafas terakhirnya.

Pada masa yang sama Harith pulang ke luar negara tempat belajar lamanya. Katanya ada urusan kerja. Sekali tu bila pulang bawa calon isteri la pula. Iaitu rakan satu universitinya. Tidak lama kemudian, Harith pun berkahwin selepas Eva lahirkan anak pertamanya. Lepas setahun Harith pula dapat anak pertamanya.

Ibu Eva dan suaminya bersama untuk tiga tahun sebelum lelakinya meninggal dunia kerana sakit tua. Setelah itu Ibu Eva yang warisi semua harta orang tua itu. Dan menguruskan segalanya.

"Mama?Papa?"panggil suara Budak lelaki dari sebelah sofa tempat diaman Eva dan Harris sedang duduk.

"Sini nak."sahut Harris.

Muncul la Budak lelaki 5 tahun berjalan dengan bola merah kuning dalam pelukannya dari celah sofa lalu berdiri di situ dengan muka comot dengan kesan tanah dan rumput melekat dekat rambut. "Kita lapar...bila boleh makan?"tanya dia sambil pandang ibu dan ayahnya.

Eva yang lihat muka itu tersenyum sendiri. Baru mandi. Dah comot. Lain kali sehari mandi sekali je la! Anak bertuah betul. "Mandi dulu kalau macam tu."aju dia.

"Kamu main dimana je?"soal Harris sewaktu lihat penampilan anak lelakinya tak ubah seperti lembu berkubang dalam lumpur.

"Tadi kita terjatuh masa sepak bola.."beritahu Henry dengan muka takut dia.

Eva tepuk dada Harris lalu mengalih dari situ. "Awak pergi mandikan dia. Saya tolong tengokkan Harith dan Sarah dekat dapur tu."beritahu dia.

Harris buat muka masa pandang Eva. "Excuse me?Are bossy me around?"soalnya.

"Kenapa?Selalunya awak yang bos kan saya. Sekarang giliran saya. Dah bangun. Uruskan anak lelaki awak ni."arah Eva setelah berdiri dari duduknya.

Harris pun ikut bangun. Dia pandang Henry lalu tunduk mendukung anak lelakinya ke atas bahu. "Masa untuk mandi anak bertuah!"

"Argh!"menjerit anak tu sebaik tertonggeng dekat atas bahu tu.

"Apa ni..takut la dia!"Eva pukul belakang bahu Harris semasa perhatikan suaminya dengan selamba bawa anak dia macam karung kentang.

PAP!

Belakang punggung tu di pukul Harris. "Main kotor lagi...ini la jawabnya."ujarnya.

Henry dah ketawa dekat atas bahu tu.

Sementara Eva yang lihat hanya menggeleng kepala sewaktu jalan di sisi Harris sambil pegang kepala Henry dengan senyuman di bibir. Ada-ada je la perangai anak beranak ni.

-TAMAT-

p/s boleh tak endingnya mcm ni?

Share this novel

Ratnamalar Kesukartik
2024-04-02 11:52:33 

NICE...HAPPY ENDING

Ratnamalar Kesukartik
2024-04-02 11:52:33 

NICE...HAPPY ENDING

awer
2021-09-15 20:57:33 

best..eva ni mcm aku..haha..smua aku start dlu..kalako


NovelPlus Premium

The best ads free experience