Rate

Bab 29 : Salah Rumah.

Romance Completed 77102

Beep!

Beep!

Beep!

Bunyi pad keselamatan pintu kedengaran. Dia yang berada dalam bilik dan bersedia hendak tidur duduk tegak di atas katil memasang telinga. Sebab bunyi tu macam datang dari pintu apartmentnya. Dah siapa pulak yang datang rumah malam-malam macam ni?

KLIK!

Bunyi pintu terbuka sesaat kemudian sebelum bunyi tapak kaki orang berjalan pula kedengaran.

Harris serta merta menjadi awas. Haish!Takkan la perompak pulak kan?Selain dia, Eva dan Harith, tiada orang lain yang tahu password pintu rumahnya?!

Berdebar bagai nak apa, Harris kerling ke kerusi roda yang ada di sebelah katil lalu ke telefon yang berada jauh di atas meja varniti.Kenapa pulak dia letak dekat situ!Keningnya berkerut bingung tidak tahu hendak buat apa. Dan masa itu la, pintu biliknya terbuka.

"Wee...woo...wee...woo!"nyanyi suara mabuk itu sewaktu berjalan masuk ke ruangan tersebut dalam keadaan terhuyung hayang.

Harris pandang dengan terkejut ke pintu biliknya sebaik ia terbuka. Nak luruh jantung dia dibuatnya.

"Eva?"panggil Harris dengan muka dumbfounded. Dah kenapa PA dia boleh ada dekat sini.

Eva yang dalam keadaan mabuk itu berdiri dekat kaki katil tu dengan muka blur dia. Pipinya merah padam, matanya kuyu kebingungan. "Uh?Tuan?Apa tuan buat dekat sini?"tanya dia dengan suara malas.

Harris pandang pelik ke Eva. "Apa maksud kamu?Ini rumah saya. Kamu ni dah salah rumah ni Eva."

"Eh?"Eva tersentak, dia pandang kanan dan kirinya. "Mana ada..ini rumah saya la."beritahu dia sambil jatuhkan beg tangan ke lantai. Kemudian kasutnya pula di tanggalkan.

"Are you drunk?"soal Harris sewaktu mematai tingkah Eva yang terumbang ambing hendak tumbang.

Eva pandang ke Harris lalu tersengih. "Am I?"soal dia yang tidak sedar sambil menanggalkan kot dari badan pula. "Mana ada..ini kita panggil happy. You know happy?H.A.P.P.I?EhBetul ke tu? ah.. lantak situ!"tertanggal saja kot dari badan, dia campak ke lantai sebelum naik merangkak ke atas katil tu.

Bulat mata Harris bila nampak Eva dengan bersahaja mendekati dia.

"Tuan tahu...hari ni..saya buat something yang sangat-sangat-sangat salah?"tanya Eva sebaik tiba di sebelah Harris lalu baring di situ dalam keadaan meniarap memeluk bantal di bawah kepalanya.

Harris pandang Eva dengan kening berkerut tak faham. Dari mana aje la Eva ni?Balik-balik mabuk kemudian salah masuk bilik. Ini esok pagi bila bangun mesti meroyan teruk. Harris angkat tangannya lalu selak rambut yang menutupi wajah Eva ke tepi. "Apa yang kamu dah buat?" tanya dia.

"Hehehe..."sengih Eva dengan mata terpejam. "Hari ni...saya"dia diam sekejap. Seakan sudah jatuh terlena. 10 saat kemudian, hela nafas panjang lepas dari hidung tu. "...makan malam dengan ibu saya.bincang soal pertunangan saya." kata dia dengan mamai.

Harris terpempan. Dia menahan nafas tanpa sedar sebaik mendengarnya. Tangannya mula mencengkam kuat kain selimut yang menutupi kakinya.

"Tapi kan..."Eva buka mata, dia pandang muka Harris dengan letih. "Saya tipu yang saya ada teman lelaki supaya pertunangan tu di batalkan...and you know what.."bisiknya.

"Apa dia?"tanya Harris sambil balas tatapan Eva.

Eva tersengih, dia ngesot merapat ke Harris dengan fikiran separa sedarnya itu tangannya naik melingkar ke sekeliling pinggang tu sebelum sandarkan mukanya ke perut Harris. Berasa lega sebab dapat peluk sesuatu yang hangat, Eva lepaskan hela nafas panjangnya.

Harris diam tidak bergerak, dia hanya biarkan Eva berbuat begitu padanya. Malah dia angkat tangannya untuk benarkan Eva bersandar pada perut dia itu.

"Saya beritahu teman lelaki saya tu adalah tuan....kelakar tak.."kata Eva sebelum kembali memejam mata.

Harris terus tunduk memandang kepala Eva. Matanya terbeliak luas. Apa!?Eva buat apa? "You say what?"dia pegang kepala Eva lalu di dongakkan ke atas memandangnya. "Eva...bangun. Apa kamu cakapkan tadi?"

Eva mengecap bibir beberapa kali menelan air liur dengan mata terpejam. Lalu terlelap sesaat kemudian tidak sedarkan diri.

"Eva..."Harris goyangkan kepala tu sedikit. Namun tiada gunanya. Eva sudahpun tidak sedarkan diri. Berasa tak percaya dengan apa yang baru sahaja di dengarnya, dia lepaskan kepala Eva lantas tersandar ke belakang dengan muka tergamam. PA dia nak bertunang?Dan untuk lari dari hal tu, nama dia yang disebut sebagai alasannya?

Sementara Eva mengeratkan pelukannya pada pinggang tu dan tenggelam dalam lenanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience