Rate

Bab 2 : Anak Mak!

Romance Completed 77102

Pintu pejabat di tutupnya sebelum dia berdiri dekat situ dengan kepalan penumbuk di kedua-dua belah tangan! Dasar si grumpy menjengkelkan terlebih hormon nak mampus! Arghh!!!!!!Sumpah seranah dia dalam hati pada pintu tak bersalah depannya itu.

"Seriously!Menyakitkan hati betul!"rengek dia dengan perlahan sebelum berpaling dan ambil tempat di mejanya.

"Eva."panggil Kayla dari arah kanan mejanya.

Eva yang tiada mood lagikan sedang geram menggerutu pun palingkan kepala. Memandang tiga orang staf yang kena marah tadi mendekati mejanya.

"Macam mana?Kamu tak apa-apa ke?"tanya Aishah kepadanya.

"Bos cakap apa?Kamu di pecat ke?"soal Mason pula.

Keluhan pendek lepas dari mulutnya setelah dengar perkataan 'pecat' tu. "I wish. Tapi tak. Dia tak pecat saya."jawab Eva dengan nada mengalahnya.

"Bagus la."lafaz Kayla sambil pegang dada. "Risau akak lepas dengar apa kamu cakapkan tadi pada Tuan Harris."

"Yalah...kenapa kau berani-berani cakap macam dengan Tuan Harris?Kau tahukan dia macam mana orangnya?"bisik Mason pula.

Aishah hanya mengangguk setuju dengan kata-kata rakannya. Sebab dia pun nak cakap perkara yang sama.

"Habis dah dia tu tunjuk perangai bos tak guna dia dekat awak semua, mana la saya tak marah. Lagipun saya memang nak berhenti pun. Kalau dia berhentikan saya sendiri lagi bagus."luah Eva dengan sejujurnya. Dia lebih sanggup duduk dekat kampung, perah susu lembu dan kambing dari bergelumang dengan bos macam Harris!

"Jangan la macam tu, kalau kamu berhenti siapa yang akan jadi pembantu Tuan Harris nanti?Siapa yang akan lakukan perkara seperti yang Tuan Harris mahukan dengan betul. Ramai-ramai setiausaha dan staf yang pernah kerja di sini, hanya kamu saja yang boleh buat ikut apa yang Tuan Harris mahukan."ujar Aishah dengan nada perlahan. Takut kalau perbualan mereka di dengar oleh bos mereka.

Eva tenung wajah mereka bertiga seorang demi seorang dengan kening berkerut. Nak menangis pun ada. Bukan sedih. Tapi nak menangis kerana terlalu marah sangat! "Saya dah tak tahan untuk bekerja dengan dia. Penat. Selama lima tahun ni saya diamkan diri dan makan hati kerana dia. Sekarang tak lagi. Saya dah hadap cukup!"katanya dari balik ketapan gigi kerana terlalu geram.

"Sabar la...jangan berhenti. Macam mana dengan kami semua nanti kalau kamu berhenti?"soal Kayla.

"Ya...betul kata Kak Kayla. Sabar dulu.Tunggu aku dapat kerja dulu. Baru kau boleh berhenti."aju Mason pula.

Eva sandarkan badannya ke kerusi lalu tarik muncung tak puas hatinya. Dia tak tahu berapa lama lagi dia boleh bertahan. Takut nanti kan terputus pulak fius kewarasannya kalau dia lama-lama lagi dekat sini!

Brit!

Brit!

Telefon bimbit dekat sebelah keyboard komputer bergetar dan mengeluarkan bunyi. Tanda adanya panggilan masuk.

Dengan serentak semua di situ pandang ke skrin telefon Eva.

Brit!

Brit!

"Kamu tak jawab ke panggilan tu?"soal Kayla sewaktu perhatikan Eva sikit pun tak bergerak untuk capai telefon tu.

"Malas."jawab Eva dengan tiada mood masa pandang skrin yang memaparkan nama pemanggilnya iaitu 'Ibu'. Dia tahu apa sebabnya ibu dia call dia.

"Kenapa?Itu bukan ke ibu kau?"Mason capai telefon tu untuk Eva.

Terkejut dengan tindakan tersebut, Eva berdiri hendak menghalang Mason, tapi tak sempat. lelaki tu terus capai lantas menyentuh butang hijau di skrin sebelum di bawa ke telinga.

Damn it!

"Jan-"Eva termangu di situ sebaik saja Mason letak telefonnya rapat ke telinga. Dan ketika itu la-

"EVA NAOMI BENJAMIN!!!!!!!"dengan kuat nama itu mengaum dalam panggilan tersebut.

Sampaikan Mason yang dengar cepat-cepat jauhkan telefon tu dari telinga. Dia dengan penuh kengerian meletakkan telefon Eva ke atas kaunter meja tersebut sebelum buat muka 'WTF' pada Eva.

Eva tepuk dahinya setelah itu. Urgh!Ini lagi satu penyumbang kedua punca migrain dia. Ibunya. Ya, dia sayang ibunya sangat-sangat. Tapi ada satu tahap tu, dia nak sangat tinggikan suara pada orang tuanya ini.

Kayla dan Aishah yang dengar akan suara lantang tersebut, cepat-cepat buat muka kekok lalu pamit meminta diri kepada Eva. Termasuk la Mason sendiri, malah lelaki itu adalah orang pertama yang pergi dari situ. Baru la Kayla dan Aishah!

Eva lirik akan langkah terburu-buru mereka bertiga sebelum pandang kesal ke telefonnya semula. Here we go again! Bersama muka penat dan bahu jatuh tiada semangat, telefon skrin sentuhnya di capai lalu dia duduk menghenyak punggung di kerusinya."Hello?"sapanya.

"Jangan kamu nak berhello dengan Ibu! Apa kamu fikirkan?Hah?Kamu tak tahu betapa susahnya ibu aturkan janji temu tu?Dan kamu apa?Kamu tak hadirkan diri!Bukan setakat itu kamu biarkan dia tunggu selama tiga jam di situ sendiri!"

Mula dah!

"Ibu...kan Eva dah beritahu Eva tak sempat sebab meeting Eva lambat habis malam tu."jelasnya. Yalah, hari blind datenya sama hari dan waktu dengan meeting Tuan Harris bersama klien terbesar mereka. Nak tak nak dia kena hadir. Tak sedar sampai jam 11 malam baru selesai.

"Ibu dah pesan pada kamu!Berhenti kerja dari situ!Berapa lama kamu nak jadi hamba lelaki lumpuh seperti bos kamu tu!"marah ibunya dengan berang dalam panggilan.

Kalau dia boleh buat lama dah dia buat! "Bagi Eva masa lagi Ibu."minta dia dengan lemah lembut.

"Masa apa lagi?Hah?Lima tahun!Ibu telah berikan masa kepada kamu selama lima tahun!Nak beri masa banyak mana lagiUmur kamu tu dah masuk 29 tahun Eva. Bukan 9 bukan 19 tahun. Tapi 29 tahun!Kamu nak ibu tunggu sampai bila?Tunggu sampai ibu mati?Macam tu?"

You see...dia kerja dekat syarikat ni masa dia habis belajar untuk sijil degreenya. Dan terus dapat kerja di syarikat ni sehingga la sekarang. Awalnya ibu dia tak mahu dia bekerja di sini. Lagi-lagi lepas tahu yang dia jadi pembantu untuk bos yang kurang upaya kemampuannya. Sehingga la sekarang, ibunya tak habis-habis desak dia untuk berhenti kerja.

Eva pegang dahi dengan tangan kanannya yang di siku atas meja lalu pejam mata. Cuba nak hilangkan rasa pening kepala yang sedang melanda kepalanya sekarang ini. "Ibu...Eva tahu. Masalahnya sekarang Eva tak boleh berhenti macam tu je. Eva ada protokol yang Eva kena ikut. Please. Jangan marah lagi okay?Eva akan cuba usahakan perletakan jawatan ni secepat mungkin ya."pujuk dia dengan selemah lembutnya. Tidak sampai hati nak tinggikan suara pada orang tuanya yang sudah berusia separuh abad ni.

"Fine. Ibu tunggu. Sekiranya kamu masih jugak gagal uruskannya. Ibu sendiri yang akan lakukannya."

Matanya dibuka dengan perlahan."Baik Bu." jawab Eva dengan nada berserah. Haih...jenuh sungguh la!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience