Rate

Bab 44 : First Kiss as couple!

Romance Completed 77102

Dengan senyap dia perhatikan orang tu bergerak ke depan dimana lampu yang dia susunkan berada. Sebagai cue untuk dia keluar, Eva dengan kaki menjengket keluar dari balik tiang batu di situ. Perlahan-lahan mendekati belakang kerusi roda di depannya. Elok dia bersedia nak menyergah, tiba-tiba suara tu kedengaran.

"Tak payah menyorok lagi, saya tahu kamu ada di belakang Eva," kata Harris tiba-tiba semasa dongak memandang langit malam yang berbintang di atas mereka.

Eva terus berdiri tegak kemudiannya. Spoilt. Macam mana boleh tahu?Dia senyap tak keluarkan bunyi pun. Sambil buat muka menyampah, Eva munculkan diri lalu berdiri di depan Harris dengan tangan bersilang dada.

"Seriously?Perlu ke tegur kalau dah tahu?"tanya Eva sebelum pandang Harris. Setelah dia pandang, Eva terpana sendiri kerana pegun melihat penampiulan kacak Harris yang kelihatan lebih segak dari sebelumnya. Dari rambut, wajah sehingga la aura yang di pancarkan oleh Harris semuanya Nampak bersinar. Sampaiklan dada dia berasa penuh dengan perasaan hangat dan membuatkan perut dia memulas aneh.

Melihat Eva berdiri di depannya, Harris tundukkan kepalanya ke bawah lalu bertentang mata dengan Eva sesaat kemudian. Sama seperti apa yang Eva rasai, itu la yang berlaku pada Harris. Dia pandang tidak berkedip setelah melihat Eva yang memang selalu Nampak cantic, tapoi kali ni, Nampak lebih cantik dengan dress tube labuh wanra kelabu berkerlipan dan rambut di biarkan lepas beraliun ke dada.

"Salah kamu sebab pakai minyak wangi tu.."beritahu Harris masa dia tenung Eva.

Minyak wangi?Eva kedipkan mata tak faham. Dia pakai minyak wangi?Tak tahu pulak. Rasanya dia tak pakai tadi. Tak sempat. Eh?Hidung apa yang Harris pakai. "Mana ada."nafi dia.

"Kenapa tak ada dekat bawah tadi?"soal Harris yang menggerakkan sedikit kerusinya supaya ke depan sikit dan hampir dengan Eva.

"Saja. Nak bagi ruang pada tuan untuk moment penting tuan. Lagipun saya ada surprise lain untuk tuan...sebab itu la. Macam mana okay tak pelan saya?"dengan bangga Eva Tarik senyuman di bibir. Tiga hari tau dia pelan semuanya. Sampai tak tidur malam nak siapkan semua ni.

"Mana hadiah saya kalau macam tu?"selepas Harris tiba di depan kaki Eva dia berhenti.

Eva tunduk memandang Harris lalu tersenyum. "Tunggu ya..."dia angkat tangan kirinya yang berjam tangan. "Beberapa saat je lagi.."beritahunya sebelum pandang ke Harris.

"Saya tak Nampak apa-apa pun pada kamu?Ke kamu lupa lagi?"seloroh Harris semasa pandang tangan kanan dan kiri Eva. Mencari sesuatu..

Eva mencebik bibir menyampah. "Hello...cakap tu biar baik sikit eh. Saya ingat okay. Hadiah saya lagi besar dari hadiah semua orang yang ada dekat bawah tu..."beritahu dia.

Tidak mahu tunggu la, Harris angkat tangannya lalu memegang lengan kanan Eva sebelum menarik badan tu supaya jatuh terduduk di atas ribanya.

Menahan nafas terkejut, Eva terjatuh atas riba itu dengan mata terbutang luas memandang Harris. What the heck!DIa gerak nak bangun dari situ, namun dihalang.

Buat beberapa saat, Harris pandang segenap wajah Eva yang indah dirias itu.

"Ap-"

"Shh..just let me have the moment please."pintas Harris dengan bisikan lembut di depan muka Eva.

Kejung dengan apa yang Harris lakukan, Eva pandang sekejap ke mata tu sebelum tundukkan matanya ke bawah kerana malu ditenung dengan Harris. Kenapa pandang dia macam tu?

Terusik dengan reaksi segan Eva, Harris pegang bawah dagu Eva lalu dinaikkan kepala tu supaya memandangnya. "Mana hadiahnya Eva?"tanya dia lagi dengan perlahan.

Perlahan-lahan Eva gerakkan kepalanya lalu memandang Harris semula. "Ad-ada"katanya sebelum telan air liur sebab nak hilangkan rasa gemuruh di dadanya. Dia cuba gerak hendak bangun dari situ, namun tangan Harris melingkar erat ke sekeliling pinggangnya dan buatkan dia bersandar rapat di dada itu.

"Boleh saya tuntut sekarang?"minta Harris sambil mendekatkan wajahnya ke Eva.

"Huh?"Eva jungkit keningnya dengan tinggi. Tuntut?Apa nak di tuntut. Dia punya hadiah bukannya barang tapi-

Tanpa berkata apa-apa lagi, Harris pegang belakang kepala Eva lalu tundukkan kepala Eva mendekat kepadannya. Dia buka bibirnya sedikit lantas mengucup bibir Eva dengan lembut sambil memejam matanya.

Pada masa itu la letupan bunga api yang kuat mula kedengaran dan menyinari langit malam itu. Letusan demi letusan memeriahkan suasana laman itu.

Mendengar letusan itu, Eva tersentak, dia pegang bahu Harris dan cuba tolak kepalanya menjauh. Hadiah dia! "Tu-"

Harris tidak mahu membenarkan Eva bergerak. Tangan kiri dia melingkar erat di belakang badan Eva sementara sebelah tangan kirinya memegang belakang kepala Eva untuk tetapkan Eva di situ supaya tidak bergerak.

Eva tepuk-tepuk bahu Harris. Cuba hendak lepaskan diri. Hadiah dia!Harris kena tengok!Kalau tidak sia-sia dia buat arrangement!

Rimas kerana di ganggu, Harris mengalah, Dia jauhkan bibirnya dari Eva serta merta. "What?"soalnya dengan kening berkerut sewaktu memandang Eva.

"Hadiah saya...tengok!"tunjuk Eva dengan nafas tertahan dan wajah berbahang kerana terkesan dengan hal tadi. Dia dongak memandang ke langit dimana pertunjukkan bunga api sedang berlangsung.

Harris pandang langit di atasnya buat seketika. "Dah...now..where we stop?"dia pandang Eva semula dan cuba menarik Eva mendekat padanya semula.

"Belum habis lagi tu.."Eva cuba jauhkan kepalanya dari di pegang Harris. Tak hargai langsung! Penat tau dia set up semua ni!

"Eva."panggil Harris dengan tegas. "Seriously?Time ni jugak ke?"soalnya.

"Tapi...hadiah saya-"

"Diam."ketap Harris sambil memandang penuh amaran pada Eva.

Eva tarik muncung tak puas hatinya. Menyampah!Dia pandang mata Harris sebelum gerak hendak bangun dari situ. Lantak situ. Dia nak pergi!

Harris terus pegang lengan Eva.

Tersenyum melihat muka merajuk Eva, Harris tarik Eva semula duduk di ribanya sebelum pegang tepi muka tu. "Please..jangan marah. Saya hargai semua yang kamu berikan. But for now..what I want is you."katanya dengan nada memujuk.

Yalah tu!Eva membuat muka menyampah dia lalu silangkan tangan ke dada tidak puas hati.

Harris melepaskan hela nafas pendek lantas berkata."I love you Eva...dari pertama kali saya jumpa kamu di hari pertama kamu kerja sehingga la sekarang."lafaz Harris sewaktu pandang Eva. Lama dah dia nak beritahu, tapi tak pernah dapat sebab tak berani. Dan sekarang dia yakin!

Air muka Eva berubah dari menyampah ke tergamamnya.Tangan yang bersilang di dadanya jatuh ke bawah dengan lemah longlai. Bagai hendak meletup dada dia lepas dengar. Apa?Harris suka dekat dia sejak kali pertama temui dia?Hari dimana dia tertumpahkan kopi dekat seluar lelaki ni masa hari pertama dia bekerja?

"Masa kamu cadangkan saya idea teman lelaki palsu tu, ianya berikan saya harapan. Sebab itu saya beritahu semua ni. "kata Harris sebelum tarik kepala Eva mendekatkan kepadanya semula. "Terima kasih untuk semuanya."ucapnya sebelum memberikan deep kiss ke bibir Eva,

Gembira mendengar ucapan itu, Eva ikut tersenyum sebelum melingkarkan tangannya ke sekeliling bahu Harris dan membalas kucupan itu. Tak tahu dan macam mana, dia pun rasa perasaan yang sama!

Suka!

Ya dia pun suka!

Oh my god!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience