Rate

Bab 9 : Resign Bersyarat

Romance Completed 77102

Urgh!

Dia tak tahu macam mana la selama 5 tahun ni dia boleh bertahan bekerja dengan Bos Si Kepala Anginnya ni!

Dia tak faham!Ramai-ramai orang kenapa bos dia suka sangat pilih dia untuk lepaskan marah!

Memangnya salah dia ke kalau lelaki ni kemalangan lalu lumpuh dan terpaksa duduk dekat kerusi roda sepanjang masa?

Memangnya salah dia ke kalau tunang bosnya putuskan pertunangan dan batalkan perkahwinan mereka?

Memangnya salah dia kalau hari bosnya tidak berjalan seperti yang lelaki ni mahukan?

No right?

Sebab itu dia nekad!NEKAD! Akan letak jawatan dan keluar dari kekangan hidup lelaki ni!

Bukan sebab bosnya seorang yang lumpuh dan kurang upaya! Tapi sebab dia tak tahan dengan perangai tak guna bosnya! Lumpuh tak lumpuh!Perangai tak ubah macam orang perempuan nak monopos!

"Apa ni?"tanya bosnya.

"Tak nampak ke!?Itu surat. Surat Perletakkan Jawatan saya. Saya tak nak bekerja dengan tuan lagi. Jadi siap-siap cari pengganti. Hujung bulan ni saya berhenti!"lafaz Eva dengan bengang.

"What?Resign?Kamu sedar tak kamu ikat kontrak dengan saya?"

Eva buat muka ala-ala terkejutnya.

"Well...Of course la. Saya tahu sangat mengenai kontrak kerja saya dengan tuan. Sebab itu saya beri surat resign saya awal tiga minggu. Seperti yang dinyatakan oleh kontrak tu!"katanya dari balik ketapan gigi. Dasar lelaki kepala batu tak ada perasaan menyakitkan hati!

"No." Balas Harris dengan mendatar. Dia capai fail berisi dokumen akaun syarikat lantas di beleknya.

Eva dah buat muka tercengang. Apa yang 'no'nya! dia nak berhenti la! Dasar mangkuk ayun betul! "Apa?Apa maksud tuan dengan 'No?"

Harris angkat matanya. Dia pandang Eva dengan renungan sinis berlagaknya."Sebab saya tak izinkannya. That's it. Jadi berhenti tunjuk perangai depan saya."

YARGH!

Menjegil bulat mata Eva. Kalau dia boleh bertukar jadi Godzilla. Lama dah di injak lelaki depannya ni. "Saya tak peduli. Tuan kena official kan surat resign saya ni. Kontrak tak kontrak, denda tak denda, saya nekad hendak berhenti kerja." tegasnya yang kemudian menyilang tangan ke dada.

"You sure about that?"soal Harris sambil bersandar ke kerusi rodanya dengan renungan judging.

Dia tak banyak duit. Tapi kalau Harris nekad sangat nak saman dia sebab langgar kontrak ke apa kejadahnya...lantak situ."Ya...saya sure." jawab Eva.

"Just let say...kamu berhenti kerja. Kamu nak kerja di mana?"

"Mana-mana la."

"Kalau tak ada sesiapa terima kamu sebagai pekerja mereka apa kamu nak buat pula?"

Aik?Mata Eva naik turun pandang curiga ke Harris. Tanya macam boleh tahu je kan? Ini mesti bos dia nak halang mana-mana company recruit dia ni kalau dia jadi berhenti. Heh! Ingat dia ni apa?Hamak sangat ke nak kerja dekat bandar ni!

"Bukan urusan tuan untuk tahu. Apa nak jadi dengan saya, kemana saya nak kerja, dengan siapa saya bekerja, tuan uruskan masalah tuan sendiri."jawab Eva sewaktu pandang menyampah ke Harris.

"Kenapa kamu nak berhenti?"tanya Harris lagi dengan kening berkerut.

Hak-ala!Ditanya lagi kenapa? Tak sedar atau buat-buat tak sedar ni?Eva buat muka tak percaya.

"Apa tuan tanya?Kenapa saya nak berhenti?" soalnya sambil berdengus mengejek. Lelaki ni memang ada masalah!Terus dia tarik nafas dalam-dalam lantas berkata. "Sebab saya dah fed up!Bosan!Muak!Penat!Jengkel! Dan menyampah dengan perangai bossy tuan yang tak habis-habis pilih saya untuk lepaskan geram tuan tu. Saya tak tahu apa salah saya sampaikan semua kerja yang saya buat dekat mata tuan semuanya serba tak kena. Itu salah ini salah. Kalau betul saya salah beritahu, kalau saya buat salah tegur la. Ini tak, buat perangai macam budak-budak balas dendam bagai. Ingat tuan ni budak sekolah lagi ke!"lafaznya dengan satu nafas.

Tak berkedip mata Harris masa dengar bebelan Eva. Malah dia sendiri tergamam sewaktu mendengarnya. Sampaikan otaknya terus jadi blur.

Hah!Terdiam kan. Amik setepek! Eva tarik sengih bangganya.

"Sekian. Itu saja dari saya. Tuan balik sendiri bukan. Kalau macam tu saya minta diri dulu!" tekan Eva sebelum berpaling dan berjalan keluar dari ruangan tersebut dengan langkah yakinnya.

Maka tinggalla Harris dekat bilik tu dalam.keadaan terpinga-pinga.

Tertutup saja pintu pejabat tu, Eva terus jatuh terduduk dekat lantai sambil pegamg dadanya yang berdegup kencang bagai nak rak. Ohmygoshohmygoshoygosh!Terkumat-kamit dia dalam diam nak tenangkan diri. Masih terkejut dengan keberanian dia yang datang entah dari mana luahkan kata-kata yang dia simpan selama ni depan bos menakutkan dia.
Lepas ni guarantee bos dia akan berhentikan dia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience