Rate

Bab 3 : PA, Designated Driver!

Romance Completed 77102

Kot yang tergantung di tempat gantung kot di capainya sebelum dipakaikan ke badan bosnya. Bersiap untuk pulang ke rumah memandangkan waktu bekerja sudahpun tamat. Seperti biasa, dia akan bantu bosnya ini bersiap dan berkemas sebelum bertolak pulang.

"Bawakan saya fail dua projek yang saya kena nilaikan sekali nanti."pesan Harris.

Eva yang dengar tidak membalas. Dia hanya diam sewaktu betulkan kot di badan Harris. Setelah selesai baru la dia gerak ke meja dimana fail yang dimaksudkan oleh Harris. Dua fail biru di ambil sebelum disumbat masuk ke dalam briefcase lelaki tu. Seusai itu dia gerak mencapai barangannya untuk dipegang sebelum gerak ke pintu. Bukakan ia untuk Harris gerak keluar dari situ.

Dan sepanjang masa itu, Harris tidak lepas dari perhatikan setiap tingkah Eva. Matanya melirik curiga ke Eva sewaktu kerusi rodanya bergerak keluar dari pintu. Lalu dia berhenti sekejap untuk tunggu Eva tutup pintu pejabatnya.

Seusai tutup pintu, Eva pun berpaling la. Dan sebaik saja dia berpaling, dia berdiri tegak dekat situ. Menghadap bosnya sedang palingkan kepala memandang dia sambil berkerut kening. Nak apa lagi ni? "Ada apa tuan pandang saya macam tu?"soal dia.

Harris tak cakap apa-apa. Dia hanya menjeling menyampah lalu gerakkan controllernya ke depan. Bergerak merentasi koridor tersebut untuk ke pintu lif.

"Pelik."getus Eva dengan jengkel setelah Harris menjauh dari dia.

Setibanya mereka berdua di depan pintu lif peribadi Harris, Eva tekan butang turun ke tempat parkir. Tak sampai dua saat, pintu lif pun terbuka. Eva pegang pintu itu lalu beri laluan untuk Harris masuk dulu. Dan sebaik saja Harris masuk, baru la Eva ikut. Dia tekan butang 'G' lalu butang tutup sebelum berdiri di sisi kerusi roda tu tanpa berkata apa-apa.

"Kamu masih marah tentang apa yang berlaku pada tengah hari tadi ke?"soal Harris tiba-tiba.

Eva diamkan diri. Dia pandang penat ke pintu lif depannya. Berharap yang lif ini tiba di tingkat bawah secepat mungkin!Sesak dia lama-lama dalam lif ni dengan bosnya ini.

Harris dongak ke kirinya, dia pandang tepi muka Eva dengan kening berkerut. "Hello...saya cakap dengan orang ke dengan dinding sekarang ni?Dah tak ada mulut nak menjawab?Siang tadi bukan main lagi berani menjawab. Ni dah diam?"soalnya dengan hati menggerutu.

Dan masa ini la pintu lif terbuka sebaik ia tiba di ground floor.

Hela nafas Panjang lepas dari hidung Eva kerana lega kerana penantian akhirnya berakhir.Tanpa hiraukan pertanyaan tadi, Eva keluar dulu dari pintu lif lalu pegang pintu tersebut untuk bagi Harris keluar dengan selamat dari situ.

Memandangkan Eva tidak mahu menghiraukan dia, Harris diam dekat dalam lif itu sambil pandang Eva. Berani betul ya setiusahanya memberontak pada dia?Sedar tak siapa dirinya ni?Dia ni bos. Eva ni pembantu dia!Patutnya wanita ini tahu hendak hormati dirinya! Bukan buat-buat tuli akan soalannya tadi.

"Tuan dah kenapa?"soal Eva bila perasan Harris tidak mahu keluar dari lif.

"Patutnya saya yang tanya kamu tu yang kenapa?"balas Harris dengan nada tak puas hati. "Saya tanya kamu tadi kan?Yang kamu buat tak dengar tu kenapa?"

Eva lepaskan keluhan letihnya. Apa sebenarnya bos dia nakkan ni?Hah?Sekejap macam tu?Sekejap macam ni?Penat tahu tak! "Seperti yang tuan Harris mahukan la. Iaitu saya cuba jadi pembantu yang baik."

"Pembantu yang baik?Apa yang saya lihat memberontak adalah."soal Harris sambil gerakkan kerusi roda keluar dari lif tu sambil pandang mencerlung ke Eva.

Keluar saja Harris, Eva lepaskan pintu lif tersebut lalu pandang kanan dan kiri laluan parkir. Nak pastikan tiada kenderaan yang lalu sewaktu mereka melintas. Dia tak kuasa nak balas kata-kata Harris. Otak dan badan dia tengah penat sekarang ni.

Setiba di kereta. Eva tekan butang buka pintu kereta lalu buka pintu tempat duduk belakang.

Okay, selain jadi setiausaha Harris, Eva juga adalah designated driver untuk Harris. Yang jemput dan hantar ke mana saja lelaki ini mahu pergi. Sejak kemalangan yang menimpa Harris, sejak itu Harris tidak benarkan sesiapa pandu kereta untuknya selain staf yang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dirinya.

"Kamu tak nak jawab?"soal Harris sewaktu berhenti di depan Eva.

"Tuan nak saya jawab apa lagi?"kata Eva sambil meletakkan barang-barang ke tempat duduk depan sebelah pemandu melalui tempat duduk belakang tu.

"Apa yang saya tanya awal tadi?Adakah awak buat perangai dingin mendiamkan diri awak ni kerana hal tengah hari tadi?"soal Harris.

Baru la Eva berpaling. Dia hulur tangan ke Harris sebelum bawa tangan ke bawah ketiak Harris. "Saya penat. Itu jawapannya kenapa saya senyap."beritahunya semasa sandarkan badan Harris padanya supaya lelaki ni boleh masuk ke dalam kereta.

Sambil peluk badan Eva, Harris tolak dirinya bangun dari kerusi rodanya. "Cakap la awal-awal. Tak payah tunggu saya tinggikan suara bagai. Suka ke dengar saya marah-marah."bebelnya.

Disebabkan sudah terbiasa, Eva dengan mudah berjaya dudukkan Harris dekat seat. Dulu masa kali pertama kerja. macam nak patah pinggang dibuatnya. Sampai menangis sebab penat sangat. Lepas dah lama baru la terbiasa. "Kalau saya cakap tuan still akan marah jugak. Jadi apa gunanya saya beritahu."kata dia sewaktu bantu Harris kenakan seatbelt ke badan lelaki ni. Mujurla Harris cuma lumpuh bahagian kaki saja. Bukan seluruh badan. Kalau seluruh badan dia kena sediakn seatbelt istimewa!

Harris terdiam lepas dengar kata-kata Eva. Dia perhatikan Eva sehingga la Eva gerak menutup pintu dan mula memindahkan kerusi roda eletrik ke belakang bonet kereta. Tak lama kemudian, Eva dah duduk dekat tempat pemandu dan pandu kereta itu keluar dari bangunan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience