Rate

Bab 18 : Surprise Partner!

Romance Completed 77102

Kalau Isnin hingga Jumaat, ialah hari kerja formal di syarikat.

Kalau hujung minggu pulak, dia jadi driver dan jugak training partner untuk bos dia jalani fisioterapi.

Jadi macam hari-hari sebelumnya, dia akan bangun awal untuk bersiap. Tapi lain pulak jadinya. Siapa tahu hari ni dia langkah kiri jugak masa keluar rumah.

"Apa maksud tuan muda?Kita keluar?"soal Eva dengan muka tak percaya pada lelaki yang segak mengenakan pakaian casual dan bercermin mata hitam depannya. Dah kenapa dengan lelaki-lelaki yang di kenal kebelakangan ni?

"Ya..keluar. Saya hendak belikan hadiah untuk kawan perempuan saya. Tapi saya tak pasti hadiah yang macam mana kaum wanita sukakan. Saya teringat awak itu saya ke sini."beritahu Harith.

Mata Eva naik turun menilik curiga akan Harith. Kenapa dia pulak? "Tapi saya ada urusan dengan Tuan Harris hari ni."beritahu dia sambil kerling ke pintu. Dia nak sangat keluar sekarang ni. Kalau terlambat nanti mesti masak telinga dia mendengar bebelan Harris.

"Jangan risau. Abang saya kata dia ada urusan lain. Jadi dia minta ayah saya temankan dia hari ni."ngarut Harith tanpa sedar. Dia tak tahu kenapa dia boleh cakap macam tu. Apapun, Harris pesan jangan nampakkan sangat semua ni di rancang.

"Hah?"nganga Eva yang semakin tak faham. Tak pernah-pernah tuan besar nak temankan Harris ke fisioterapi. Tiba-tiba nak temankan?Dunia nak kiamat apa? "Ayah tuan muda temankan tuan Harris?For real?"tanya dia lagi kerana tak percaya dengan apa yang baru di dengarnya.

Harith Tarik sengih kekok dia. Kan!DIa baru tersedar kot. Ahh!Lantak situ. "Ya.."

"Tapi tuan Harris tak cakap apa-apa pun dekat saya tentang hal ni?"Eva jadi tak sedap hati. Iya-iya je la Harith ni. Budak bertuah ni bukannya boleh percaya. Otak geliga milik tuan muda depannya ini boleh tahan jugak hebatnya. Ada hari tu, hari ketiga dia kerja untuk Harris, ada ke patut Harith kenakan dia dengan cakap yang Harith adalah bekas PA Harris, lepas dia Harith beritahu fakta yang salah mengenai Harris, contohnya Harris suka makan pedas, tak suka minum kopi tapi susu betik. Dia yang masih blank masa tu apa lagi. Percaya bulat-bulat akan maklumat yang diberikan kepadanya oleh Harith. Sekali tu bila di berikan makan pedas dan susu betik kepada Harris, habis di maki cukup-cukup dengan Harris.

Demam tiga hari dia dibuatnya gara-gara terkejut dan tertekan selepas dimarahi oleh Harris. Sejak tu dia tak mudah percaya dengan jembalang dua tanduk depannya ini.

"Iya. Percaya la."angguk Harith lagi.

"Kalau macam tu biar saya call tuan Harris dulu untuk dapatkan kepastian. "telefon yang dipegang sejak tadi di bawa naik ke depan muka. Baru Eva nak sentuh skrin telefonnya, tidak semena ianya direntap dari cengkamannya.

"Tak apa. Dia tahu. Saya dah beritahu dia tadi."Harith seluk telefon Eva ke dalam poket belakang seluarnya.

"Ta-"

"Tak ada tapi-tapi. Hari ni awak saya punya."tegas Harith lagi.

Eva buat muka tak pasti. Hish!Menyusahkan la. Lagipun kenapa dia pulak yang kena pilihkan hadiah?Macam mana kalau kawan Harith tak suka dengan hadiah yang dia pilih? "Tapi tuan muda, saya tak pandai pilih hadiah ni.."ngakunya. "Macam mana kalau hadiah tu tak sesuai untuk kawan tuan mudah?"

Harith berdengus kecil hendak ketawa. Kalau la Eva tahu sebenarnya hadiah-hadiah untuk Eva sendiri, agaknya apa reaksi Eva nanti. "Jangan risau. Saya yakin dia akan sukakan hadiah yang awak pilih."ujarya hendak yakinkan Eva. Susah betul la nak pujuk orang ni. Berbuih mulut dia dibuatnya!

Eva nak buka mulut untuk berkata lagi. Tapi Harith cepat-cepat memotong.

"Jom la. Nanti lambat-lambat sesak pulak jalan tu."pergelangan tangan Eva dipegangnya sebelum dia Tarik untuk ke arah pintu.

Tidak tahu nak buat apa, Eva cepat-cepat capai handbag yang ada di atas meja kopinya dengan cepat-cepat sebelum bergerak keluar sama-sama dengan Harith dari apartmentnya. Apa nak jadi, jadi la. Hartih jugak majikan dia. Sebab adik kepada bosnya. Nak tak nak terpaksa la dia akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience