Rate

Bab 50 : Crush

Romance Completed 77102

4 tahun lepas......

"Kau dah sampai airport?"tanya Harris dalam panggilan.

"Dah..."jawab dia sambil jalan keluar dari balai ketibaan.

"Aku hantar PA aku ke sana...nampak dia tak?"beritahu Harris semasa dia pandang para pengunjung yang berdiri di belakang pagar laluan balai ketibaan.

"Macam mana orangnya...kau cakap macam aku kenal dia je."selorohnya semasa melepasi kerumunan orang yang ada di situ sebelum berhenti dekat suatu tempat. Kepalanya di jengah lihat antara orang ramai dekat situ. Tak ada sesiapa yang pegang papan nama dia pun.

"Hish...aku dah pesan dekat dia datang awal sejam kot. Kau tunggu aku call dia."bebel Harris.

Dia yang dengar tersengih sendiri. Abang dia ni kan kadang-kadang macam mak nenek jugak. Membebel saja kerjanya. Dulu ke sekarang tak berubah langsung.

"Tak apa la. Aku balik naik teksi..."ajunya.

"Tak payah...aku kata aku jemput kau kan. Tunggu je dulu."tegah Harris dalam panggilan sebelum ia diputuskan.

Dia yang tak sempat nak cakap apa-apa hanya mampu mengetap bibir. Ada-ada saja la. Lalu telefonnya diturunkan dari telinga sebelum diseluk ke dalam poket seluar jean denimnya.

Malas nak berbalah, dia pun tunggu la dekat situ. Berdiri melihat orang yang lalu lalang macam budak kecik terpisah dari ibunya.

Dekat beberapa minit dia berdiri dekat situ, tidak semena telefon bimbit dia berdering. Tanpa berlengah dia pun keluarkan telefon dari poket dan lihat ke skrin.

'Unknown Number'

Perkataan itu dibaca dengan kening berkerut. Siapa pulak ni? Butang hijau di slide ke tepi sebelum telefonnya di bawa ke telinga.

"Ha!Tuan Muda Harith?"satu suara wanita yang kedengaran seperti sedang berlari kedengaran dalam panggilannya.

"Ya saya."sambut dia dengan minat. Woah...

"Saya Eva...PA Tuan Harris...boleh saya tahu tuan muda dima-KEDEBUK!Oh my...maafkan saya..cik tak apa-apa?"kelam kabut suasana latar belakang panggilan tu.

Dia yang tersengih sendiri. Siapa ni? Kenapa hati dia terdetik suka. "Awak tak apa-apa?"tanya dia yang merasakan orang bernama Eva ni terlalu terburu-buru sampai melanggar orang.

"Hahah...yup. Im fine...dekat mana tadi?"

Pada masa itu la dia ternampak dari jauh kelibat seorang wanita berpakaian pejabat sedang memegang telefon sedang berlari mencelah orang ramai di situ. Jelas-jelas di wajah itu tunjuk reaksi cemas seakan mencari sesuatu.

"Saya dah nampak awak..."beritahunya sambil pandang dengan penuh debaran di dadanya.

"Hah?Tuan muda dekat mana?"Eva berhenti dari berlari lalu gerakkan kepala kanan dan kiri dengan lekas sebelum ternampak dia enam langkah saja darinya.

Sebaik mereka bertentang mata, Eva terus tersenyum manis kepadanya sambil menayang barisan gigi teratur. Lantas melambai tangan kepadanya.

Secara refleks dia angkat tangan lalu membalas lambaian itu.

"Fuhh...jumpa pun."ucap Eva termengah-mengah mencari nafas. Dia seka peluh dengan tangan sambil memandang dia. "Lama tuan muda tunggu?"

Dia ternampak ada kesan comot dekat pipi tu seakan calitan minyak hitam. Serta merta keningnya berkerut hairan. "Tak adalah lama. Tapi apa yang dah berlaku?"tanya dia sambil seluk tangan ke dalam poket bagpack yang dipakainya lalu keluarkan tisu basah dari situ.

"Hahaha...saya mintak maaf kalau tuan muda tunggu lama. Saya on the way ke airport sejam setengah tadi...entah macam mana. Dah setengah jalan, tayar kereta pancit pulak. Nak tak nak saya terpaksa la repair. Kalau satu je tak apa jugak. Ini dua tayar sekali gus. Itu yg lambat."

Ketika Eva bercerita ketika itu la dia tolong kesat kesan minyak hitam dari pipi tu dengan tisu basah tadi.

"Kelakar la awak ni...kenapa tak beritahu Harris awal-awal. Kalau awak beritahu dia, mesti awak tak kena marah."beritahu dia.

Eva agak terkejut dengan tindakan dia namun tidak menghalang. "It okay. Saya dah biasa kena marah dengan dia.ana beg tuan muda. Biar saya ambil."

"Tak apa. Saya boleh bawa sendiri. Awak pasti penat ganti tayar seorang diri tadi." selesai kesat pipi tu, dia mula berjalan ke depan untuk pergi dari situ.

"Eh..tak apa. Saya boleh."desak Eva lagi yang mahu mengambil bagasi dari tangannya.

Dia yang dengar guna jari telunjuknya untuk tolak dahi tu agar menjauh dari dia. "It okay saya kata Eva. Nanti biar saya yang drive."

"Hah?Tuan Harris marah nanti."

"Dia takkan marah kalau dia tak tahu. Susahkan awak dengan biarkan awak memandu itu pun dah kira cukup."keluh dia dengan kesal. Apa la abang dia fikir dengan hantar Eva sendirian ke sini menjemput dia. Mujur la tiada apa-apa yang berlaku tadi.

"Tuan muda ni easygoing la. Lain dari tuan harris."ujar Eva yang membuatkan jantungnya melonjak tiba-tiba.

Sekali bila dia pandang ke tepi dan nampak Eva pandang dia dengan senyuman di bibir, dia yakin sangat masa ni dia betul-betul dah terjatuh cinta pandang pertama terhadap Eva.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience