BAB 67

Romance Completed 13711

Salsabila Hana terlantar di hospital. Dia perlu menjalani rawatan dengan kadar segera. Disebabkan dia sering mengabaikan kesihatannya semata-mata mahu menjaga Harris Iskandar. Sekarang gilirannya pula berada di hospital tetapi Harris Iskandar tiada di sisinya.

"Hana... Aku nak ke London. Aku nak jumpa mama papa di sana" beritahu Harris Iskandar ketika Salsabila Hana dimasukkan ke wad.

"Baiklah, tuan. Nanti tolong sampaikan salam saya" balas Salsabila Hana.

Tujuan utama Harris Iskandar ke London sebenarnya untuk mencari Nurin Inara. Dia akan ke London terlebih dahulu kemudian dia akan ke Paris, Perancis untuk mencari Nurin Inara.

"Harris, baru seminggu kau pergi. Aku dah mula rindukan kau" bisik hati Salsabila Hana sambil dia melihat sekeping gambar dengan penuh makna. Sekeping gambar kenangan ketika dia bersama Harris Iskandar di hari pernikahan mereka.

Seminggu berlalu, Salsabila Hana tidak dapat menghubungi Harris Iskandar walaupun sekali. Salsabila Hana ingin menghubungai mertuanya utuk mengetahui keadaan Harris Iskandar. Dia diberitahu oleh Puan Sri Aisyah bahawa Harris Iskandar telah pergi ke Paris. Puan Sri Aisyah tidak pasti samada Harris Iskandar telah balik ke Malaysia atau pun belum. Dia begitu berharap bahawa Harris Iskandar sudah tiba dari Paris.

"Emm....Dia pergi mana? Dia sihat ke? Dia dah makan ke?" mengomel Salsabila Hana apabila dia memikirkan hanya mampu Harris Iskandar.

Salsabila Hana terlalu merindui Harris Iskandar. Dia memasuki bilik Harris Iskandar. Dia melihat barangan dan pakaian Harris Iskandar. Dia mengambil sehelai t-shirt Harris Iskandar lalu mencium dan memeluknya. Dia terlalu merindui suaminya. Dia hanya mampu memeluk baju disaat rindu kepada suaminya muka bertandang.Dia terkenangkan saat-saat yang begitu bahagia buat dirinya apabila dia mula disayangi oleh Harris Iskandar. Tetapi bahagia itu hanya seketika.

"Hana... Terima kasih sebab kau sudi jaga aku sewaktu aku tidak mampu berjalan. Kau bantu aku supaya berjalan semula. Aku tak mampu nak balas jasa baik kau" ucap Harris Iskandar.

Salsabila Hana masih ingat lagi kata-kata terakhir ketika Harris Iskandar bertemu Salsabila Hana di hospital. Salsabila Hana berharap dapat bertemu Harris Iskandar secepat mungkin.

"Aku perlu ambil hati dia. Aku perlu beritahu dia bertapa aku mencintainya. Aku perlukan dia seumur hidup aku. Aku tak nak berpisah dengan dia" meronta hati kecil Salsabila Hana apabila dia mendapat kekuatan untuk berterus-terang mengenai perasaannya terhadap Harris Iskandar.

"Ishhhh... Bagai langit dengan bumi pula. Aku ni siapa, dia pula siapa. Nanti aku yang malu sendiri. Habis aku nak buat macam mana lagi untuk memenangi hati dia" mengomel Salsabila Hana sambil menekup mukanya.

Salsabila Hana serba salah untuk berterus terang mengenai perasaannya terhadap Harris Iskandar. Dia sudah mati akal apabila asyik memikirkan perkara tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience