BAB 6

Romance Completed 13711

Salsabila Hana risaukan keselamatan suaminya, Harris Iskandar. Harris Iskandar masih belum pulang walaupun sudah lewat malam. Dia mengambil keputusan untuk menghubungi Harris Iskandar.

Dia cuba menghubungi telefon bimbit suaminya, tetapi gagal dihubungi. Sudah 5 kali dia cuba menghubungi telefon bimbit suaminya menggunakan telefon rumah. Malangnya, tiada jawapan.

Salsabila Hana memandang jam di dinding sudah jam 11.00 malam. Hatinya tidak tenteram dan gelisah memikirkan suaminya. Kenapa Harris Iskandar tidak pulang ke rumah? Kenapa Harris Iskandar tidak menjawab panggilannya? Harris Iskandar ke mana? Pelbagai persoalan yang berlegar - legar di mindanya.

Salsabila Hana merebahkan badannya di atas sofa. Dia bertekad mahu menunggu Harris Iskandar. Dia perlu tahu kenapa Harris Iskandar tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam. Dia hanya mampu berdoa demi keselamatan suaminya.

Salsabila Hana mengelamun seorang diri. Sehingga saat ini, dia masih terkenangkan peristiwa yang mungkin tidak dapat lupakan. Dia perlu mengharungi pelbagai rintangan dan ujian apabila kehilangan keluarga dalam sekelip mata. Fikirannya mula mengelamun ketika dia baru bergelar isteri Harris Iskandar.

"Abang, kita nak ke mana ni?" tanya Salsabila Hana kepada suaminya, Harris Iskandar. Suami yang baru sahaja menikahinya 3 hari yang lalu.

"Ikut je la" balas Harris Iskandar dengan nada yang agak tinggi. Dia hanya fokus kepada pemanduannya sahaja. Langsung tidak memandang Salsabila Hana yang berada di sebelahnya.

Kereta audi milik Harris Iskandar melucur laju meninggalkan Vila Orkid. Harris Iskandar langsung tidak menghiraukan Salsabila Hana. Seperti tidak wujud orang di sebelahnya.

"Wah.... Cantiknya rumah ni abang. Rumah siapa ni?" soal Salsabila Hana dengan perasaan ingin tahu.

"Hoiii.... Perempuan tak sedar diri. Kau jangan suka-suka panggil aku abang ye" pekik Harris Iskandar kepada Salsabila Hana. Mukanya terus bertukar kemerah-merahan kerana menahan marah.

"Errrr.... Maafkan saya jika ada perbuatan yang membuatkan awak marah. Habis tu saya nak panggil Harris apa?" soal Salsabila Hana bergetar suaranya. Dia sudah tidak berani untuk terus-terusan bertanya.

"Heyyyyy..... Kau dengar sini ye. Walaupun kita dah kahwin, kau jangan harap aku akan sukakan kau. Kau faham tak. Suka hati kau la nak panggil aku apa pun" bentak Harris Iskandar sambil menarik tangan Salsabila Hana turun dari kereta dan masuk ke dalam rumah.

"Emmmm... Maafkan saya, tuan" terketar- ketar Salsabila Hana sambil tundukkan mukanya ke lantai. Dia tidak berani memandang wajah Harris Iskandar.

"Satu hal lagi, kau duduk kat bilik kecil di belakang tu. Kau jangan harap aku nak bersama dengan kau sebagai suami isteri. Lagi satu aku pun malas nak hadap muka kau" terang Harris Iskandar sambil mengangkat beg naik ke tingkat atas.

Mulai dari saat itu, Salsabila Hana memanggil Harris Iskandar dengan panggilan tuan. Dia sedar yang dirinya bukan sesiapa kepada Harris Iskandar. Mungkin perkahwinan yang terbina atas dasar paksaan. Hanya kerana mahu menjaga maruah keluarga dirinya dijadikan pengganti.

"Malam ni kita bermalam di sini. Esok pagi kita balik ke vila Orkid" terang Harris Iskandar.

"Baik tuan" balas Salsabila Hana tanpa banyak bertanya. Risau juga jika Harris Iskandar naik hantu.

"Aaaa.... Apa lagi yang kau tunggh kat situ" tengking Harris Iskandar apabila dia melihat Salsabila Hana hanya berdiri tanpa bergerak.

"Errr..... Ye tuan. Saya datang" balas Salsabila Hana. Dia sekadar mengekori Harris Iskandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience