BAB 64

Romance Completed 13711

Salsabila Hana dari sehari ke sehari terus berusaha tanpa jemu untuk memulihkan Harris Iskandar kerana dia takut untuk meninggalkan Harris Iskandar dalam keadaan lumpuh. Tiada sesiapa yang akan mampu dan sanggup menjaganya. Harris Iskandar bersikap hanya mementingkan diri dan terlalu keras kepala.

“Tuan, janganlah begini. Bila tuan nak sembuh kalau tuan asyik berdegil” kata Salsabila Hana sambil menghulurkan ubat kepada Harris Iskandar.

“Biarlah aku seorang. Apa yang kau nak kisahkan” herdik Harris Iskandar apabila Salsabila Hana menyuruhnya untuk makan ubat.

“Tuan… Nanti bila saya dah tiada, tuan kena jaga diri sendiri. Kalau boleh saya nak tuan cepat sembuh sebelum saya pergi” ucap Salsabila Hana dengan suara yang bergetar kerana menahan sebak.

“Kau nak ke mana. Nak mati ke apa ke, ada aku kisah. Sudahlah kau pergi tidur sana, aku dah mengantuk ni” pekik Harris Iskandar sambil menarik selimutnya.

Salsabila Hana baring di tilam yang diletakkan di atas lantai berhampiran katil Harris Iskandar. Salsabila Hana menangis terkenangkan perbuatan Harris Iskandar yang langsung tidak mengendahkan kata-katanya. Salsabila Hana tidak dapat tidur malam itu kerana terlalu memikirkan keadaan Harris Iskandar. Salsabila Hana mula memikirkan kata-kata Doktor Zulaika yang ditemuinya seminggu yang lalu.

"Puan.... Saya perlu beritahu puan satu berita yang kurang baik. Keadaan puan sangat kritikal dan saya hairan kenapa puan tidak dapat datang untuk menjalani rawatan susulan dan kimoterapi" tanya Doktor Zulaika.

"Maafkan saya, doktor. Suami saya tak sihat dan saya perlu menjaga dia" jawab Salsabila Hana.

"Jadi puan nak kanser ni melarat ke? Hasil daripada ujian dan pemeriksaan yang dijalankan. Saya perlu berterus-terang dengan puan. Kanser puan sekarang merebak dengan sangat ganas. Saya juga tidak pasti selama mana puan boleh bertahan" beritahu Doktor Zulaika yang sentiasa risaukan keadaan Salsabil Hana.

"Ya doktor. Boleh saya tahu, berapa lama lagi saya mampu bertahan? tanya Salsabila Hana.

"Daripada result yang saya perolehi. Puan hanya mampu bertahan 1 tahun atau kurang dari setahun. Itu hanyalah anggaran dari ilmu perubatan. Saya berharap puan mampu bertahan lebih dari itu. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui" beritahu Doktor Zulaika.

"Baik, doktor. Saya akan sedaya upaya melawan kanser ni" ujar Salsabila Hana. Dia tahu dirinya tidak cukup kuat untuk mendengar berita kurang baik itu.

"Saya tahu puan seorang yang kuat dan tabah. Teruskan berjuang melawan kanser. Insha Allah segala urusan puan akan dipermudahkan" kata-kata semangat dari Doktor Zulaika kepada Salsabila Hana sebagai pembakar semangat untuk terus melawan kanser.

"Terima kasih, doktor. Nanti saya akan datang semula untuk menjalani rawatan kimoterapi" ucap Salsabila Hana.

Salsabila Hana sentiasa mengingati perbincangan antara dia dan Doktor Zulaika. Sering kali dia menjadi begitu bimbang dengan keadaanya. Tetapi siapakah dia untuk menghalang takdir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience