BAB 21

Romance Completed 13711

Setelah tamat pengajian di universiti 6 bulan yang lalu. Salsabila Hana memulakan tugas bermula dari terbit matahari hingga lewat petang. Dia berkerja di sebuah firma perunding dengan menjawat jawatan sebagai jurutera awam.

Kira-kira semenjak 2 bulan yang lalu, Salsabila Hana juga turut memulakan kerja sambilannya sebagai pembantu kedai bakeri bagi menambah pendapatan. Walaupun masih bujang, dia perlu menyara hidupnya. Kos hidup yang makin tinggi apatah lagi tinggal di ibu kota. Dia juga perlu menyewa bilik.

Peristiwa 2 tahun yang lalu merupakan peristiwa yang telah mengubah 360 darjah kehidupan Salsabila Hana. Kisahnya bermula apabila Salsabila Hana diarahkan oleh Rozita untuk membuat penghantaran kek yang telah ditempah untuk sambutan hari jadi.

“Hana… Boleh tolong kak Ita tak? Kamu tolong hantarkan kek ke alamat yang Kak Ita letak di atas meja tu. Kamu naik je kereta, ambil kunci kereta di dalam laci sekali ye” tunjuk Rozita. Dia tidak dapat membuat penghantaran kerana agak sibuk menyiapkan tempahan yang masih berbaki.

“Okay, Kak Ita. Hana pergi sekarang ye” balas Salsabila Hana. Dia mengambil kunci kereta dan sekotak kek yang dibungkus kemas untuk dihantar. Dia perlu segera bergerak kerana waktu sekarang keadaan jalan pasti sesak.

“Aduhi...Traffic jam pula. Karang lambat pula aku hantar kek ni” rungut Salsabila Hana apabila kenderaan yang berada hadapannya mulai bergerak perlahan.

“Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan ku hari ini. Bantulah aku” doa Salsabila Hana dengan penuh pengharapan.

Pong…….Pong… Kedengaran bunyi hon apabila ada kenderaan yang cuba memotong kenderaan lain. Begitu perlahan pergerakkan kenderaan. Salsabila Hana mula berasa risau apabila kek yang dijanjikan tidak dapat tiba pada masa yang ditetapkan.

Kenderaan mula bergerak seperti siput. Sejengkal demi sejengkal sahaja kenderaan yang dapat bergerak. Salsabila Hana sudah tidak keruan. Dia melihat telefon bimbitnya, 1 pesanan ringkas daripada Rozita baru diperolehinya.

“Hana, dah sampi belum? Jangan terlambat, okay” Salsabila Hana membaca mesej itu lalu membalas semula mesej tersebut.

“Adoiii… Aku nak mencelah ke mana lagi. Kiri kanan dah tak bergerak” mengomel Salsabila Hana.

Hilang juga kesabaran Salsabila Hana. Sejam juga dia terperangkap di dalam traffic jam. Akhirnya dia bebas juga dari traffic jam. Dia terus memecut laju, hanya tinggal 15 minit sahaja lagi untuk dia sampai ke alamat untuk penghantaran kek.

Setelah tiba di kawasan perumahan Vila Bistaria. Salsabila Hana terpaksa meletak keretanya di luar kawasan perumahan itu. Dia meletakkannya di tepi jalan kerana dia tiada kad kebenaran masuk ke kawasan itu.

Dari jauh, Salsabila Hana terpegun dengan koduminium mewah yang mungkin bernilai jutaan ringgit. Dia mencari dan meneliti alamat yang diberikan Rozita kepadanya.

“Fuhhh... Tingkat 22, gayatnya rasa. Ishhhh... Mana lif ni? ” leter Salsabila Hana sambil berlari-lari anak untuk mencari lif.

"Huhhh.. Jumpa juga akhirnya" bisik Salsabila Hana lalu dia menaiki lif.

Setibanya di tingkat 22, Salsabila Hana mula mencari alamat yang berada ditangannya. Dia berjalan sepanjang koridor di tingkat 22. Dia cuba mengintai ke bawah dari tepi koridor.

“Yes, jumpa juga akhirnya. Harap-harap aku belum terlambat la. Mana pula butang loceng rumah ni. Ishhhh… Di dalam rupanya” mengomel Salsabila Hana sambil menekan butang loceng di luar rumah.

Hampir 10 minit dia memanggil dan menekan loceng tetapi tiada sesiapa yang muncul. Mungkin tiada penghuni. Salsabila Hana masih lagi menanti dengan penuh sabar. Dia berberapa kali cuba menekan loceng. Dia sudah hampir putus asa.

Hampir jam 8.30 malam, tiada juga sesiapa yang muncul. Dia perlu segera memberikan kek itu, jika tidak dia pasti akan dimarahi Rozita. Dia segera mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor yang terdapat di dalam kertas yang diberikan oleh Rozita.

Terperanjat Salsabila Hana, apabila muncul seorang pemuda yang masih bertuala dengan rambut kusut dan basah membuka pintu. Tubuhnya yang sasa, tinggi lampai dan dia juga memiliki wajah yang kacak.

“Ye, boleh saya bantu, Cik ni cari siapa?” soal Harris Iskandar yang masih bertuala di muka pintu.

“Errrr…… Saya cari Encik Harris Iskandar untuk penghantaran kek yang telah ditempah” balas Salsabila Hana yang tertunduk malu apabila melihat Harris Iskandar hanya bertuala.

“Oh…. Betul la tu. Jemput masuk, tolong letakkan kek atas meja ye. Saya ke bilik ambil duit jap” suruh Harris Iskandar berlalu terus menghilangkan diri ke dalam bilik.

Salsabila Hana terus masuk ke dalam rumah menuju ke dapur untuk meletak sekotak kek di atas meja seperti yang diarahkan oleh Harris Iskandar.

Salsabila Hana perlu segera keluar. Dia perlu menunggu untuk mendapatkan duit yang masih belum dibayar oleh Harris Iskandar. Dia berjalan menuju ke luar pintu. Beg sandangnya tersangkut pada kerusi. Dia tidak perasan yang telefon bimbitnya tercicir ketika itu.

"Ishhh.... Nasib baik la barang mahal ni tak jatuh. Kalau tak makan mee segera la aku sampai hujung bulan" seloroh Salsabila Hana apabila dia terselamat daripada menjatuhkan pasu berharga yang terletak di tepi pintu masuk.

“Assalamualaikum…” seorang lelaki yang berpakaian seperti seorang ustaz memberi salam. Ada 4 orang lelaki lain bersamanya. Kelihatan serius sahaja wajah mereka.

“Waalaikumusalam, pak cik” jawab Salsabila Hana dengan suara yang bergetar. Salsabila Hana mula rasa tidak sedap hati.

“Kami dari Jabatan Agama Islam. Ada siapa lagi yang tinggal di rumah ni?” tanya lelaki itu sambil menunjukkan kad pengenalan dirinya.

Salsabila Hana membaca kad tersebut dan tertera nama ‘NORDIN BIN AHMAD’. Berpeluh juga dia apabila dikelilingi oleh ramai lelaki yang tidak dikenalinya.

“Saya…” belum sempat Salsabila Hana menghabiskan kata, Harris Iskandar muncul.

“Cik, ni duit 150 ringgit” Harris Iskandar menghulurkan nod wang kertas kepada Salsabila Hana. Dia tidak sedar yang ada ramai lelaki yang berdiri di hadapan pintu rumahnya.

“Encik....Tinggal di rumah dengan siapa? "soal Ustaz Nordin kepada Harris Iskandar yang mana ketika itu dia masih lagi memakai tuala . Ustaz Nordin berasa curiga dengan cara pemakaian Harris Iskandar.

“Saya tinggal seorang sahaja ustaz” balas Harris Iskandar apabila dia sedar yang dia bersama Salsabila Hana di rumah tadi. Tetapi tiada apa-apa pun yang berlaku.

“ Encik dan pasangan diminta menunjukkan bukti sebagai pasangan suami isteri” pinta Ustaz Nordin kepada Salsabila Hana dan Harris Iskandar.

“Errrrrr……. Kami tiada apa-apa hubungan pun ustaz. Saya pun tak kenal dia” rayu Salsabila Hana apabila dia diarahkan menunjukkan bukti sebagai suami isteri.

“Begini ustaz. Semua ni salah faham saja. Dia datang ke rumah saya untuk penghantaran kek sahaja” terang Harris Iskandar.

“Encik boleh terang di balai polis. Sekarang sila ikut kami ke balai polis. Untuk makluman encik, pihak kami sudah beberapa kali menerima aduan bahawa unit yang encik tinggal selalu membawa wanita bukan mahram masuk ke rumah” terang Ustaz Nordin kepada Salsabila Hana dan Harris Iskandar.

Salsabila Hana dan Harris Iskandar hanya mampu mengikut kehendak anggota penguatkuasa. Mereka perlu ke balai polis berdekatan.

Apabila mereka disoal siasat, tiada saksi yang boleh menidakkan apa yang dilihat oleh saksi yang membuat serbuan itu. Maka, mereka perlu menghadirkan diri ke Mahkamah Syariah untuk memastikan samada mereka didapati bersalah atau tidak oleh hakim.

“Sila beri kerjasama ye encik. Saya akan menghubungi waris masing-masing untuk menjamin kami berdua” jelas Ustaz Nordin.

Salsabila Hana hanya mampu menangis kerana dia merasakan bahawa dirinya terperangkap. Semua ini bagaikan tidak adil. Tiada penjelasan yang mahu didengari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience