BAB 87

Romance Completed 13711

Setelah 2 bulan kembali ke Malaysia. Harris Iskandar memasuki bilik Salsabila Hana. Dia ingin mengemas bilik tersebut kerana orang gaji barunya akan mula berkerja pada awal bulan nanti.

"Ehhh... Diari apa pula ni" Harris Iskandar mencapai diari yang berada di dalam laci.

Harris Iskandar membelik-belik diari tersebut. Dibukanya satu persatu helaian yang terdapat di dalam diari. Dia menjumpai sepucuk surat yang tertulis namanya lalu dia membuka sampul surat tersebut dan membaca.

" Assalamualaikum...

Buat tatapan suamiku, Harris Iskandar.

Hana berharap dengan kehadiran surat ini, ianya tidak menganggu kehidupan seharian abang. Hana cuma ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana abang sudi menerima Hana sebagai isteri abang yang sah. Abang juga sanggup terima kekurangan diri Hana sebagai seorang anak yatim piatu serta menjalani kehidupan dengan menumpang kasih dari abang. Terima kasih juga kerana mengizinkan Hana untuk singgah di hati abang walau cuma seketika.

Ketika abang membaca surat ini, Hana pasti yang Hana sudah tiada lagi di sisi abang. Hana mahu abang membaca surat ini ketika Hana sudah tiada lagi bersama abang. Hana redha serta ikhlas dengan setiap perkara yang berlaku. Kerana itu adalah fitrah sebagai seorang isteri untuk menerima baik atau buruk layanan suami terhadapnya.

Pelbagai dugaan dan ujian yang Hana lalui di dalam hidup ini dan ianya sudah tertulis sebagai takdir buat Hana. Ampunkanlah setiap salah silap Hana sepanjang bergelar isteri abang. Hana tahu yang diri Hana tidak sempurna di mata abang dan terlalu banyak kekurangan. Maafkan Hana kerana tidak dapat membahagiakan abang.

Jauh di dalam lubuk hati Hana, hanya abang seorang adalah satu-satunya insan yang pernah singgah di dalamnya. Hana terlalu menyintai dan menyayangi abang sepenuh jiwa dan raga. Tetapi malangnya Hana bertepuk sebelah tangan. Sudah menjadi kewajipan sebagai seorang isteri untuk mencintai dan menyayangi suaminya sepenuh hati.

Hana tahu mungkin dengan secara tiba-tiba dan tanpa sengaja Hana hadir di dalam hidup abang yang telah membuatkan abang tidak selesa dengan kehadiran Hana. Hubungan yang terbina antara kita juga adalah atas desakkan dan paksaan. Hana juga tahu hati abang adalah milik Nurin Inara selama-lamanya.

Percayalah abang, Hana ikhlas mencintai abang walaupun Hana tahu cinta Hana tidak mungkin berbalas. Walaupun Hana tidak merasa nikmat cinta di dunia. Insha Allah cinta Hana kekal bersama abang di syurga Allah yang kekal abadi. Hana tidak pernah menyesali hidup bersama abang walaupun seketika. Hana bersyukur kerana diberikan suami yang baik seperti abang. Hana tahu kita dalam tidak sedar sering kali melakukan kesilapan.

Abang jaga diri baik-baik. Hana tetap sayangkan abang sepenuh hati. Hana doakan semoga abang berbahagia bersama Nurin Inara selamanya. Ini kerana dia adalah cinta pertama dan cinta sejati buat abang. Insha Allah satu hari nanti dia akan berubah dan kembali ke sisi abang. Lahirkanlah zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyeri rumahtangga dan penyambung keturunan serta mendapat anak-anak yang comel sebagai penyambung kasih sayang dan penenang jiwa.

Akhir kalam dari Hana, semoga abang sentiasa dalam rahmat Allah. Ungkapan cinta dari abang yang tidak pernah Hana dengari. Hana terlalu mengharapkan agar suatu hari abang akan ungkapkan kalimat cinta buat Hana. Hana dah semakin kesuntukan masa, Hana tetap mencintai abang setulus hati di dunia dan akhirat. Hana ingin bertemu abang di syurga yang indah dan kekal abadi.

Daripada Isterimu yang sentiasa mencintai dirimu
Salsabila Hana."

Menitis air mata Harris Iskandar apabila membaca surat yang ditinggalkan Salsabila Hana. Begitu dalam cinta Salsabila Hana kepadanya. Dia tidak pernah sedar selama ini dia juga mempunyai perasaan yang sama. Kerana ikutkan kata hati dan hasutan jiwanya yang sering mengatakan bahawa Nurin Inara sahaja yang bertakhta di hatinya. Dan sekarang dia telah kehilangan insan yang terlalu menyintainya.

"Maafkan abang, Hana. Abang tak pernah fikirkan perasaan Hana. Abang pentingkan diri. Maafkan abang" pekik Harris Iskandar seperti orang yang dirasuk.

"Abang nak Hana di sisi abang seperti dulu. Maafkan abang kerana melayani Hana seperti orang asing. Abang menyesal, Hana" jiwa Harris Iskandar mula meronta. Dia terlalu banyak melukakan hati Salsabila Hana.

Meratap pilu Harris Iskandar apabila dia melihat sekeping gambar Salsabila Hana bersama ahli keluarganya yang lain. Mata Harris Iskandar tidak bekerdip melihat gambar tersebut. Dia kelihatan begitu gelisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience